Nuffnang

Wednesday, June 8, 2011

Saya Dengan Peraduan, Makan Nasi Paprik Dan Memburu Serbuk Kerutub



Assalamualaikum...
Akhirnya borang telah dihantar *lega* Setelah bersusah-payah. Saya minta abah beli setem dia lupa. Terasa gelabah sebab dah hari Selasa (ketika itu). Nasib baik Y ada. Hehe yang penting kerjasama. Masing-masing memberi peranan terhadap peraduan tersebut. Agaknya apabila menang boleh bahagi (iPad boleh bahagi ke? Tidak RM10 000 tu ler yang dibahagikan)
Oh semalam juga pergi Taman Tasik Utama sebab emak den nak kutip sewa. Aha, penyewa tersebut adalah D' Tasik Tomyam. Hehe tumpuan pelajar UTeM. Kira dekat juga dengan tempat penginapan pelajar UTeM. Memandangkan tuan punya restoran bagi kitaorang makan percuma sebulan sekali, saya mahu promosi. Makanan memang sedap. Makanan panas, tomyam. Biasalah kan restoran tomyam banyak tapi nak cari yang sedap dan banyak bahan memang susah. Di sini memenuhi semua kriteria: sedap, murah dan banyak bahan.
Lepas dah makan tu mak ajak pergi pasaraya Super Cowboy Melaka untuk beli rencah kerutub permintaan Makchek. Di sini ada dijual secara pukal macam Makro dulu-dulu. Nak beli secara runcit ada gak. Tapi saya tengok kebanyakan beli secara pukal. Harga memang murah jugalah. Hehe. Sedihnya mak saya tak jumpa perencah kerutub pun. Lepas tu pergi ke Mydin lagi la takde. Akhir sekali TESCO pun takde. Mak nak cari yang peket besar yer, kalau peket kecil kat Giant memanglah ada tapi tak cukup. Saya pun tak tahu sangat kerutub ni apa. Kutub tau la. Pernah makan tapi jarang pula dan saya dah lupa ingatan macam mana warna kerutub tu. Kerutub tu yang warna putih tu ke? Hehe.
Akhirnya balik tanpa membeli serbuk kerutub tapi beli lain. Alang-alang kan. Tapi semasa di TESCo, cadang nak beli kerepek kentang tu tak jadi sebab ramai. Saya ni kalau ramai sangat orang mood nak membeli tu hilang. Tengok barisan pun semua bawa barang banyak. Malas. Lain kali apabila rajin.
Ok itu aje coretan saya. Jumpa lagi. 

P.S: Jawapan yang saya hantar untuk Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian ialah 'PENDIDIKAN DAPAT MEMBENTUK MINDA GENERASI MUDA'


Tuesday, June 7, 2011

Saya Memang Suka Masuk Peraduan Dengan Hadiah Yang Menarik

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari Selasa yang indah. Yeehaaaaa, apa khabar semua? Moga ceria dan bersemangat menghadapi roda-roda waktu.

Sebelum ini saya ada menulis yang emak saya dah naik pangkat dan secara rasminya melaksanakan tugas Pengetua semalam. Ini bermakna pada ketika guru-guru lain cuti, mak saya pula bekerja mengikut orang pejabat. Eh 8-5 atau 9-5. Begitulah yer seperti saya nyatakan semakin tinggi jawatan semakin banyak tanggungjawab. Ini bermakna kurang tanggungjawab mengajar dan lebih kepada tugas pentadbiran. Harap-harap mak saya suka tugas pentadbiran sekolah. Apapun mak ada setahun merasa tugas tersebut sebelum bersara. Lepas tu bolehlah mak saya rehat/melancong puas-puas (nak menyibuk ikut). Ataupun mak saya akan menceburi dunia perniagaan (saya menjadi pembantunya). Ni banyak kemungkinan.

Eh satu perkara belum hantar borang lagi. Tunggu setem masih belum dibeli. Hehe, saya malas nak keluar rumah. Saya masih bercadang menggunakan nama emak. Jawapan pula kali ini secara terus saya rasa, tiada 2-3 jawapan yang dirasakan betul. Jawapan sama dengan Aisyah. Hehe dia dah hantar. Selamat maju jaya yer. Kita bincang lagi jawapan kalau ada 2-3 jawapan.

Saya memang suka masuk peraduan. Lebih-lebih lagi yang ada hadiah yang saya hendak atau suka. Saya rasa blog pun satu platform untuk berbincang tentang peraduan yang saya masuk atau saya tahu sesuatu peraduan macam pilih perisa kegemaran Dutch Lady daripada iklan Nuffie. Berkongsi minat masuk peraduan pada mereka yang suka. Saya harap ada manfaat dan ada yang berminat untuk sertai. Peraduan tu pun tiada kos besar untuk sertai. Itulah pilihan saya mencari peraduan yang sesuai dengan kemampuan saya dan hadiah yang ditawarkan. Korang pun boleh beritahu peraduan apa yang sesuai untuk saya sertai. Hehe.

Bercakap tentang peraduan di alam siber. Semasa saya berkecimpung dalam chatting di kc. Ketika di karpet, ada sorang hamba Allah menggunakan nama samaran benQ ni beri kuiz. Ingatkan dia main-main jer tanya orang kat karpet. Saya dapat jawab dengan betul. Terus dia p2p minta nama dan alamat. Haha 2-3 hari kemudian dapat hadiah beg. Teruja sungguh dapat hadiah ni. Kehkeh. Terus rasa seronok nak masuk peraduan ni.

Oklah itu aje saya nak kongsi. Jumpa lagi yer. Selamat bersolat Zohor.