Assalamualaikum…
Hampir kesemua blogger memperkatakan tentang butang ‘Follower’ tapi saya pula terperasan pasal butang ‘Favicon’ dalam ‘Page Elements’. Asalnya saya buka Google Reader tengok hanya 2-3 orang yang mempunyai blogspot ada favicon pada Google Reader padahal kalau tengok laman sesawang mereka pada Mozilla ada. Sila rujuk gambar di bawah
Saya muat naik gambar wombat saya dalam tu dalam bentuk .ico tersebut dan icon tersebut terpapar dalam Google Reader juga (sebelum tu tiada-tengok gambar di bawah) dan semestinya pada pelayar Internet Explorer.
Lagi senang dah sekarang ni. Cuma muat naik gambar yang kita nak (mesti dalam bentuk .ico sebab Internet Explorer mengesan .ico untuk muncul di IE) Kalau korang nak favicon sendiri pun boleh, ambil muka korang letak pada pelayar. Cuma korang kena tukar format gambar yang .jpg, .png tu kepada .ico. Untuk tukar sekarang ada ‘favicon generator’. Saya memilih laman sesawang iconj.com. Seperti gambar di bawah korang tak payah daftar.
Muka Hadapan |
Pada muka hadapan laman tersebut, di bawah ‘Free Favicon Hosting’ (lihat sekali lagi gambar di atas yang ada nombor 1.2.3), pilih gambar yang ingin korang jadikan favicon, jenis ketajaman yang diingini. Puas hati maka tekan butang ‘Upload Now’. Serta-merta ia akan ditukar kepada .ico dan simpan gambar yang menjadi .ico tersebut di cakera keras kamu dengan klik pada 'Click here to download your Favicon.ico File' di bawah arahan 'Direct Download'. Lihat gambar di bawah.
Klik Pada Bahagian Yang Dibulatkan |
Kemudian muat naik pula dalam blog korang dengan buka Design-> Page Elements->Favicon, klik edit dan muka ‘Configure Favicon’ , masukkan gambar yang korang buat tadi. Apabila dah muat naik, gambar yang dikehendaki akan ditunjukkan seperti di bawah. Sudah jer tekan butang ‘Preview’ untuk lihat dan kalau puas hati boleh klik ‘Save’. Cuba tengok pada pelayar Internet Explorer akan keluar favicon korang. Kalau ada maka berjaya dan favicon pada Google Reader lambat sedikit nak keluar. Saya letak awal pagi pukul 7, pukul 3 buka balik Google Reader baru ada. Seronok pula berjaya buat. Lihat contoh gambar-gambar di bawah.
Selepas edit keluar mukasurat ini, 'Configure Favicon'
Favicon Blog Saya Muncul Dalam Internet Explorer. Alhamdulillah |
Kalau ada kemusykilan boleh tanya ok. Jumpa lagi