Nuffnang

Monday, January 5, 2026

Catatan 5 Januari (Isnin)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari rasa kelam, serba tidak kena. Tidak ada rasa hendak masak nasi dan lauk sayur.

Hari untuk pergi bank untuk tengok ASB. Entah setiap tahun rasa begitu. Rasa berat hati. Mengapa eh? 

Berdoa semoga urusan dipermudahkan.

Pergi ke RHB. Tahun lepas, tahun sebelum itu pergi sini. Ramai orang. Dapat nombor 2094. Nombor ketika itu 2070.

Sabar menunggu sambil rasa gelisah di hati. Sejuk penyaman udara buatkan rasa gelisah bertambah.

Alhamdulillah nombor naik. Urusan dipermudahkan dan cepat. Staf yang layan saya ini baik. Jawab soalan saya tentang zakat yang ASB war-warkan dengan cara baik. Cap ibu jari kanan dapat dibaca sekali sahaja. Transaksi berjaya. Masuk dalam kereta azan Zohor bergema daripada radio. Tiba-tiba rasa lapar. Abah cari gerai makanan untuk makan sebelum pulang.

Cuma tahun ini tidak dapat penyata ASB dalam bentuk kertas tapi staf itu baik siap tuliskan jumlah pada belakang kertas no giliran selepas diminta. Alhamdulillah.🙂

Kena Simpan No Giliran. Ambil No Pukul12:12 Tengahari



Kena simpan ada maklumat penting.


Sunday, January 4, 2026

Terima Hadiah Top Commentators 2025 Daripada Blog Secawan Kopi, Sekebun Cerita

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah konsisten komen di blog Nur sepanjang 2025 maka menjadi orang ke-2 yang komen terbanyak. Semua dengan izin Allah jua bagi kelapangan dan kemudahan untuk saya rajin komen blog Nur. Bukan semua blog saya rajin komen.

Top Commentators-292 Komen



Cepat betul barang yang Nur pos guna PosLaju sampai. Saya bagi maklumat peribadi hari Khamis, Nur pos hari Jumaat dan semalam (Sabtu) pagi sampai. Cuma saya tiada di rumah kerana balik kampung maka hari ini baru dapat buka parcelnya. 

Beg Kecil Dengan Nota Terima Kasih 



Mula-mula buka nampak beg kecil dan nota terima kasih. Ingatkan itu sahaja. Beg ini banyak zip. Macam beg doraemon. Seluk-seluk setiap bahagian ada isi.

Dari Kiri: Buku Perancang 2026, Tudung Bawal Hijau, Beg Duit Pangkor, Bekas Makanan. Tengah Nota Terima Kasih



Seluk sekali lagi di poket lain tengok ada rantai kunci comel dan berbulu lembut.

Terlupa Ambil Gambar Beg Coklat. Barang-Barang Yang Dapat. Tengah Berwarna Merah Jambu Ialah Rantai Kucing Comel



Terima kasih Nur atas susah payah menghantar, membalut dan beri ingatan kasih sayang barang yang dihantar. Ada makna setiap barang yang diberi. Semoga Allah murahkan rezeki Nur dan dirahmati Allah sekeluarga.

P.S: Benda saya hendak, saya dapat. Segala Puji Bagi Allah.
Teruskan rasmikan buku perancang itu.

Saya sudah terima 2 kali sebagai tukang komen utama pada tahun 2020- klik SINI dan 2024- klik SINI. Jadi ini yang ke-3.
Harap ada rezeki lagi untuk jadi tukang komen utama tahun 2026. Amin.