Nuffnang

Wednesday, January 7, 2026

4 Jan (Ahad)- Kenduri Kahwin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekali lagi dapat jemputan kenduri kahwin daripada adik ipar punya Abang di Dewan Dhuha, Senawang. Bertolak pukul 9:30 pagi dari Tampin. Sampai pukul 11 pagi lebih. Majlis telah bermula. Alhamdulillah belum ramai lagi.

Dewan Dhuha, Senawang



Dapatlah coret bahagian cenderamata untuk tetamu sebab belum ramai orang.

Meja Cenderamata



Teruslah ambil lauk: nasi putih, ayam goreng berempah, sambal tumis petai, masak lemak labu, ulam-ulam, sambal belacan. Di mana-mana kenduri, air teh tarik dipilih. Kalau tiada air teh tarik, pilih air panas atau air mineral.

Pinggan Dengan Lauk-Pauk Diambil Dan Teh Tarik



Makanan-makanan dan minuman terletak di belakang dewan yang tertutup dan berbumbung jadi selesa untuk ambil makanan. Malahan gerai-gerai seperti gerai apam dan cendolpun terletak di sini.

Teduh, Luas Bahagian Hadapan



Lepak sejam juga. Sempat pergi tandas di belakang dewan juga. Emak sempat jumpa kenalan dari Tampin juga.


Kami dapat kotak cenderamata berbentuk rama-rama. Saya dan Abah dapat beras mini manakala Emak dapat senduk merah jambu yang pemegangnya ada pemberat. 

Cenderamata Shukri × Laila



Terus balik rumah di Melaka. Tidak sabar untuk tengok parcel dapat semalam.


6 comments:

Cuya said...

Alhamdulilah sesekali makan free sedap gk hehe

Roziah @ Cie said...

Menariknya menu ada sambal tumis petai.

Tot said...

Alhamdulillah, rezeki dapat makan kenduri ni. Feveret NA ya, teh tarik.

adnil linda said...

Sama macam Linda, kalau nampak ada air teh tarik..memang tuju tu dulu..hihihi

Mznimnwr said...

seronok betul gi kenduri kawin dpt goodies beras mini camtu!

abuikhwan said...

alhamdulillah, moga diberkati kedua mempelai.. dulu2 tetamu diberi telur je.. sekarang dah modify mengikut peredaran semasa..