بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam korban 2 ekor lembu untuk kebanyakan keluarga Haji Sabtu. Buat di rumah Pak Ngah untuk melapah dan agih-agihkan daging. Sembelih di pusat penyembelihan.
Gotong-royong sesama keluarga. Mula-mula sarapan dahulu. Ada nasi lemak sambal sotong, rendang ayam, mi goreng, karipap, bebola ubi goreng dan kuih raya serta kerepek. Air pula air oren sejuk dan air Indocafe panas.
Bermula pukul 10 pagi. Sebahagian yang dipotong dibuat sup.
Bahagian melapah dan memotong dibuat di bahagian tempat letak kereta. Masa ini proses melapah sudah selesai.
Kawasan memasak sup di bawah pokok. Semua aktiviti buat di luar rumah. Seronok ada angin yang bertiup jadi tidaklah panas sangat.
Ambil cepat-cepat potongan yang ingin dimasak. Nasib baik awal-awal sudah merebus daging, tulang dan gearbox.
Proses melapah dan memotong selesai sebelum hampir pukul 1 tengahari tapi sup belum masak. Ada yang hendak ke kenduri aqiqah dan ada yang pergi agihkan daging. Ingat hendak pergi kenduri tapi Abah hendak masjid selepas itu. Jadi kami tidak makan sup tapi adik perempuan dan CikYa cakap akan bawa balik rumah Uwan nanti.
Alhamdulillah 2:30 petang saya dapat nikmati bihun sup beserta air bancuhan sendiri: teh tarik Adraa durian belanda yang saya bawa sachet dari rumah di Melaka. Nikmat makan di luar rumah dengan air sepoi-sepoi bahagian. 3 kali ulang makan. 2 kali makan bihun sup dan terakhir makan dengan nasi impit. Kenyang alhamdulillah.
Moga tradisi bergotong-royong sesama keluarga melapah dan memotong dapat diteruskan. Amin.







15 comments:
Wah.. Alhamdulillah.. gotong-royong satu keluarga, proses melapah, memasak dan lain². Mesti sedap bihun sup tu sampai menambah-nambah ye, NA.
Alhamdulillah selesai sudah. Semoga Allah terima ibadah korban kita hendaknya 🤲🏻
Senang jika urusan di pusat penyembelihan. Tinggal kerja melapah dan memotong dibuat secara gotong-royong kasi meriah.
Alhamdulillah selesai ibadah korban. Best tu makan sup daging fresh.
Selamat hari raya aidiladha, awak dan keluarga.. Hewhew, baru nak wish.. Bestnyaaa makan bihun supp sambil healing... ✨
Tradisi gotong royong tu yang mahal.
Alhamdulillah. Semua kerja lekas selesai secara gotong royong. Abe Kie pun buat korban thn ini...
2 ekor lembu sekeluarga bergotong-royong...kawasan luas di kampung syok
salm aidilladha.. aminn
Tahun ni uncle mengelat gotong royong
Sedap betul tu sampai banyak kali Na tambah 😀
Daging segar kan, tentu rasa supnya lebih sedap.
Tradisi berkorban dan melapah daging memang besar hikmah. Sebab itu wajar diiteruskan setiap tahun.
Seronoknya berkumpul ramai- ramai macam ni....syukur selesai bab korban kan...
seronok bila berkumpul merewang camni!
Tradisi macam ini, saya pernah rasakan saat masih di Aceh dulu, saya masih sekolah. Setelah pindah ke JKT, memang tak pernah lagi merasakan 😔. Rindu juga momen2 itu
Post a Comment