Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

Juadah Berbuka Ramadan 24: Laksa Lemak Atau Laksa Melaka



Assalamualaikum...


Tamat sudah puasa ke-25. Hari ini perasaan tu tak seronok sangat. Ada peristiwa tak seronok berlaku. Apapun abaikan. Baik saya tunjuk laksa lemak/laksa Melaka di mana laksa ni tak popular sangat macam laksa asam/laksa utara. Kuah kuning (masak lemak) yang mengandungi sotong, kerang dan udang dan letak daun kesum. Takde isi ikan tau. Ada taugeh, hirisan daun kesum, hirisan cili merah dan hirisan timun. Macam gambar di bawah. Ini juadah berbuka semalam (untuk buka puasa Ramadan 24) Maaf lambat letak, lambat muat naik gambar.

Laksa Lemak Atau Dikenali Laksa Melaka




Hari ini berbuka lagi dengan spaghetti bolognese dan kemudian tu mak beli KFC. Sebenarnya khas untuk adik saya si M sebab tak lama nak terbang semula kan. Jadi bagilah dia makan benda-benda yang tak akan dapat di sana (atau ada di sana TAPI TAK HALAL). Hehe jangan si H cemburu dahlah, dia tak dapat balik masa bulan puasa dan raya. 

Eh tengok pos blog orang ramai cerita nak balik kampung esok atau lusa. Berhati-hati ok apabila pulang. 


Ok esok nak pergi jemput abah di KLIA. Jangan saya buat sengal lagi di KLIA sudah. Jumpa lagi. Majulah blog untuk negara :) 

P.S: Membuat beberapa pos kehadapan masa saya tiada. Mana tahu ada yang bosan, boleh buka blog saya nanti.


15 comments:

abghani said...

laksa johor pun ok gak

botol said...

laksa melaka?woww...xpnh makan pun.. nampak mcm sdap jer..naseb baik x post siang2..hehe...

kak wat post kehadapan ker?
botol nak wat gak ar..hehe

NA said...

@Abghani: Segala laksa saya suka.

@Botol: Haah buat pos kehadapan (auto-post) Mana tahu ada orang nak masuk blog waktu Kak Wina takde. Jadi mereka boleh baca pos yang baru-baru. Takdelah bosan baca pos yang sama kan?

Ummi_Rosalicious said...

apa yang sengal tuu kak wina ??? hehe

umi dah balik kampung awal2 lagi :D
kak wina macam mana?? bila balik?

NA said...

@Umi: Buat lawak kat KLIA. Balik sehari hari raya kut. Kampung dekat jer.

Ummi_Rosalicious said...

ingat apa laaa yg sengal tu...hehe
thanks singgah yer kak wina :D

NA said...

@Umi: Hehe sama tidur lewat. Lawat apabila ada masa lapang :)

botol said...

btl gak tuh..nak wat mcm tu lah kan..hehe..saje nak tiru,,hehe

Asyraf Azizan said...

wah nmpk sedap!

NA said...

@Botol: Buat jer kalau mampu :)

@Asyraf: Mestilah sedap.

aimie amalina said...

waaaa
nape cam x penah mkn laksa nih
huk2
kene cube nih!
weeee

Cik Bell said...

baru first time nmpak laksa tu,huhu

maszull said...

salam wina...wah mcm laksa johor ke win sbb kuah lemak....

tapi mama x suka laksa johor mama lebih suka laksa penang tu...:)

p/s org johor tapi x suka laksa johor..pelik kn...:)

schaze zainn said...

laksa kedah sedap..hihi

laksa melaka tak penah try lg..

NA said...

@Mimito:Haha kena datang rumah orang Melaka jer tau buat :)

@Cik Bell: Laksa ni memang tak popular macam laksa utara

@Mama Maszull: Haah pelik mama tak suka laksa johor.

@Schaze: Laksa kedah tu laksa utara kan? Haah memang sedap :)