Nuffnang

Monday, August 22, 2011

Biskut Kegemaran: Tat Nanas


Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Harap-harap mereka yang membaca blog saya ni sihat. Baru-baru ni pembaca semua tahu kan saya balik kampung. Berbuka beramai-ramai di samping mak nak ambil biskut raya yang dia tempah daripada Cik Ya. Cik Ya memang tiap-tiap tahun buat biskut raya.


Pandangan Atas: Tat Nanas

Biskut kegemaran saya yang tidak lekang dek hujan dan panas, disukai sejak kecil ialah tat nanas. Biskut ni mengikut transformasi perubahan daripada bentuk bunga macam matahari sampai rupa ulat bulu atau bentuk landak pun ada.

Teringat masa kecil-kecil mak memang rajin beli tat nanas ni walaupun masa tu bukan untuk raya. Untuk saya dan adik saya, Y makan biasanya. Tiap-tiap hari mak bagi kami sebungkus (tat tu dibungkus plastik bukan dalam botol atau telap) untuk dimakan. Selebihnya mak sorok taknak kami cari dan makan. Eh memang asyik makan. Hari-hari makan satu bungkus tat nanas memang tak puas. Makan sebiji akan berterusan makan sampai boleh habis masih nak lagi! Haha saya pernah makan satu balang besar tat yang Mok saya buat. Rasa lemak daripada tepung yang cair di mulut. Perghh. Bila ditanya apa bahan yang Mok letak untuk kulit, Mok cakap pakai susu tepung. Patut sedap dan berkrim.


Pandangan Depan: 50 Biji Tat Nanas- RM22.50.



Macam mana kenangan anda dengan biskut kegemaran? Biskut apa yang anda suka dan mengapa. Seronok juga mengenang kenangan lama ni. Jumpa lagi. 


P.S: Sesiapa yang tinggal di Segamat atau sekitarnya (ambil di Segamat) dan berminat nak beli/buat pesanan tat ni boleh tinggalkan komen di bawah dengan memberi emel untuk saya balas.



16 comments:

aimie amalina said...

akak!
mimi pon sukeee sgt tart nenas ni
hahahah
aiyakk
dulu tgk opah jek dok wat
skrh amik alih contract tart nenas opah
hahahhaha
amat bersabo jek nak wat
tapi nak mkn nye pasal..hehehehe
gebuuuu..nyummyyy!

Jasman said...

suka...suka...suka

NA said...

@Mimito: Wah Mimi wat ke? Memang ler macam rumit jer tapi pasal sedap dan cair di mulut :)

NA said...

@Jasman: Rasanya semua orang suka tat nanas. Ada ke yang tak suka?

maszull said...

salam wina...sebenarnya mama x suka tart nenas ni tapi mkn jugalah dgn jumlah yg sedikit je...

mama lebih suka biskut suji je sbb die senang nak buat,simple,sedap,lembut mcm mama jugak....hahaha perasan plak mama ni kan....:)

NA said...

@Mama Maszull: Haha, ala mama setiap orang mempunyai kegemaran berbeza. Oo mama suka biskut suji. Wina jarang jumpa dan jarang makan. Hehe. Terima kasih kongsi kesukaan biskut :) Pssstt takpe nak perasan.

abghani said...

tat epal aku suka

schaze zainn said...

tart nenas memang sedap.

last year ibu ade buat, tp diz year tak buat kot..huhu

botol said...

fuh,,tat nenas..TApi kurang makan ckit sbb takut bler mkn,xley benti...haha..Rindu tat nenek wat... =)

NA said...

@Abgghani: Ada juga yer tat epal. Pai epal selalu gak dengar.

@Schaze: Hehe Schaze wat ler tat tapi renyah skit nak wat :)

@Botol: Sama dengan Kak Wina dah makan satu nanti tak berhenti makan.

Terima kasih semua yang komen.

botol said...

2 yang bahaya 2...Kang bru raye satu umah,dah xley gerak dah..haha

NA said...

@Botol: Ek takkanlah makan biskut takleh gerak :)

botol said...

dah makan x igt dunia,memang xbgn lah..haah

NA said...

@Botol: Haha, melampau takleh bangun. Kena sorok botol tat nanas :)

nuRuL haNis said...

yg ni, tak pandai buat,ibu suh yang terap. so,kalau anis buat, kene terap. buh inti, pastu ceri kene hiris. ibu x suka yang dah sedia jual potong2 tu, katanya tak kilat...paling leceh tapi yang wajib...adoyai. haha!

NA said...

@Nurul Hanis: Haah yang gulung pun Kak Wina tak reti buat. Terap reti skit. Tapi gulung ni nampak cantik macam ulat bulu. Wah ada letak ceri hiris :)