Nuffnang

Tuesday, August 23, 2011

Terima Kasih Posmen, Jasamu Dikenang



Assalamualaikum...

Terpandang dan membaca tulisan mama yang mama dah dapat kad raya daripada Soly. Lepas tu tak lama kemudian terfikir. Eh mama duk Johor dah dapat, aku yang duk Melaka ni mestilah dah dapat juga. 

Turun ke bawah tanya mak "ada kad raya Na tak?"
Mak jawab "belum tengok di peti surat."
Wala ada pun kad raya saya dalam peti surat bersama surat-surat lain. Terima kasih Soly dan terima kasih terutama kepada posmen kawasan saya yang memang sempurna hantar surat dan bagi saya cepat. 

P.S: Tak sabar nak tunggu esok pula, dijangka mendapat bungkusan pos ekspres. Kawan chat cakap dia dah hantar. Harap-harap dapat esok. Apa barang saya dapat? Tunggu....

P.S.S: Saya ni suka baca pos/tulisan dahulu nanti komen kemudian. Entah suka sangat fikir nak komen apa. Apapun akhir-akhir ni (dalam bulan puasa) saya suka nak berjalan-jalan ke blog dan komen akan dibuat pada waktu malam sebab tak suka terkocoh-kocoh. Petang macam penat nak pergi jelajah blog :)

P.S.S: Awal dinihari sempat menukar warna kotak jerit dan susun atur perabot dalam tulisan. Semangat menulis kembali. Yibbaaa...

P.S.S.S: Satu lagi borang peraduan Nescafe Rumah Idaman kena hantar cepat-cepat sebab tarikh tutup 31 Ogos 2011. Entah bila nak isi. Kena tunggu waktu hening kut :)

P.S.S.S: Iqa suruh saya ambil salah satu 'doodle' dia buat. Kak Wina pilih yang baju warna hitam ini. Terima kasih Iqa. Pembaca (lelaki/perempuan) pun boleh ambil di sini.




13 comments:

Freaky said...

wah dapat kad raya kak ? jeles :D

GaRy™ said...

gary pun tengah tunggu posmen hantar cek wpp ptptn... tak sampai2 lagi ni~.. T^T

zareliqa afiqa said...

hihi,,siap promote lagi.Macehh kak!^^

aimie amalina said...

weee
beskan...
hihihi..mimi pon baru dpt kad aye petame ari ni!
hahhaha =]

SoLy SoLicious said...

waahh..dah dpt....heeeeee

Ummi_Rosalicious said...

amboi kak...hehe takpa nanti malam p blog umi k... ada sumting la nak bagi...hehe~ umi nak buat GA, lewat malam skit nanti kak wina boleh jelajah dengan amannya....ok ?? hehehe~

NA said...

@Freaky: Freaky suka terima kad raya ke? :)

@Gary: Harap dapat cek daripada PTPTN secepat mungkin yer.

@Zareliqa: Ala kongsi-kongsi :)

@Mimito: Memang seronok. Kak Wina macam jakun dapat kad raya pertama daripada blogger. Haha.

@Soly: Terima kasih Soly. Tahun depan buat lagi tau.

@Umi: Umi nak buat GA.Yahoooo... Harap-harap mudah tau. Yeah ok tak sabar nak tunggu GA Umi tu. Suka sangat dapat pemberian orang ni :) Yeah blog Umi tu memang Kak Wina terjah walaupun ketinggalan keretapi kadang-kadang :)

abghani said...

tahun ni blum terima kd raya

NA said...

Abgghani: Eh bro tak dapat lagi kad si Botol ke? Hmm alamat tak lengkap ke bro kasi? Takpelah takde rezeki.

maszull said...

salam wina...cantik dodol tu...hehehe...:)

NA said...

@Mama Maszull: Alhamdulillah Iqa buat. Wina amik jer, tak reti nak buat sendiri

Ummi_Rosalicious said...

hahaha...mudah sgt la kak wina...tak payah karang apa2 pun...
jom join ummi 1st Lucky Draw !

NA said...

@Umi: Hehe dah tengok, ada kemusykilan. Nanti jawab yer.