Nuffnang

Sunday, January 9, 2022

Tua Setahun Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ikut tahun Masihi, saya tua setahun hari ini. Memang terasa sudah tua.

Jumaat hari itu saya ke kaunter bank. Setahun juga tidak jejak ke dalam. Apabila isi barang kemaskini maklumat tulisan sangat kecil dan rapat-rapat memang tidak nampak. Tiba-tiba terfikir ah sudah kena ubah kuasa cermin mata ke? Tiba-tiba ada fikiran menakutkan kena buat cermin mata progresif untuk rabun jauh dan membaca!

Entah macam tiba-tiba pula tahun ini ada masalah membaca tulisan kecil. Mungkin lama menghadap skrin telefon bimbit untuk baca blog di tempat gelap. Mungkin kena kurangkan baca tulisan di blog terutama tulisan kecil sangat dan berbunga-bunga.

Apapun usia semakin meningkat dan menghampiri pelabuhan akhirat. Allah hendak ingatkan supaya banyak membaca al-Quran sebelum penglihatan ditarik 100%. Tiada yang kekal. Semua izin Allah.

Tahun ini tiada sambutan. Semalam menyambut harijadi anak sepupu di kampung. Oklah itu. Tahun ini lain pula suasana ketika harijadi.

Jumpa lagi. Insya Allah.


23 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

selamat hari lahir
semoga sentiasa sehat dan bahagia

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Tua mengejar, selamat hari lahir, semoga berbahagia dan sejahtera selalu.

Farrah MF said...

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran, NA.
Moga dikurniakan keberkatan usia, terus menyayangi dan disayangi Allah, diberi kesihatan yang baik dan rezeki melimpah ruah yang penuh barakah.

Puan Hazel said...

Sanah helwah NA!
Moga sentiasa diberkati umurnya aamin

Warisan Petani said...

Semakin banyak usia kita semakin banyak nikmat yang Allah tarik
Selamat hari jadi

mama tisya said...

happy birthday..smoga pjg umur, murah rezeki & berbahagia selalu

Shikin Razali said...

Selamat hari lahir kak NA... Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik, semoga akak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi akak sekeluarga...

norhidana said...

Selamat hari lahir kak....

mamapp said...

Happy birthday na semoga sentiasa dlm lundungan Allah

Amie said...

Happy belated birthday NA.
Moga sentiasa sihat dan ceria.

mrhanafi.com said...

Selamat hari lahir dan semoga dapat kesihatan yang baik-baik.

rezeki juga murah selalu ya

SalbiahM said...

makin berusia makin tak berminat menyambut hari jadi. selamat ulang tahun ya. semoga sentiasa dalam rahmat Allah

BTS said...

semoga terus sihat..staysafe.. dan keep on blogging

ازمير شهار ~ azmer said...

Sannah helwah.. semoga dirahmati Allah dunia mahupun akhirat امين 🤲🏼

Azhafizah MN said...

Bertambah tahun, bertambah juga usia kita. Agaknya mata banyak tengok screen kot kak. Kena rehatkan mata juga.

Selamat tahun baru 2022 :)

Selamat Hari Lahir kak. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn...

Abam Kie said...

selamat hari lahir yg ke? semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg optimum....

NA said...

43 :)

babYpose said...

Selamat hari lahir sis NA, moga dirahmati Allah swt dan sentiasa dalam kasih sayang Allah swt. Aameen. Stay sweet.

Mrs. A said...

Selamat ulang tahun kelahiran NA.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik didalam umur yang berkat

Ujie Othman said...

Selamat ulangtahun kelahiran NA 💐
Moga bahagia dunia akhirat.

Saya baru je buat spec multifocal lens, faktor usia 40-an.
Tapi masih belum biasa guna, pening lalat sikit.

Ako Retna said...

Hepi belated besday NA....
Semoga masih tak terlambat untuk wish ye...
Semoga tahun ni masih diberi kesihatan yang baik2 dan sentiasa dilimpahi rezeki melimpah ruah :)

Suria Amanda said...

Selamat hari lahir

nohas said...

Happy belated birthday...

oo..January baby..