بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Harap semua sihat dan reda dengan ujian Allah.
Saya adalah penggemar pasta dan sosnya. Lasagna adalah salah satu makanan yang saya gemari. Sayangnya susah hendak jumpa lasagna yang menepati selera saya iaitu kombinasi masam, masin, ada sedikit manis buah tomato dan berlemak silih berganti sampai makan satu bekas besar sekali habis. Betapa sedap dan asyiknya. Hanya sekali pernah saya jumpa. Lain-lain memang kadang-kadang asasnya tidak betul seperti gunakan roti, sos bolognese tidak mencukupi ( tidak banyak daging cincang), terlalu masin ( terlalu banyak keju).
Jadi ini adalah cubaan kali ke sejuta entah berapa. Hehe untuk saya buat saya hendak letak unsur pedas dalam lasagna saya. Saya mencuba krim masakan (konon-konon akan lebih berlemak) dan keju keping Amerika. Memang banyak jenis keju saya pernah cuba jadi kali ini cuba keju ini. Sos bolognese pula saya buat daripada asas iaitu buat sendiri untuk kawal rasa masam dan manis buah. Buat sedikit dahulu iaitu sebiji tomato didadu kecil bersama tomato ceri.
Buat 3 lapisan guna pasta San Remo. Jumpa jenama ini sahaja di Mydin. Guna bekas bekas empat segi tepat aluminium kecil saiz 20 × 11 × 5.5 cm
Penilaian, saya masih belum dapat rasa lemak secukupnya. Dapat habiskan 3/4 lasagna daripada bekas di atas sekali makan. Oklah saya akan terus berusaha buat sampai memenuhi tekak saya 100% dan akan tulis resipi di blog apabila berjaya. Doakan ya.
Jumpa lagi.