Nuffnang

Tuesday, August 9, 2011

Pendapat: Apa Yang Anda Lakukan Apabila Buka Blog?




Assalamualaikum...
Saja nak tahu apa yang anda buat apabila buka/daftar masuk blog anda yer?  Kalau saya mula-mula:

1. Buka google reader untuk tengok banyak mana tulisan baru dah ternak dalam tu. Tengok sapa dah kemaskini blog. Buat nota mental nak pergi melawat 'rumah dia' selepas buat semua langkah tapi bukan semua 'rumah' pergi tau. Banyak pula.

2. Jawab komen yang tersimpan (tu tujuan buat kawal komen supaya tidak terlepas pandang komen yang tidak dijawab)

3. Lawat blog. Lawatan bermula pada blog yang rajin lawat blog saya kemudian lawat blog yang komen dan blog yang saya jadi ahli senarai blog dan blog yang saya suka baca tulisan.Ini entah berapa kali saya masuk terpulang pada tuan punya blog kemaskini dan waktu kelapangan saya. Ini memang  akan saya tinggalkan komen kalau tak, rasa tak seronok tak komen.

4. Tulis pos.

5. Lawat blog yang tinggalkan jejak di kotak jerit. Ini kalau ada kesempatan, kalau tak buat hari lain. 

6. Lawat blog lain yang pos tulisan terkini semasa saya ada dalam google reader. Seronok baca dan ada nak luahkan, saya tinggalkan komen. Kalau tak, diam-diam sudah.

Tapi ada juga susunan berubah iaitu tulis pos sebagai langkah terakhir kalau belum rasa nak tulis lagi. Atau tulis pos sebagai langkah ke-3 dahulu sebab tak sabar nak menulis. Hehe.

Ok kongsi pendapat yer. Apa yang anda buat dahulu apabila buka blog dan mengapa buat langkah-langkah tersebut.





19 comments:

aimie amalina said...

weeee
1) tulisan belog ni dah lagiiiii comei
suke!
2) weee..sgt hargai kunjungan akak ke belog mimi..sukke =)
3) maceeeh akak! +0

NA said...

@Mimito: Sebab dapat Mimito yang aktif lagi produktif :)

nuRuL haNis said...

Haha, anis tak pernah ke google reader tapi terus ke kotak dashboard.
Wina punya blog mmg selalu anis jengah..hit gak dalam komen room, shout box atau diam2 je...hehe...

fatynadia said...

Akak! Kita sama~ hehe gimme five sikit. tapi bab komen tu kadang2 terlepas pandang sikit hehe

muz said...

nanti muz nak update sal benda ne...thx bagi idea ye...hehe

NA said...

@Nurul Hanis: Oo Anis pernah diam-diam masuk blog Wina eh? Hehe

@Fatynadia: Oo Kak Wina yang selalu terlepas pandang kotak jerit sebab yang tu tengok akhir.

@Muz: Ok lagi bagus, nak tahu juga Muz watpe

botol said...

selalu tros bukak page sendri,pastu selalu refresh sape yang update blog..taip kali mesti singgah kat blog yang bru update..Klo pasal komen lak,alert kat yahoo email jerk.. =)

NA said...

@Botol: Camtu. Kira kena orang baru nak kemaskini baru pergi eh? Hehe. Terima kasih bagitahu :)

abghani said...

first sekali aku biasanya tgk wina ada ulas tk kt blog aku...hehehe

botol said...

kadang2 camtu lah tapi klo rajin tgk gak page orang...mase cuti ni lah rajin,nanti dah masuk u,dah x sempat nak tgk2 blog dah

NA said...

@Abgghani: Haha bro
@Botol: Camtu rupanya

sergeant keroro said...

hehe, bukak dashboard, pastu tengok stats, then comment. pastu update XD

NA said...

@Keroro: Camtu rupanya. Ingatkan pergi melawat blog yang dah kemaskini pos. Ok terima kasih kongsi.

botol said...

thnx gak sbb bru tau cmne nak gune google reader... =)

NA said...

@Botol: Dah pakai ke? Kongsi ilmu jer

botol said...

tgh berjinak2 nak gune nih.. thnx 4 the info

NA said...

@Botol: Kalau ada masalah atau kemusykilan, boleh tanya :)

botol said...

ok..itu semestinya.. =)

NA said...

@Botol: :)