Nuffnang

Friday, August 12, 2011

Membuat Sengal Dan Loyar Buruk Di KLIA




Assalamualaikum…

Alhamdulillah kita sudah melepasi puasa ke-12. Cepat berlalu rasanya. Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat dan mampu untuk berpuasa penuh.

Bulan puasa ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah. Ambil keberkatan ganjaran bulan puasa, tempat yang barakah dan pahala digandakan beribu-ribu kali. Bukankah satu keuntungan BESAR yang perlu direbut? Sesiapa ada kemampuan fizikal, mental dan kewangan dan masa ambillah untuk beribadah di sana.

Oleh itu semalam kami sekeluarga pagi-pagi lagi telah bersiap sedia untuk ke KLIA untuk menghantar abah. Malang nasib saya kelmarin, saya terlajak sahur dan Subuh kerana kesihatan tak mengizinkan. Apabila mak masuk bilik suruh siap, saya terpinga-pinga kerana terlepas. Maka kami bertolak dalam pukul 9 pagi, sebelum itu wajib ke kebun sekejap sebelum ke Sepang.

Sampai dalam pukul 11, saya diturunkan di tepi manakala abah, emak dan M pergi ke tempat letak kereta. Gaya saya yang menyorong troli bawa beg syarikat Andalusia Travel macamlah saya yang nak pergi umrah. Haha takpelah berangan kejap. Masuk dan menyertai ahli-ahli kumpulan lain. Hehe (sebenarnya kekok) Ada makcik ni datang tanya saya.

“Dari mana?”
“Dari Melaka, makcik”
“Makcik dari Simpang Tiga”
Kat mana Simpang Tiga ni. Simpang Empat tau kat mana bisik hatiku.
“Simpang Tiga tu kat mana yer makcik, kalau Simpang Empat saya tahu?” akhirnya saya luahkan.
Makcik tu dah bagitahu tapi saya lupa. Saya ingat Johor. Sama ada dia sebut Pontian agaknya.
“Pergi dengan sapa?” Makcik tu bertanya lagi.
“Pergi sorang jer.” Ewah-ewah macam aku yang pergi. Aku gelak dalam hati. Ni nak kena bagitahu ke yang sebenarnya abah yang nak pergi bukan aku.
“Sorang?” Rupa makcik tu terkejut. Hehe seronok kadangkala tengok reaksi orang ni. Aku ni suka uji orang secara senyap-senyap. Manalah boleh pergi sorang, aku ni perempuan kena ada mahram. Tak lepas pergi wei kalau pergi sorang-sorang. Syarat nak pergi untuk perempuan, pergi bersama mahram.
Akhirnya aku berterus-terang. “Makcik ni beg abah saya, saya tolong jagakan sekejap sebab mereka pergi letak kereta kat tempat letak kereta.”  Saya menyambung kembali soalan, “makcik pergi berapa orang?”
“8 orang,” sambil makcik menunjuk ahli-ahli lain di belakang.
“Wow.” Saya pula yang terkejut. Pada pandangan saya tertancap 2 orang budak yang masih bersekolah.
“Ada budak-budak, dorang ponteng sekolah eh?” Selamba pula apabila saya kenangkan kembali soalan saya kemukakan. Hehe makcik tu senyum jer.

Perbualan kami terhenti. Tak lama kemudian nampak abah, emak dan M. Saya lambai-lambai dorang tak nampak. Jadi terpaksalah saya sorong ke arah mereka.

Ok pendekkan cerita, ketika abah pergi daftar masuk bagasi. Tinggallah saya dan M duduk depan kaunter daftar masuk HURUF M. Menonong dan memerhatikan gelagat penumpang. Sekali M menarik perhatian saya ke sekumpulan orang yang masing-masing di troli ada 1-2 skrin rata Sony dan peralatan elektronik.
“Wah murah ke barangan elektronik kat Malaysia ni?”
“Murah agaknya. Takpun dia nak jual balik kat kedai atau ada orang suruh belikan.”

Saya ternampak seorang hamba Allah ni bawa serbuk kari Baba’s dalam plastik jernih. Banyaknya.
“La tempat dorang takde serbuk kari ke?” Serbuk kari sini murah ke? Saya pelik sebab orang saya nampak ni macam orang India/Sri Lanka. Nampak pula logo Sri Lankan Air pada senarai kaunter.
Adik saya memberikan perspektif lain “Dia nak bawa pergi UK kut, kat sini daftar masuk untuk penerbangan Emirates gak(maknanya Dubai lepas tu UK)
“Oh! Mungkin juga”
Saya masih gelak-gelak juga pasal orang bawa serbuk kari Baba’s sebab saya rasa dorang ni macam nak ke Sri Lanka. Gelak sampai mak saya datang. Entah sewel saya ni, itupun nak buat lawak.

Panjang dah, hal lain dalam lapangan terbang tak payah cerita. Jumpa lagi.

P.S: Suka perhatikan gelagat orang sambil analisa :) Ikutkan banyak pengalaman menarik di lapangan terbang yang buat saya tersenyum dan gelak. Sama ada pengalaman semalam atau yang dah lama berlaku.




Tunggu Sekejap


Assalamualaikum...

Saya sebelum ini ingat nak tulis pasal pengalaman puasa dulu-dulu (kenangan lama) dan pasal saya di KLIA semalam yang menyebabkan saya senyap kejap waktu siang. Sekali saya ada hilang sesuatu pula ketika nak menulis blog. Beria-ia saya cari benda hilang tu sambil-sambil masuk blog orang. Jadi perasaan nak menulis hal tu tiada kerana gangguan perasaan tak tenteram. Lagipun tulisan yang saya nak buat tu panjang dan kena bagi tumpuan.

Maka tunggu yer. Nanti saya tulis. Sekarang ini saya nak  bagitahu pada pos ini saya dah jumpa benda yang hilang! Alhamdulillah. IzinNya. Beria-ia saya cari sambil komen blog orang. Itu yang lambat. Gembira dah jumpa. Dari pukul 11 sampai kul 3 pagi saya cari. Lama betul kan?

Jumpa lagi. Maaf zahir batin. Segala kesulitan amat dikesali. 

P.S: Macam-macam hal saya ni. Nasib baik perasaan nak komen tulisan orang lain tak terganggu.



Thursday, August 11, 2011

GA | Kad Raya Dari Solicious StoriNori


Assalamualaikum...

Siapalah yang tak suka kad raya kan? Hehe sesiapa berminat bolehlah klik pada kain rentang tu atau sini. Cepat sebelum 15 Ogos 2011 (dah tamat)




Monolog: Spontan Hari Khamis

Wah-wah sekali 4 ketul dia bagi SEKALI HARUNG!!!

Alhamdulillah. Rezekiku murah. inilah agaknya rezeki RAMADAN.
Syukran. Inilah selalu BERLAKU apabila aku tengah sakit/sedih Allah akan GEMBIRAkan aku balik. Senyum sorang banyak-banyak :D





Wednesday, August 10, 2011

Murah Ke Barangan/Peralatan Yang Dijual Di PC Fair?



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan oleh Allah usia kita ini. Syukur saya masih hidup dan bernafas. Syukur saya boleh buat apa yang saya mahukan. Syukur saya diberikan senjata yang sangat berkuasa dan berkesan iaitu doa di mana saya mahu gunakan senjata ini untuk kebaikan diri saya selalu. InsyaAllah. Syukurlah saya dah sihat sedikit dengan izin-Nya. Saya ada buat kekhilafan pada pagi tadi di mana saya tertidur maka terlepas nak borak dengan sorang blogger ni. Dia nak sangat borak secara dekat dan kami telah tetapkan pagi tadi untuk berborak tapi saya yang mungkir janji. Kesalnya saya sungguh.

Ok saya pernah tulis pasal saya pergi PC Fair masa hari mantai kan?Sebenarnya itulah kali pertama kali saya ke sana di MITC. PC Fair ni saya perasan, selalu juga pameran ini diadakan. Maka saya berkesempatan pergi dengan emak yang baik hati bawa saya ke sana bersama adik lelaki saya, M. Tujuan bawa M tu supaya dia boleh nasihatkan sama ada alatan elektronik yang saya nak beli tu murah. Yelah pada pendapat saya pameran ni mesti jual barangan murah kan? Macam Pesta Buku, memang saya tahu buku-buku dijual murah. Pada pendapat korang murah ke peralatan yang dijual di sana atau sama sahaja harga dengan kedai?

Pergi ke sana mestilah bertujuan nak membeli kan? Tak kuasa pula nak jalan tingkap (windows shopping) Pula orang sangat ramai pada hari terakhir pameran di MITC tu. Saya rasa peninglah juga dengan ramai orang dan dengan kekurangan pengetahuan tentang perkakas yang saya nak beli. Saya bercadang nak beli cakera keras (hard drive) 500 GB. Peruntukan disediakan ialah RM200. 

Memang apabila diperhatikan setiap penjual tu harga yang ditawarkan lebih kurang sama jerla kan bagi jenama yang sama. Cuma pada gerai di belakang sekali saya perasan macam murah sedikit (sikit jer kut) Jadi memandangkan mak dan adik dah tak tahan dengan ramainya orang dan nak segera balik ke rumah serta saya pun dah mabuk dengan orang yang ramai himpit macam sardin maka saya pun memilih cakera keras ini. Cuak jugalah takut bukan pembelian bijak. Mana tahu harga sama atau lebih kurang macam harga kedai kan. Sesiapa yang baca tulisan ini kalau tahu, bolehlah utarakan pendapat. Ok saya beli

Jenama barangan: Samsung External HDD 500GB G2 USB 2.0
Harga di kotak: RM177
Harga asal: RM170
Harga jual: RM164

Inilah Cakera Keras Saya Beli. Warna Putih Macam i-Phone Pula


Murah dan berbaloi ke? Atau ada tempat lain jual lagi murah? Kongsi pengalaman dan pandangan korang.

Kalau murah, lain kali boleh pergi lagi tapi mungkin pergi waktu pagi. Jumpa lagi.




Juara Masterchef Australia Musim Ke-3



Cetakan Skrin Komputer: Keputusan Markah Selepas Pusingan Ke-2


Cetakan Skrin Komputer Cabaran Tekanan Pusingan Ke-3



Cetakan Skrin Komputer: Pemenang
Hakmilik penerbitan: ten Australia

Tuesday, August 9, 2011

Pendapat: Apa Yang Anda Lakukan Apabila Buka Blog?




Assalamualaikum...
Saja nak tahu apa yang anda buat apabila buka/daftar masuk blog anda yer?  Kalau saya mula-mula:

1. Buka google reader untuk tengok banyak mana tulisan baru dah ternak dalam tu. Tengok sapa dah kemaskini blog. Buat nota mental nak pergi melawat 'rumah dia' selepas buat semua langkah tapi bukan semua 'rumah' pergi tau. Banyak pula.

2. Jawab komen yang tersimpan (tu tujuan buat kawal komen supaya tidak terlepas pandang komen yang tidak dijawab)

3. Lawat blog. Lawatan bermula pada blog yang rajin lawat blog saya kemudian lawat blog yang komen dan blog yang saya jadi ahli senarai blog dan blog yang saya suka baca tulisan.Ini entah berapa kali saya masuk terpulang pada tuan punya blog kemaskini dan waktu kelapangan saya. Ini memang  akan saya tinggalkan komen kalau tak, rasa tak seronok tak komen.

4. Tulis pos.

5. Lawat blog yang tinggalkan jejak di kotak jerit. Ini kalau ada kesempatan, kalau tak buat hari lain. 

6. Lawat blog lain yang pos tulisan terkini semasa saya ada dalam google reader. Seronok baca dan ada nak luahkan, saya tinggalkan komen. Kalau tak, diam-diam sudah.

Tapi ada juga susunan berubah iaitu tulis pos sebagai langkah terakhir kalau belum rasa nak tulis lagi. Atau tulis pos sebagai langkah ke-3 dahulu sebab tak sabar nak menulis. Hehe.

Ok kongsi pendapat yer. Apa yang anda buat dahulu apabila buka blog dan mengapa buat langkah-langkah tersebut.





Akhirnya Dinanti...Penentuan Juara Masterchef Australia Siri 3...Jeng-Jeng

Assalamualaikum...

Tengah tengok Masterchef Australia siri 3 untuk akhir! Haha rupanya Kate dan Michael yang bertarung.

Baru tengok pusingan pertama. Ada 3 pusingan ok. Setiap pusingan ada mata. Pusingan pertama sediakan 20 markah maksima. Pusingan pertama masak ikut tiap langkah. Langkah pertama pilih protein apa yang nak dimasak, kedua bahan sampingan macam lemon, sayur-sayuran dan bahan perasa. Eh sambung balik. Lepas tu di stesyen ketiga pula masak. Pusingan 1
Kate: 7+8=15
Michael: 8+9=17
Pusingan 1: Michael menang.


Cetakan Skrin Di PC Papan Tanda Markah Pemenang Pusingan 1


Pusingan ke-2 pula nak tengok.

Nanti saya kemaskini siapa pemenang apabila dah habis tengok. Siapa peminat siri ini? Korang agak siapa yang menang? Hehe.. Ke korang dah habis tengok? :P Jangan bunuh keterujaan saya.

Dah habis tengok. Nak tahu pemenang? Boleh klik di sini


Maklumat Buku Kisah Orang-Orang Yang Makbul Doanya



Assalamualaikum…

Sebelum ini saya ada kupas pasal buku ini. Jadi nak tulis balik beserta maklumat lengkap supaya sesiapa yang berminat nak cari. Dalam buku ini ada kisah ketika orang-orang soleh berdoa, keadaan mereka dan doa mereka yang boleh kita amalkan. Bolehlah kita buat panduan dan baca doa yang mereka amalkan.



Tajuk: Kisah Orang-Orang Yang Makbul Doanya

Penyusun: Abu Afifah

Penerbitan:  Pustaka Al Shafa Sdn. Bhd.

Harga: RM9.00

Mukasurat: 142

Jumlah Kisah: 63

ISBN: 978-983-159-201-4







Monday, August 8, 2011

Adab Berblog... Kena Rajin Berinteraksi Sesama Blogger



Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga pendapatan terumpuk Nuffnang. Ingatkan saya belum layak lagi. Yelah trafik tak tinggi macam penulis blog lain. Saya perasan apabila saya aktif dan berinteraksi dengan blogger lain maka mudah jalannya. Sebenarnya saya cuma ikut saranan google cara berblogging dengan betul (kira boleh kata adab berblogging kut?)Elakkan kena penalti kerana google adalah sumber utama trafik. Jadilah seorang yang peka dan mengikuti apa yang boleh/tidak boleh dibuat dalam blog. Kalau tidak pasti boleh tanya google. Aha itu gunanya enjin pencarian tersebut. 

Kepada pembaca, saya minta maaf kalau ada membuat anda terguris perasaan atau kecil hati dengan saya. 

P.S: Tak boleh jadi kera sumbang :) Yer saya dahulu kurang bergaul dengan blogger lain tapi apabila baca artikel di google buzz tu terus ubah cara. Hehe. Yelah saya ni ambil masa nak sesuaikan diri.








Tag also: Tips untuk dapatkan pendapatan terumpuk (BE)

Mari Mendaki

Assalamualaikum...

Adiba, anak sedara yang 9 bulan dah suka sangat memanjat naik tangga tapi turun tak reti lagi.

Ambil gambar tengah dia ralit memanjat.


Seronoknya Mendaki


Berpeluh. Bila Nak Sampai Atas Ni?



Dah Sampai Atas. Nak Pergi Bilik Mak Long.

Monolog: Jodoh? Baik?




Kami (emak, uwan dan aku) pergi awal ke masjid. Sampai di sana, aku melaksanakan solat sunat tahyatul masjid. Usai bersolat, aku bertafakur menumpukan perhatian pada diriku.
Tiba-tiba hati berdetik “Bila aku nak kahwin ni?”
Segera ingatan aku tertancap pada dia.
Eh apsal aku ingat dia tiba-tiba ni? Hatiku merungut.
Dialah jodoh kau.
Aku segera membuang ingatanku cepat-cepat kerana azan Isyak telah berkumandang. Maka seterusnya aku menumpukan solat Isyak, tarawih dan akhir sekali witir.
Usai habis solat maka berpapasan kami (emak, uwan, Tok Ali, Wan Kintan dan aku) pulang ke satu arah.
Tepat jam 10:30 malam, aku bersedia untuk tidur kerana mengantuk. Maka tidurlah aku seorang di atas dengan lena. Pukul 1 pagi aku terjaga. Aku tidak mampu melelapkan mata. Bagi menghabiskan masa, aku ke dapur makan roti krim dan air kopi. Disudahi air putih. Kemudian ke bilik air untuk membuang air dan menggosok gigi. Naik semula ke tingkat atas untuk tidur semula. Namun aku gagal tidur dalam bertemakan mendengar lagu di walkman Sony. Tiba-tiba ingatan aku kembali pada dia.
Apsal ingat lagi dia ni. Aku bukan kenal dia. Aku tak pernah tengok dia (ya ke?) dan namanya pun aku dah lupa.
Hatiku senyum sinis apabila jiwa berperang menyatakan ‘hujah’ aku tak ingat nama dia.
Betullah aku tak ingat nama dia.
Aku mengimbau kenangan tahun lepas ketika aku membanci sebuah rumah. Aku menanyakan tentang ahli isi rumah yang tinggal dengannya. Pada ketika makcik ini berceritakan tentang dia, tiba-tiba hati tak semena-mena tertanya.
Aik dia baya aku, apsal dia tak kahwin lagi.
Habis tu kau pun belum kahwin lagi.
Ketika itu aku menulis nama, tarikh lahir, umur dan pekerjaan. Ironinya sekarang aku tak ingat pun butirannya Cuma SATU.
Hatiku semakin gelakkan aku. Kau ingat dia kerja apakan?
Aku senyum sumbing. Haah aku ingat dia kerja apa.
Cuba cakap dia kerja apa.
Aik hati, kau kan tahu.
Saja, aku nak kau ingat dan nyatakan.
Dia kerja di Jabatan Agama. Haha tangkap orang buat maksiat kan? Aku gelak mengingatkan ketika aku menemuramah makcik itu, aku gelak dalam hati ingatkan hal ini tapi muka aku buat selamba jer takde apa-apa berlaku.
Balik aku cerita kat makcik aku banci rumah no sekian.
Makcik aku cakap "dia sedara kita juga."
Saudara? Saudara jauh la tu bisik hatiku. Aku acuh tak acuh dengar penerangan makcik aku. 
Dia ke jodoh aku?
Yalah, dia tunggu kau jadi baik.
Alamak lama lagi agaknya.
Tiba-tiba aku teringat Kak Kandi yang telah ‘menyumpah’ (berdoa) untuk aku mendapat lelaki yang baik dan soleh di hadapan Kaabah.
“Wina, akak dah doakan khas untuk Wina depan Kaabah.”
“Akak doa apa?” Aku terlongo tak sangka betul.
“Doakan Wina dapat lelaki terbaik.”
“Ek.” Dalam hati rasa terharu.
Kak Kandi memang tak berkenan dengan pilihan aku sebelum ini. Selalu aku ini ‘dibasuh’ (dinasihati) dan ditegur.
Dahlah pergi jauh-jauh tak payah ingat. Aku cuma menghalau ingatan yang makin kuat. Langsung aku tidak boleh tidur. Lelap mata ingat dia juga. Aku melihat jam di telefon bimbit aku. Pukul 3 lebih. Baiklah aku ‘dating’ dengan Allah ada gak faedahnya.
Lalu aku turun ke dapur semula kemudian ke bilik air mengambil wuduk. Solat sunat witir untuk buka witir yang aku tutup ketika tarawih. Solat tahajud dan hajat. Doa moga aku dapat tidur dan mimpi dia (kalau ada) Alhamdulillah lepas solat, aku terus lena tak ingat dunia, mimpi pun kosong. Terbangun apabila Uwan teriak kuat dari bawah kejutkan aku sahur. Aku bangun dan tersenyum.
Eloklah aku takde mimpi kau. Aku gelak dalam hati.Kalau kau ingat dan tahu rupa aku (intuisi aku berkata dia dah tahu) doakan banyak-banyak supaya aku jadi baik setaraf dengan kau.
Aku turun untuk sahur.

Rumah Ni Ke Aku Banci?




Sunday, August 7, 2011

CELEBRATE ANNIVERSARY

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Hari ini saya ikuti segmen Mama Maszull yang jemput secara terus untuk sertai segmen ini. Maaf mama lambat. Konon-konon nak cari gambar yang terbaik. Tengok-tengok album lama entah mana la kena sumbat. Saya mahu letak gambar saya waktu kecil. Nak mengimbau kenangan lama pada blog katakan. Takpe, saya ada satu gambar pinjam daripada Achik Ya (entah bila nak pulangkan) Berita baiknya dah imbas yer ni gambar lama bukan pakai kamera digital yang boleh alihkan terus ke komputer. Ini gambar masa saya darjah 6 (korang agak mana satu saya?) meraikan harijadi sepupu saya, Zairi yang ketika ini masuk 1 tahun duduk di pangkuan Achik Ya (makcik). Lain-lain tu sepupu dan adik H yang pakai t-shirt putih duduk belakang Achik Ya.

Sepupu Saya Ni Masa Kecil Memang Ganas. Waktu Ni Buka Hadiah

Ni Gambar Dalam Gambar. Ambil Gambar Ni Dengan Kamera Digital. Kalau Tak Nampak Tengok Dengan Photo Viewer


Mama kalau kurang jelas bagitahu ok?

Kalau nak ikuti boleh klik kain rentang di bawah yang akan bawa muka surat pelayar korang ke segmen ini. Tarikh tutup 15 Ogos 2011. Hadiah lumayan menanti anda. Siapa-siapa suka nak buat segmen kenangan lama mengusik jiwa bolehlah ikuti.




Tidak Disangka


Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Baru dapat berkesempatan menulis blog. Semalam balik kampung lagi tidur sana. Selalukan saya ni kemaskini pos waktu malam-malam atau waktu hampir sahur jadi takde la yer semalam punya.

Apapun terima kasih pembaca/pelawat yang masuk blog tuan tanah ni walaupun tiada pos baru. Nanti rajin-rajin takde benda nak buat, godeklah tulisan lama saya yer.

Lagi satu terharu la si Harisya ni nak kemaskan blog saya ni. Wah rajin dia menghulur bantuan. Saya ni pula tolak sebab belum masa lagi nak tukar. Hehe lagipun saya ni orang yang kinestetik, orang yang bergantung pada perasaan dan lambat sedikit nak terima perubahan. Kena bersedia mental dahulu. Harisya, kalau Kak Wina dah selesa dengan idea perubahan blog, Kak Wina datang minta tau siap dengan spesifikasi: warna dinding blog, warna kotak jerit, peta dunia kena ada dan lain-lain. Kedudukan setiap perabot. Macam cerewet lak saya ni? Cerewet ke camtu? Haha taklah. Dah minta insyaAllah saya akan terima lepas tu.

Ok nanti saya sambung menulis malam atau waktu hampir sahur nanti. Jumpa lagi. 

P.S: Selalu malam dan dinihari kelajuan internet sangat bagus untuk tulis dan berjalan-jalan ambil angin di blog orang. Lagipun tenang nak membaca dan komen :)





40 VIP BLOG GARY..!!


Assalamualaikum...

Nampaknya saya memenuhi syarat Gary ni. Saya pengikut Gary. Pernah juga komen. Sesiapa pengikut blog ini boleh masuk segmen ini. 



Saturday, August 6, 2011

Siapalah Yang Menang Masterchef Australia Musim 3 Ni Ek?


Assalamualaikum...

Alamak sambungan internet tak elok sangat untuk tengok musim ke-3 siri 82 Masterchef Australia. Tengok pertengahan jer dah putus. Kena buat balik, alirkan semula data sebelum pergi terawih. Ingatkan waktu nak menunggu sahur boleh tengok sambungan rupanya putus lagi. Aliran data memang tak stabil.

Takpelah huznun-dzon jer (sangka baik) dengan Allah. Buatlah perkara yang lagi berfaedah sedikit wahai Wina oi! Waktu hening begini sesuai nak mengadu.

Ok semua selamat bersahur. Apapun memang tak sabar tengok episod 82 ni sebab tinggal 3 peserta: Alana, Kate dan Michael. Nak tahu siapa yang pergi ke akhir. Agaknya siapa yang menang eh? Macam Kate dan Alana jer boleh pergi ke peringkat akhir. 

P.S: Masterchef US yang terkini dan minggu lepas pun saya belum dapat tengok. Lambat betul. Bagi yang nak tahu siapa yang menang siri ke-2 yang tengah ditayangkan di Astro tu ialah Adam. Siri ke-3 belum keluar di tv Malaysia.



Ni Musim Ke-2 Punya Si Callum (Naib Juara) Buat. Saja Buat Yang Tengok Terliur. Hahahah