Nuffnang

Friday, May 29, 2026

11 Zulhijjah 1447: Korban Lembu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam korban 2 ekor lembu untuk kebanyakan keluarga Haji Sabtu. Buat di rumah Pak Ngah untuk melapah dan agih-agihkan daging. Sembelih di pusat penyembelihan.

Gotong-royong sesama keluarga. Mula-mula sarapan dahulu. Ada nasi lemak sambal sotong, rendang ayam, mi goreng, karipap, bebola ubi goreng dan kuih raya serta kerepek. Air pula air oren sejuk dan air Indocafe panas.

Bermula pukul 10 pagi. Sebahagian yang dipotong dibuat sup.

Nasi Lemak Saya



Bahagian melapah dan memotong dibuat di bahagian tempat letak kereta. Masa ini proses melapah sudah selesai.

Tempat Memotong


Tempat Menimbang Dan Membungkus Daging



Kawasan memasak sup di bawah pokok. Semua aktiviti buat di luar rumah. Seronok ada angin yang bertiup jadi tidaklah panas sangat.

Tempat Memasak



Ambil cepat-cepat potongan yang ingin dimasak. Nasib baik awal-awal sudah merebus daging, tulang dan gearbox.

Proses Masuk Bahan Perencah

 

Proses melapah dan memotong selesai sebelum hampir pukul 1 tengahari tapi sup belum masak. Ada yang hendak ke kenduri aqiqah dan ada yang pergi agihkan daging. Ingat hendak pergi kenduri tapi Abah hendak masjid selepas itu. Jadi kami tidak makan sup tapi adik perempuan dan CikYa cakap akan bawa balik rumah Uwan nanti.

Bihun Sup Dan Teh Tarik Adraa Durian Belanda



Alhamdulillah 2:30 petang saya dapat nikmati bihun sup beserta air bancuhan sendiri: teh tarik Adraa durian belanda yang saya bawa sachet dari rumah di Melaka. Nikmat makan di luar rumah dengan air sepoi-sepoi bahagian. 3 kali ulang makan. 2 kali makan bihun sup dan terakhir makan dengan nasi impit. Kenyang alhamdulillah.

Moga tradisi bergotong-royong sesama keluarga melapah dan memotong dapat diteruskan. Amin.



1 comment:

Tot said...

Wah.. Alhamdulillah.. gotong-royong satu keluarga, proses melapah, memasak dan lain². Mesti sedap bihun sup tu sampai menambah-nambah ye, NA.