Nuffnang

Thursday, September 8, 2011

Kain Pasang Untuk Baju Kurung Baru



Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Semalam petang emak tunjukkan kain yang dibeli berhampiran Mydin Ayer Keroh. Huhu mak kata kain fesyen terkini. Mak kata nak buat untuk kami berdua.Nanti cari kain pasang lain untuk kain baju kurung. Gembira hati kain pasang untuk baju kurung mak pilih dan cari. Oh untuk makluman, raya hari itu pakai baju sedondon warna kelabu (pakai semula) sempena H kahwin bulan 4 lepas. Memandangkan M masa tu tak dapat balik, kiranya baju Melayu kelabu pertama kali dia pakai.


Tak sabar nak tunggu emak siapkan. Harap mak ada kelapangan buat. Boleh pakai masa kenduri akan datang dan raya haji pula. Hehe jauh betul perancangan.


Gambar berkaitan tajuk seperti biasa belum dapat muatnaik lagi. Nanti saya tepek pada pos-pos akan datang apabila saya dah ambil CPU tu. Tak sabar betul nak ambil. Harap berjalan lancar segala perancangan. Jumpa lagi.

Baju Kurung Raya 2009


P.S: Tulisan kehadapan (auto-post)


Ngomelan Spontan Khamis



  • Hari terakhir puasa ganti. Lihatlah dunia.


  • Rasa sunyi sepi jer dunia blog ni. Ramai yang takde ni.


  • Mahu beli seluar jeans baru. Berapa tahun tak beli.


  • Mahu buat pai epal lagi tapi bentuk pai epal McD.





Wednesday, September 7, 2011

Monolog Rabu : Restu Ibu Kupohon Walaupun Untuk Perkara Kecil/Remeh



Ya Allah, aku bersyukur mempunyai teman yang menyokong blog aku. Aku ada emak yang memahami dan tahu kewujudan blog aku. Agaknya kerana restu emak dan sokongan teman membuatkan blog aku ini berjaya. 

Memang restu ibu sangat penting walaupun engkau anggap ia perkara remeh. Penting engkau beritahu apa sahaja walaupun mengenai kewujudan blog, hatiku berbisik padaku. 


Aku segan nak beritahu aku ada blog. Kadang-kadang aku segan apabila mak aku perati aku tengah chat di reban ayam (YM), hatiku meluahkan pada diri ini (Tapi sekarang mak dah tahu aku ada blog dan mak aku dah tengok)

Apalah engkau nak malukan wahai Na oi? Perkara baik, bukan engkau buat benda buruk. Hati memarahi diri. Lepas ni engkau pastikan beritah segala-galanya kepada emak untuk restu. Walaupun impian engkau nak menjelajah dan mengembara seluruh dunia! Beritahu walaupun engkau rasa segan. Hatiku memaksa.

Nanti aku cakaplah, sekarang ni segan nak beritahu aku ada impian camtu. Aku akan beritahu juga nanti. Aku cuba meredakan gejolak hati.


Jangan tangguh-tangguh lagi cepat engkau beritahu lagi cepat impian engkau tercapai insyaAllah kerana restu ibu merupakan doa yang tiada hijab. Kau tengok blog engkau, tak sangka kan ia maju walaupun belum setahun!


Alhamdulillah semua izin Allah. Lagi indah jika mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih. Duit Nuffnang pertama, aku nak kasi kat emak.



Pengajaran:


Beritahu apa sahaja keinginan kita tanpa rasa malu kepada emak kita. Walaupun nampak mustahil atau merepek. Contohnya korang nak blog korang memberi pendapatan kepada korang. Korang nak popular ke. Hehe tapi itu dengan restu emak. Mana tahu mak taknak korang popular ke. Jumpa lagi...


Tuesday, September 6, 2011

Satu Hari Di Hari Raya: Hari Ini Berbuka/Beraya Di Rumah Mak Lang



Assalamualaikum...


Syukur alhamdulillah kenyang makan di rumah Mak Lang. Berbuka puasa di sana sambil beraya. Ngeh ngeh. Rasa lagi seronok begini. Sambil buka puasa atau menghadiri rumah terbuka waktu malam. Satu cara baru? Mungkin terasa baru bagi saya. Menggantikan rasa tawarnya raya tahun ini: saya, emak dan abah berpuasa sama-sama dan berbuka sama-sama. Moga-moga cepat habis puasa 6 dan saya akan meneruskan puasa ganti pula untuk Syawal. InsyaAllah sempat rasanya untuk khatamkan puasa. Memandangkan kami menziarah rumah sanak-saudara waktu malam. Kecuali kalau kenduri kahwin atau kenduri yang memang khusus untuk siang yang mana nanti 11/9 (Ahad) ni ada kenduri maka taklah teruskan puasa sunat.


Asalnya Mak Lang ajak makan tengah hari tapi abah cakap kami semua puasa jadi Mak Lang suruh buka rumah dia. Pucuk dicita ulam mendatang, pelawaan disambut maka kami bertolak ke Bukit Beruang dalam 6:20 petang. Ala tak jauh, 20 minit sampai. Maka terhidang di mata kami nasi dan lauk-pauk seperti asam pedas daging, rebung masak lemak bersama udang, sambal tempoyak daun kayu bersama petai, ikan cencaru goreng, asam limau jeruk. Sedap semua saya rasa kecuali ikan goreng. Minum bersama nescafe. Tapi apapun berbuka dengan kurma dahulu.


Solat maghrib lepas tu sambung pula makan kuih raya dan kerepek. Borak sesambil tengok berita. Borak pasal rancangan pergi kenduri di KL pada 11/9. Terbayang di fikiran, macam tak lalu pula rumah Mok nak ambil CPU saya. Sabar jerla tak dapat lagi nampaknya nak muat naik gambar-gambar.

Dah borak dan puas makan maka masa untuk pulang. Mak Lang bagi pisang sayur, kerdas. Hehe hasil kampung yang dapat. Seronok makan lauk kampung ni lagi-lagi kalau masakan sedap. Maka hari ini berbuka dengan seronok dan berbeza.


Jumpa lagi.

P.S: Jawapan untuk pos sebelum ini ialah mesin membuat dodol :)


Monday, September 5, 2011

Rindu Nak Menulis Setelah Terkena Mood Raya



Assalamualaikum...


Wah lama betul saya tak buka blog dan kemaskini. Ni pun memaksa diri nak tekan butang 'ON' pada CPU. Nak tahu pc ni pun macam cuti gak. Kena buka beberapa kali baru berjaya. Kalau tak cuak hati sebab dah lama sangat tak melawat blog orang.


Terima kasih yang melawat blog saya waktu saya tiada. Kali terakhir menulis pada 26 Ogos lepas tu buat tulisan hadapan (auto-post) untuk raya pertama dan kedua. Ingatkan nak buat tulisan hadapan banyak-banyak untuk esoknya tapi sekali mood takde pula. Hehe. Pelik betul apsal takmo buka blog pun saya tak tahu. Harap maaf yer yang rajin masuk tengok tulisan sama jer.


Eh macam mana raya korang? Seronok ke? Saya biasa jerla sekarang ini takde teruja gila-gila macam kanak-kanak ribena. Ada ambil 1-2 gambar raya. Itu jer. Eh gambar terkini tak dapat dimuat naik. PC sendiri kasi pada Uncle Duan untuk diperbaiki. Jadi baca jerla yer tulisan takde gambar atau gambar-gambar lama untuk santapan mata.


Ok itu sahaja nak tulis. Nanti ada kesempatan, saya qadak tulisan-tulisan baru untuk hari-hari saya 'ponteng' tulis. Jumpa lagi.


Selamat hari raya dan maaf dipinta atas kekurangan diri ini. Hehe nak sambung menziarah blog orang.


P.S: Korang dah mula puasa 6 ke? Hehe

Pop kuiz: Mesin apa di bawah ini? Cuba teka.



Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menjamu Mata



Assalamualaikum...


Tulisan ini tulisan kehadapan (auto-post). Tiada di depan pc. Jadi saya nak jamu mata yang datang melawat blog saya dengan juadah raya pada tahun lepas.  Selamat menjamu mata.

Juadah Raya



Tuesday, August 30, 2011

Monolog: Maaf Kupinta, Terkenang Si Dia Ketika Di Movie World


 بسم الله الرحمن الرحيم

28/9/2011
Aku sahaja mencoretkan tulisan hari ini pada pos lama dan menggantikan tajuk dan isi yang berbeza supaya tiada yang dapat membacanya. Hanya mereka yang mencari, membuka arkib lama akan terjumpa coretan aku ini.

Aku terkenangkan si dia yang ketika itu kutemui di Movie World. Dia beratur di belakang aku. Kami menunggu untuk bermain Superman Escape. Ketika itu cuaca tidak berapa menggalakkan. Dengan sekejap hujan sekejap teduh. Maka terhenti seketika operasi permainan roller-coaster maut tersebut. Aku ketika semakin gementar kerana telah berada di hadapan roller-coaster tersebut. Dalam melayan perasaan, tanpa aku sedari mata aku memandang si dia yang bersama rakannya telah duduk tidak jauh dariku. Kami ditunjukkan demo untuk menaiki roller-coaster tersebut dan pada ketika orang demo menceritakan tentang G-Force, maka dia dan kawannya rancak berbincang. Aku tertarik dengan perbualan dan dia dapat menangkap aku mencuri dengar dan memandang. Malu aku. Dia tersenyum. Cair hatiku. Antara rasa gelabah dengan jantung berdegup kencang untuk menaiki roller-coaster bertambah lagi rasanya. Mahu pengsan. Sayangnya senyuman mesra itu aku balas dengan palingan badan dan tidak membalas senyumannya.

Oh tidak aku merasa menyesal hingga hari ini. Mengapalah aku tidak membalas senyumannya? Mengapa aku tidak berbasa-basi dan bertanya "how are you?" Entahlah mungkin aku segan. Tapi apa pandangannya terhadap aku? Mesti dia kata aku ini sombong dan berlagak.

Apapun aku tak dapat lupakan dia. Senyumannya. Inilah sebenar-benar perasaan aku cuba coretkan dalam puisi sebelum ini dan lagu.


Rupa dia memang kacak dan suara macam Gerard Butler





Tips Mendapat Iklan CPM Seterusnya Menjadi BE Untuk Iklan Nuffnang



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Saya ada mengamalkan tips yang saya baca pada blog lain dan mendapat iklan berbentuk CPM (Click Per Impression) maknanya pendapatan dapat melalui jumlah pandangan muka (page view). Kalau kita mula-mula daftar dengan Nuffnang akan diberi iklan CPC. Ok tanpa membuang masa cara untuk mendapatkan iklan CPM yang akan menjadi pendapatan terumpuk (BE) maka mula-mula sekali anda kena pastikan:


1. Kerap kemaskini blog. Bukan bermakna kena hari-hari tapi tetapkan kemaskini blog. Seminggu sekali, 2 kali sehari ke, sekali sehari.


2. Ok status anda mesti Gileratti.

3. Trafik ke blog anda mesti ada. Sekurang-kurangnya 50 pengunjung unik (UV). Cara nak tarik pengunjung dengan menjelajah blog, berkenal-kenalan dengan blogger lain, promosi blog anda dengan kawan-kawan.Kekalkan prestasi blog anda.


Kalau anda dah memenuhi syarat-syarat tu:


1. Kemaskini tinjauan (surveys) pada laman Nuffnang. Pada pengurusan blog ada 'Update Surveys'. Jadi kemaskini dan jawab dengan jujur. Lepas tu tekan butang hantar.


2. Ok lepas tu isi tiket. Klik pada folder Hubungi Kami (Contact Us) tu. Lepas tu pilih Pertanyaan/Cadangan. Letak subjek isi 'Permohonan Mendapatkan Pendapatan Terumpuk (BE)' Lepas tu mesej tu letaklah saya nak dipertimbangkan pendapatan terumpuk. Pastikan iklan anda tu diletakkan di tempat betul tau. Lagi satu maksimakan dengan LETAK  iklan dia bagi (3 bahagian untuk letak iklan). Isi lengkapkan dan hantar. Nanti pihak Nuffnang hantar emel. Pastikan buka dan baca. Tengok kalau berjaya atau tak (tak semestinya BERJAYA). Kalau tak berjaya, Nuffnang beri sebab dan anda baiki atau buat apa disuruh. Macam betulkan kedudukan iklan, tingkatkan pengunjung. Lepas dah buat apa disuruh mohon lagi hingga berjaya.

Selamat mencuba. Usaha itu penting. Kalau berjaya bolehlah tinggalkan komen. Kalau ada pertanyaan boleh juga tinggalkan komen. Jumpa lagi. 

Beza iklan CPC dan iklan CPM dalam Nuffnang
Iklan CPC memerlukan pengunjung klik iklan anda
Iklan CPM pula untuk pengunjung yang masuk ke dalam blog anda tanpa perlu klik iklan. Sekiranya diklik iklan tersebut adalah lagi bagus dan mendapat 2 kelebihan iaitu pendapatan jumlah pandangan muka (page view) dan pendapatan daripada iklan yang diklik. Kiranya iklan CPM ni 2 dalam 1.

Tag also: BE Nuffnang, buffered earning Nuffnang, cara dapat BE Nuffnang, proses untuk mendapatkan BE Nuffnang, apa itu BE?, apa itu iklan CPM, beza iklan CPC dan iklan CPM dalam Nuffnang

Ambil Daripada Wikipedia



Thursday, August 25, 2011

Juadah Berbuka Ramadan 24: Laksa Lemak Atau Laksa Melaka



Assalamualaikum...


Tamat sudah puasa ke-25. Hari ini perasaan tu tak seronok sangat. Ada peristiwa tak seronok berlaku. Apapun abaikan. Baik saya tunjuk laksa lemak/laksa Melaka di mana laksa ni tak popular sangat macam laksa asam/laksa utara. Kuah kuning (masak lemak) yang mengandungi sotong, kerang dan udang dan letak daun kesum. Takde isi ikan tau. Ada taugeh, hirisan daun kesum, hirisan cili merah dan hirisan timun. Macam gambar di bawah. Ini juadah berbuka semalam (untuk buka puasa Ramadan 24) Maaf lambat letak, lambat muat naik gambar.

Laksa Lemak Atau Dikenali Laksa Melaka




Hari ini berbuka lagi dengan spaghetti bolognese dan kemudian tu mak beli KFC. Sebenarnya khas untuk adik saya si M sebab tak lama nak terbang semula kan. Jadi bagilah dia makan benda-benda yang tak akan dapat di sana (atau ada di sana TAPI TAK HALAL). Hehe jangan si H cemburu dahlah, dia tak dapat balik masa bulan puasa dan raya. 

Eh tengok pos blog orang ramai cerita nak balik kampung esok atau lusa. Berhati-hati ok apabila pulang. 


Ok esok nak pergi jemput abah di KLIA. Jangan saya buat sengal lagi di KLIA sudah. Jumpa lagi. Majulah blog untuk negara :) 

P.S: Membuat beberapa pos kehadapan masa saya tiada. Mana tahu ada yang bosan, boleh buka blog saya nanti.


Fikiran Spontan Hari Khamis



Assalamualaikum...

Apabila tengok glob di bawah sekali terfiir bilalah nak pusing-pusing seluruh dunia ni?

Glob dan Peta Dunia

P.S: Suka sangat tengok glob berpusing-pusing dan peta dunia untuk dapat inspirasi.



Wednesday, August 24, 2011

Pendapat: Buat Blog Kedua?




Assalamualaikum...


Tadi baca emel bekas rakan sekolah yang cadangkan saya buat blog lagi satu. Blog tu berbeza dengan dia suruh saya menulis penulisan kreatif dan juga mungkin lebih peribadi. Haha diakui la blog sekarang ni agak umum untuk tatapan semua.


Dahulu saya ada blog lain (tapi dah ditutup oleh pihak pengurusan) yang memang saya tulis di situ bebas, terperinci dan kadang-kadang macam mengarut. Tapi ada gak yang baca. Haha pembaca dari luar negara siap beri komen benda yang saya tulis (kat blog tu banyak tulis dalam Bahasa Inggeris)

Tengoklah camner yer. Nanti datang rasa mahu wujudkan blog baru khas untuk jenis pembaca ini juga. Tahu Encik Lampard pun lagi suka masuk blog lama saya. Blog ni dia jarang masuk pun :(


P.S: Macam tak efisyen je ada 2 blog ni. Apa pendapat anda? Ek rasa tak payahlah kut ada lagi satu :)

Gambar Sekadar Hiasan.


Monolog: Teruja Menjadi Tanda Tanya



Tulah teruja sangat, pos ekpres yang kutunggu-tunggu tak sampai. Bukan hantar semalam hari ini dapat ke? Oh tak sabar nak dapat barang. Tertanya-tanya apsal tak sampai?


Ummi 1st Lucky Draw



[DAH TUTUP]


Assalamualaikum...


Terima kasih Umi atas jemputan menyertai peraduan. Umi buat cabutan bertuah menggunakan random untuk 6 pemenang.

Syarat-syarat:
1. Buat satu entri beserta kain rentang.Ada dah kat atas tu. Ok dah.
2. Letak tajuk: Ummi 1st Lucky Draw. Oh lagi sudah buat :)
3. Tanda (tag) 2 orang pengikut sendiri. Lebih tanda (tag) takpe tapi kena beritahu orang yang kena tanda supaya mereka tahu. Saya nak tanda:

Mimito (Kerana Lily)
Mama Maszull
Iqa (Ruang Mizz Zareliqa)
Yusuf (Yotokuu)

4. Lepas tu macam biasa tinggalkan pautan pada ruang komen tuan punya cabutan. Tarikh tutup 5 September 2011



Tuesday, August 23, 2011

Gembiralah...Kenanglah Dan Hargailah Apa Yang Kita Ada. Jangan Ditangisi Yang Tiada



(Ingatan Untuk Diri Sendiri Gak) 

Assalamualaikum...

Ok puasa ke-23 telah melabuhkan tirainya. Maka malam 24 Ramadan menjelma. Huhu hari ini buka puasa sempoi sahaja (jangan ingat saya makan mewah-mewah tau). Mee goreng dengan telur mata kerbau yang kuningnya dibiarkan cair dan air kegemaran mesti minum Nescafe panas. Makan berdua bersama adik tercinta iaitu si M. Manakala mak berbuka di luar kaitan kerja. Hehe makin syahdu je semakin penghujung Ramadan makan macam makan di perantauan jer.


Apapun syukurlah dapat makan dengan aman dan gembira sesambil tengok tv di ASTRO Ramadan siri kembara ke Tanah Makkah. Kita ni kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengenang apa yang KITA TIADA tapi kenanglah apa KITA ADA. Apa yang kita ada tu jadikanlah ia menyeronokkan. Kalau kena makan sorang jadikan ia SATU YANG MENYERONOKKAN. Kalau makan mee goreng je tak makan macam-macam juadah, jadikan KESERONOKAN juga. Ingatlah ada yang lagi tak bernasib baik. Moga Ramadan ni jadikan kita seorang yang peka terhadap kesusahan orang lain.


Kalau tak gembira ditimpa musibah boleh ke kita gembira atau seronok? Hmm memang susah nak ceria dan gembira tapi sekurang-kurangnya JANGAN FIKIR dari sudut NEGATIF tapi fikirlah apa TUJUAN/HIKMAH di sebalik musibah. Aha insyaAllah terubat hati tu. Kuranglah sedikit rasa sedih/pilu/duka/nestapa. Maka KEGEMBIRAAN akan timbul akhirnya. Ala takkanlah dukacita selama-lamanya kan? Allah bagi silih berganti perasaan tersebut. Bersangka baik dengan Allah kerana Allah beri ikut sangkaan kita tau. Jadi janganlah MELANKOLIK sangat ala-ala artis air mata jer menangis macam Kassim Selamat. Jadi kena sentiasa optimistik walaupun pada pandangan orang lain kita ni macam tak berguna, hina-dina.


Ketika orang lain menghitung ketibaan Syawal, saya menghitung keberangkatan si M kembali ke perantauan. Nampaknya malam Raya ke-2, M akan terbang jauh. Rezeki dia tahun ini untuk puasa sebulan dan beraya sehari di Malaysia. Makan tat tu ingat Along yer :)


Ok itu sahaja coretan/luahan malam ini. Jumpa lagi. Syukur perasaan KETERUJAAN  menulis blog kembali semula dengan izin-Nya. Hehe...Ambik korang tulisan/pos banyak-banyak akan daripada saya nanti :)

Gambar Hiasan- Inti Kelapa


Terima Kasih Posmen, Jasamu Dikenang



Assalamualaikum...

Terpandang dan membaca tulisan mama yang mama dah dapat kad raya daripada Soly. Lepas tu tak lama kemudian terfikir. Eh mama duk Johor dah dapat, aku yang duk Melaka ni mestilah dah dapat juga. 

Turun ke bawah tanya mak "ada kad raya Na tak?"
Mak jawab "belum tengok di peti surat."
Wala ada pun kad raya saya dalam peti surat bersama surat-surat lain. Terima kasih Soly dan terima kasih terutama kepada posmen kawasan saya yang memang sempurna hantar surat dan bagi saya cepat. 

P.S: Tak sabar nak tunggu esok pula, dijangka mendapat bungkusan pos ekspres. Kawan chat cakap dia dah hantar. Harap-harap dapat esok. Apa barang saya dapat? Tunggu....

P.S.S: Saya ni suka baca pos/tulisan dahulu nanti komen kemudian. Entah suka sangat fikir nak komen apa. Apapun akhir-akhir ni (dalam bulan puasa) saya suka nak berjalan-jalan ke blog dan komen akan dibuat pada waktu malam sebab tak suka terkocoh-kocoh. Petang macam penat nak pergi jelajah blog :)

P.S.S: Awal dinihari sempat menukar warna kotak jerit dan susun atur perabot dalam tulisan. Semangat menulis kembali. Yibbaaa...

P.S.S.S: Satu lagi borang peraduan Nescafe Rumah Idaman kena hantar cepat-cepat sebab tarikh tutup 31 Ogos 2011. Entah bila nak isi. Kena tunggu waktu hening kut :)

P.S.S.S: Iqa suruh saya ambil salah satu 'doodle' dia buat. Kak Wina pilih yang baju warna hitam ini. Terima kasih Iqa. Pembaca (lelaki/perempuan) pun boleh ambil di sini.




Selamat Bersahur



Assalamualaikum...

Selamat bersahur semua. Ini makanan ketika di rumah Uwan 


Nasi+Ikan Sembilang Masak Sambal+Kacang Panjang Dengan Hati+Kurma


Monday, August 22, 2011

Biskut Kegemaran: Tat Nanas


Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Harap-harap mereka yang membaca blog saya ni sihat. Baru-baru ni pembaca semua tahu kan saya balik kampung. Berbuka beramai-ramai di samping mak nak ambil biskut raya yang dia tempah daripada Cik Ya. Cik Ya memang tiap-tiap tahun buat biskut raya.


Pandangan Atas: Tat Nanas

Biskut kegemaran saya yang tidak lekang dek hujan dan panas, disukai sejak kecil ialah tat nanas. Biskut ni mengikut transformasi perubahan daripada bentuk bunga macam matahari sampai rupa ulat bulu atau bentuk landak pun ada.

Teringat masa kecil-kecil mak memang rajin beli tat nanas ni walaupun masa tu bukan untuk raya. Untuk saya dan adik saya, Y makan biasanya. Tiap-tiap hari mak bagi kami sebungkus (tat tu dibungkus plastik bukan dalam botol atau telap) untuk dimakan. Selebihnya mak sorok taknak kami cari dan makan. Eh memang asyik makan. Hari-hari makan satu bungkus tat nanas memang tak puas. Makan sebiji akan berterusan makan sampai boleh habis masih nak lagi! Haha saya pernah makan satu balang besar tat yang Mok saya buat. Rasa lemak daripada tepung yang cair di mulut. Perghh. Bila ditanya apa bahan yang Mok letak untuk kulit, Mok cakap pakai susu tepung. Patut sedap dan berkrim.


Pandangan Depan: 50 Biji Tat Nanas- RM22.50.



Macam mana kenangan anda dengan biskut kegemaran? Biskut apa yang anda suka dan mengapa. Seronok juga mengenang kenangan lama ni. Jumpa lagi. 


P.S: Sesiapa yang tinggal di Segamat atau sekitarnya (ambil di Segamat) dan berminat nak beli/buat pesanan tat ni boleh tinggalkan komen di bawah dengan memberi emel untuk saya balas.



Segmen Hira : Aku Reti Memasak Kau Reti?

Assalamualaikum...

Tertengok segmen si Hira yang rajin masuk segmen ni. Menarik pula. Sebagai seorang wanita, mestilah kena pandai masak. Hehe. Rasanya semua reti masak walaupun masak air kan? Saya pula memang suka tengok siri-siri RANCANGAN MASAKAN macam Top Chef, Masterchef, Jamie Oliver 30 Minutes, Chef At Home dan banyak lagi. Malah ada gunakan petua mereka ni dalam masakan saya.

Kalau tengok blog saya ni memang ada cerita masakan saya buat dan tepek gambar. Ok kira banyak masakan saya tahu buat tapi saya cenderung masak masakan/makanan Barat.

Antara masakan yang saya suka buat

1) Kek keju/pai epal
2) Spaghetti/ Lasagna
3) Ayam panggang
4) Kentang putar bersama kuah
5) Tomyam
6) Ikan kukus halia

Ikut banyaklah kan. Kata reti memasak mesti kena tahu semua tapi yang saya senaraikan tu yang saya selalu/suka buat sendiri.

P.S: Nanti saya 'blogwalking' blog-blog yang selalu saya lawat malam ini. Ni jenguk sekejap jer sebab nak buat segmen si Hira yang dah bermula semalam.