Nuffnang

Saturday, January 16, 2021

Review: PotonGuler Susu Pekat Manis Penuh Krim Le Ting

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat dan bahagia. Amin.

Dalam proses menghabiskan stok makanan yang ditinggalkan oleh adik perempuan maka saya ternampak  susu pekat manis ini di belakang peti sejuk. Nama yang menangkap dan menarik dengan warna pastel. Nasib belum dibuka dan tertarik dengan tag line "Potong Guler Sedap Giler"

Depan Peket Potong Guler



Memang betul sedap apabila dimasukkan ke dalam kopi kisar. Rasa karamel ada dalam Potong Guler. Berbanding susu pekat biasa beli dalam tin aluminium.

Potong gula +/-99%. Ia diganti oleh oligofruktosa dan stevia. Ini jaminan Potong Guler. Pemanis khas ramuan aktif selain itu ialah IMO Oligo. 

Belakang Peket Potong Guler



Imogo Oligo- Pengganti gula berkalori rendah dan rendah glisemik indeks.

OligoFruktosa- Pemanis yang mempunyai kebaikan fiber yang membantu penghadaman.

Stevia- Pemanis semula jadi daripada daun stevia yang 300 kali lebih manis daripada gula.


Jaminan Potong Guler juga ia mempunyai lebih susu daripada gula putih.


Saya sudah jatuh cinta dengan produk ini. Tidak sia-sia merasa untuk habiskan stok. Harap ada dijual di kedai. Simpan sini sebagai panduan saya hendak cari sebab sudah habis!

Friday, January 15, 2021

Terima Bungkusan Pos Ekspres

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Semua orang suka kejutan yang baik.

Di awal pagi sebelum pukul 8, terima bungkusan oren yang terletak dalam peti surat. Bungkusan daripada Anies Yusop. Pemilik blog aniesandyou. Kejutan yang tidak disangka.

Pos Ekspres



Saya merasa permukaan yang rata dan keras, saya menjangkakan buku.

Lawak Kampus Edisi 1 + Nota



Apabila buka, terpapar 'Lawak Kampus'. Bolehlah baca pada waktu senggang.

Terima kasih Anies.