بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hadiah pertama dapat daripada penulis blog tahun 2023 iaitu pemilik blog 'Titian Kehidupan' --- ujieothman.blogspot.com. Hadiah ini dapat kerana menjadi salah seorang 'kamu yang mesra sepanjang 2022'
Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya walaupun pagi itu hujan turun agak lebat.
Terpampang sampul bungkusan lambang 'Siti Khadijah'. Teruja untuk tahu apa isi di dalamnya.
Ada kertas tertulis produk yang disertakan iaitu stokin coklat paras buku lali dan kantung/bekas kanvas berzip ( macam beg pensil tapi panjang dan besar lagi) bernama Siti Khadijah Kelarai. Corak abstrak itu yang namanya kelarai. Buka plastik dan belek untuk tengok dan tiada kecacatan. Sempurna.
![]() |
Dari Kiri Stokin Berwarna Coklat Paras Buku Lali Dan Kantung Kanvas Berzip Corak Kelarai Jenama Siti Khadijah |
Tambah lagi koleksi dan boleh guna. Terima kasih Puan Ujie kerana bermurah hati dan meluangkan masa memilih hadiah.
Seronok baca catatan Puan Ujie di blog. Seperti tajuk blognya, 'Titian Perjalanan'. Ia adalah catatan tempat dilawati, aktiviti dilakukan. Tidak lupa ada juga ulasan buku. Jemput baca blognya.
Jumpa lagi.