Nuffnang

Monday, October 6, 2025

Jujur Walaupun Rugi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali tebus MySARA itu pada 26 September (Jumaat). Beli guna itu 3 benda sahaja. Lain-lain banyak beli bahan basah jadi kena bayar sendiri.

Apabila pertama kali itu agak cuak juga sebab ada 2 jenis transaksi. Ada makcik ini nak cepat dan diapun ada 2 jenis transaksi juga jadi saya nak bagi dia dahulu sebab nak tengok bagaimana caranya. Oh!Ya, sebelum itu saya beratur tempat lain sebab tidak ramai orang tapi rupanya situ tiada khidmat MySARA.

Panjang cerita dipendekkan. Mula-mula imbas barang untuk MySARA. Kemudian dia pulangkan kad pengenalan dan 2 resit. Masa sibuk simpan kad pengenalan dan resit itu terlepas pandang tengok barang kena imbas dan kemudian bayar sahaja. Lepas bayar duduk tepi bagku disediakan (bagus Mydin) untuk tengok resit. Mula tengok resit barang MySARA, ok puas hati. Kuantiti dan barang sama. Cuma barang bayar, berderau sedikit tengok ada 2 perkataan Cameron. Terlebih bayar ke? Kemudian dia tak masukkan satu barang patut saya bayar dalam transaksi. Saya beli 2 cendawan enoki tapi daftar bayar cuma 1. Jadi saya datang balik kaunter bayaran tersebut. Tunggu orang barang kena imbas itu habis transaksi.

Alhamdulillah lepas habis transaksi, adik (budak lelaki) itu tanya. Saya tunjuk resit dan troli. Hehe nasib baik perkataan Cameron pertama untuk cili benggala dan perkataan Cameron kedua untuk tomato. Ok salah faham selesai. Cendawan enoki memang betul dia tidak masukkan 1 lagi untuk saya kena bayar.
Jadi waktu itu saya bayar RM0.70.

Lega selesai cara elok. Digerakkan Allah untuk tengok resit dapat kesan mana kurang, mana saya anggap terlebih bayar. Walaupun akhirnya saya kena bayar RM0.70. Dah nampak ada kesilapan kena betulkan kecuali kita tidak semak sewaktu selesai dan dapat resit.

Korang tengok resit tidak untuk semak semula selepas bayar? Atau tengok waktu barang diimbas?

Wednesday, October 1, 2025

Doa Mohon Kebaikan Dan Menjauhi Keburukan Dunia Dan Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tq Ustazah Hafizah Musa kongsi doa ini ketika saya tengah menghadapi kekalutan. Semoga ia memberi kekuatan kepada saya.

"Ya Allah aku mohon seluruh kebaikan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu. 
Ya Allah aku berlindung seluruh keburukan. Yang lambat, yang cepat. Yang aku tahu, yang aku tidak tahu.
Ya Allah, aku mohon segala yang dipohon oleh Nabimu, Muhammad S.A.W. dan aku berlindung daripada segala Nabimu memohon perlindungan.
Ya Allah aku mohon syurga dan aku mohon didekatkan segala perkataan dan amalan yang mendekatkan aku kepada syurga.
Dan aku mohon berlindung daripada neraka dan aku mohon dijauhkan segala perkataan dan amalan yang menjerumuskan aku dalam neraka.
Ya Allah jadikanlah ketentuan takdirMu ke atas aku sebagai baik-baik belaka."

Harap Oktober bulan diberi jalan keluar. Amin.

P.S: Jangan lupakan kesejahteraan Global Sumud Flotilla