Nuffnang

Tuesday, September 6, 2011

Satu Hari Di Hari Raya: Hari Ini Berbuka/Beraya Di Rumah Mak Lang



Assalamualaikum...


Syukur alhamdulillah kenyang makan di rumah Mak Lang. Berbuka puasa di sana sambil beraya. Ngeh ngeh. Rasa lagi seronok begini. Sambil buka puasa atau menghadiri rumah terbuka waktu malam. Satu cara baru? Mungkin terasa baru bagi saya. Menggantikan rasa tawarnya raya tahun ini: saya, emak dan abah berpuasa sama-sama dan berbuka sama-sama. Moga-moga cepat habis puasa 6 dan saya akan meneruskan puasa ganti pula untuk Syawal. InsyaAllah sempat rasanya untuk khatamkan puasa. Memandangkan kami menziarah rumah sanak-saudara waktu malam. Kecuali kalau kenduri kahwin atau kenduri yang memang khusus untuk siang yang mana nanti 11/9 (Ahad) ni ada kenduri maka taklah teruskan puasa sunat.


Asalnya Mak Lang ajak makan tengah hari tapi abah cakap kami semua puasa jadi Mak Lang suruh buka rumah dia. Pucuk dicita ulam mendatang, pelawaan disambut maka kami bertolak ke Bukit Beruang dalam 6:20 petang. Ala tak jauh, 20 minit sampai. Maka terhidang di mata kami nasi dan lauk-pauk seperti asam pedas daging, rebung masak lemak bersama udang, sambal tempoyak daun kayu bersama petai, ikan cencaru goreng, asam limau jeruk. Sedap semua saya rasa kecuali ikan goreng. Minum bersama nescafe. Tapi apapun berbuka dengan kurma dahulu.


Solat maghrib lepas tu sambung pula makan kuih raya dan kerepek. Borak sesambil tengok berita. Borak pasal rancangan pergi kenduri di KL pada 11/9. Terbayang di fikiran, macam tak lalu pula rumah Mok nak ambil CPU saya. Sabar jerla tak dapat lagi nampaknya nak muat naik gambar-gambar.

Dah borak dan puas makan maka masa untuk pulang. Mak Lang bagi pisang sayur, kerdas. Hehe hasil kampung yang dapat. Seronok makan lauk kampung ni lagi-lagi kalau masakan sedap. Maka hari ini berbuka dengan seronok dan berbeza.


Jumpa lagi.

P.S: Jawapan untuk pos sebelum ini ialah mesin membuat dodol :)


8 comments:

aimie amalina said...

ya ampunnnn akak
kenapa lauk pauknye hebaaaak sekali
sume yg kak wina tulih tu peveret mimi
wuuuu
sedih..x dpt pose 6 lagi sebb last day pose smp la "uzur"
aiyaaakkkk....
selamat pose dan aye akak
elok2 taw! =]

NA said...

@Mimito: Takpe nanti tunggu habis cuti baru Mimi puasa. Yeah terima kasih :)

maszull said...

salam wina....sedapnya lauk2 tu win...mama rasa mcm terliur plak... .

selamat berpose 6 yer wina...

NA said...

@Mama Maszull: Aha dah dapat tunaikan puasa 6 dan ganti bolehlah beraya sakan :)

abghani said...

lauk terbaek nie..telan air liur jelah

Firdnurjue said...

yunk..beshnyer dengar lauk2 kg yg menyelerakan..i like ulam2..


*yunk...jue pun tak bape pasti la kan..tp asenyer kita wajib qada' puasa ramadhan dulu..baru puasa 6..coz puasa 6 sunat syawal jea yunk..utk kepastian wina rujukla org2 yg arif yea..serasa jue..da betul..huk3

yusuflaili said...

Salam;
Aku taun ni tak puasa 6,entah tak tahu kenapa..

NA said...

@Abghani: Hehe maaf.

@Jue: Terima kasih beri info tapi Wina memang sebenarnya buat 2 niat- qadak puasa dan puasa sunat. Memang rasa camtu gak. Terima kasih sekali lagi ingatkan.

@Yusuf: Takpelah jangan wajib atau yang kena ganti tak buat sudah. Puasa 6 sunat jer.

Terima kasih semua yang komen walaupun mood belum bangkit :)