Nuffnang

Sunday, March 29, 2020

Perkembangan Covid-19 Seluruh Dunia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini lebih 1/2 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 dengan Amerika Syarikat (USA) di tangga teratas kes jangkitan. WHO menjangkakan USA akan menjadi pusat pendemik seterusnya jika tidak dikekang atau usaha yang drastik dilakukan.

8 billion lebih penduduk dunia diletakkan dalam keadaan kuarantin (campur 40% rakyat USA dalam keadaan lockdown).

Adakah 28 hari cukup untuk mengekang pandemik Covid-19 di Malaysia? Kalau tengok keadaan di Wuhan dan daerah Hubei, 2 bulan lebih ( bermula lebih kurang sebelum Tahun Baru Cina (25 Januari) hingga awal April baru sekatan dibuka. Sekarang pun China bergelut melawan kes import pula. Jadi kena bebaskan kes Covid-19 di seluruh dunia, barulah kita dapat pergi negara lain atau bergerak dengan bebas.

Kalau ikut perkiraan berdasarkan pendapat Dr Ling Shih Gang, MCO (Movement Control Order) perlu dipanjangkan lagi sekurang-kurangnya 4-6 minggu lagi ( tambahan 15 April hingga 12 Mei (19 Ramadan) atau sampai 26 Mei (3 Syawal) untuk pastikan Covid-19 bebas di Malaysia. Itupun tak boleh nak hela nafas lega sebab selepas itu kita kena pastikan tak berulang. Pencegahan yang betul-betul efektif dan pastikan seluruh dunia sudah bebas pandemik ini barulah kita boleh benarkan pergerakan atara negeri dan negara kerana kita tidak mahu mengimport semula penyakit ini dari negara lain setelah kita berusaha sedaya-upaya 'membersih' negara ini. Lesson learned, jangan pandang mudah Covid-19. Jangan bagi ia bertapak. Kalau ada 1 kes, tentang/lawan habis-habisan. Tiada tolak ansur. Maka langkah pencegahan yang ketat perlu dibuat.

Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun 2021, seperti kata Presiden Jepun Shinzo Abe, kami nak semua negara sihat sebelum menyertai Olimpik.

Sekarang ini usaha rakyat Malaysia dan dunia untuk memerangi Covid-19. Bersatu hati dan patuh pada perintah undang-undang. Insya Allah kita berusaha, Allah akan kira usaha, kesukaran dan kesabaran semua. Adakah kita akan berjaya menundukkan Covid-19? Apabila seluruh dunia sudah berjaya, vaksin perlu dihasilkan supaya Covid-19 tidak dapat muncul semula. Jangan biarkan ia muncul.

Apa perasaan korang kalau MCO atau PKP dilanjutkan lagi?

Jaga diri semua. Jumpa lagi.



55 comments:

Kamsiah yusoff said...

Pakat berdoa agar ianya segera berakhir,jgn la lg ada pertambahan jumlah kematian..

SalbiahM said...

Susah juga sebab melibatkan satu dunia. Kalau nak heal kena semua negara kerjasama. Kalau tak memang duduk diam jela dalam rumah untuk tempoh masa yang lama

NA said...

Memang satu dunia kena hapuskan Covid-19. Memang masalah kalau kita dah redakan tapi seluruh dunia tak selesai.

NA said...

Doa supaya dapat bendung satu dunia bukan Malaysia sahaja.

Himawan Sant said...

Perbanyak doa dan kita semua patuhi anjuran WHO untuk memutus rantai penyebaran covid-19.

Cemas juga rasanya tentang kebutuhan pangan jika epidemi ini terus berlangsung.

NA said...

Yup ikut nasihat WHO. Putuskan rangkaian pandemik. Lepas dah tiada, buat pencegahan supaya tidak muncul semula.

Wak Lat said...

semoga kita selamat dari ancaman virus wabak covid 19 nih., aminn

NA said...

Amin. Tak rasa nak raya pun.

Wak Lat said...

psl movie Contagion tu ahkak leh try download dari website nih: yts.mx

https://yts.mx/movie/contagion-2011




===========
u wrote;
Baru je tengok Story 4. Saya nak tengok file 'Contagion' tu tapi takde dalam Netflix.

NA said...

Terima kasih.

ray said...

I don't really know what to say but just hoping that things will quite down soon.

NA said...

Yes me too.

Rubiah Kadir said...

Allah, harap² semuanya berakhir dan berlalu pergi dengan cepat.

Harap² PKP ni tidak dipanjangkan lagi 😫 dapat hidup normal seperti biasa.

Tahun ni dalam sejarah 🥺

NA said...

Akan dikenang atau dicerita tentang pengalaman tentang PKP pada masa akan datang.

mama tisya said...

smoga cpt la pulih wabak covid19 ni...smoga kita smua dilindungi

mama sara nur said...

semoga kita semua selamat dari ancaman virus ni....sama2 berdoa aaminn

NA said...

Doa banyak-banyak. Amin.

NA said...

Amin.

Mrs. A said...

Itulah tak mustahil PKP diteruskan lagi...
Walaupun dah macam-macam rasa perasaan ni tapi tulah kita semua kena bersatu hati, disiplin dan banyakkan berdoa semoga Covid 19 berlalu sebelum Ramadan 1441H menjelma.

Elly Matin said...

Pakat doa semoga malaysia terkawal..

NA said...

Sama-sama minta semoga Covid-19 dapat dihapuskan.

NA said...

Juga seluruh dunia. Amin.

Athirah | Coral Tulip said...

Bangga dengan cara Malaysia tangani wabak ni. Rasa terlindung sangat. Alhamdulillah. Semoga Allah beri kesembuhan kepada kita semua secepat mungkin. :)

NA said...

Itulah syukur. Tengok negara maju lain macam lambat beri tindakan.
Amin. Moga Allah segera beri kesembuhan.

nayfatimahrasyid said...

Semoga musibah ini cepat berlalu

NA said...

Amin.

Mell said...

Moga data semakin menurun penghujung April ni... Sebab wabak ni serang satu dunia, memang sukar untuk melawan tentera yang tidak dapat dilihat ni... Semoga vaksin cepat ditemui.. dan mohon golongan antivaksin jangan susahkan orang lain pula😑.

Azhafizah MN said...

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam menangani virus ni dan hilangkan segera virus C-19 ni. Aaminn..
usaha kita duduk rumah diam-diam untuk bantu memutuskan rantaian c-19.

NA said...

Harap seluruh dunia dapat banteras Covid-19.

NA said...

Amin. Buat tugasan kita.

nayfatimahrasyid said...

Cikbunga dtg sini🤓🤓

NA said...

Terima kasih kerana singgah lagi.

Kak Feni said...

Sama-sama kita tadah tangan dan berdoa agar semua ni cepat berlalu dan pulih macam sedia kala. Amin Aya Allah permudahkanlah.

NA said...

Amin. Beri kami ketabahan.

Tqa London said...

Semoga kita semua selamat dan harap2 covid19 ni akan reda (and vanish for good) secepat yang mungkin.
Stay safe ye

NA said...

Amin.
Tq. You too.

mrhanafi said...

PKP telah pun dilaksanakan pada 18 Mac yang lepas..

namun peningkatan meeka yang disahkan positif terus meningkat dari hari sehari

ini bermaksud kita tiada pilihan lain selain menemui vaksin yamg segera mematikan Covid-19 setelah dijangkiti

setakat ini belum ada vaksin tersebut

NA said...

Kena pastikan seluruh dunia dapat menghapuskan rantaian Covid-19.

nayfatimahrasyid said...

Pagi yang cerah di Melaka😘😘

NA said...

Terang-benderang. Panas tapi sumber vitamin D

Azirahman said...

Moga semua ni segera berakhir.

NA said...

Haah. Tak sabar nak ia berakhir.

shima jelani said...

Sedih sebenarnya jika PKP dilanjutkan lagi. Tak boleh solat terawih berjemaah di surau huhuhu. Moga kita semua satu dunia bersatu hati untuk putuskan rangkaian virus Covid-19 ini

NA said...

Dapat rasa PKP ni dilanjutkan sebab tak nampak penurunan.

nohas said...

Mncegah lbh baik drpd mngubati..tapi itulah, kalau dilanjutkn tempoh PKP ni, kita redho je lah..hrp2 kerajaan benarkan kita bekerja bbrp hari, byk yg tertangguh...😣

NA said...

Kesihatan lagi utama. Apapun doa sekarang ni.

Farrah MF said...

Mudah-mudahan semua ni berakhir dengan cepat kan....

NA said...

Amin. Berakhir dengan kemenangan dapat sifarkan Covid-19.

Siti Yang Menaip said...

take care ya.. jaga diri
semoga semua ujian ni cepat berlalu =)

NA said...

Ya semoga tabah hadapi keadaan begini.
Amin.

mamapp said...

Mmg kembang dn kembang risau hati tgk

NA said...

Samalah. Kalau Malaysia dah reda pun, tak tahu bila dunia punya akan reda.

Nana Liena said...

Tak sangka pula tahun 2020 ni banyak cabaran utk kita semua. semua lapisan ekonomi/sosial terjejas. kita kena hadap the new normal. ambil masa juga utk situasi pulih,apa2 pun jaga diri! :)

NA said...

Tahun ni memang unik.
Yup jaga diri.

Nina Mads said...

apa akan jd lepas 4/2 ni. pkp dah tak buat tp kes hari2 meningkat.