Nuffnang

Sunday, February 21, 2021

Sudah Cuba Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas?

 بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Apa khabar semua? 
Jumaat 4 minggu lepas, saya ternampak longgokan Mamee Monster Ghost Pepper di tengah pasaraya Mydin. Memang menarik mata dan hati untuk cuba sesuatu yang pedas. Sesuatu yang baru dengan bungkusan berwarna biru, hitam dan merah menguasai permukaan.

Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas



Cantik kan persembahan dalam mangkuk itu? Harga RM10 lebih untuk 5 peket. Agak mahal kan? Saya bayang ada bahan seperti hirisan daging dan cendawan. Ambil satu untuk tentukan tahap kepedasan mengikut lidah saya.

Petang tersebut terus cuba peket pertama.

Peket Pertama Sama Seperti Bungkusan Luar



Bahan-bahan yang disediakan di dalam selain mee segera.

Satu Bungkusan Ada 3  Peket Bumbu

Peket Berisi Krimer, Perhiasan Dan Perasa

Minyak Cili


Saya guna semua peket yang diberi. Penilaian saya: pedas gila. Lagi pedas daripada Samyang. Saya makan 2-3 suap dan berhenti seketika untuk minum susu. Akhir sekali letak susu sedikit pada mee segera baru saya boleh tahan untuk terus makan.

Kali ke -2 dan seterusnya saya tidak guna minyak cili baru saya boleh tahan makan. Kuahnya memang pedas teruk kalau hirup sahaja. Jadi buat sedikit kuah. Bahan hiasan sedikit sahaja dan halus bahannya. Cendawan kering dipotong dadu dan ada hirisan daun (daun sup?). Sedih tiada  hirisan daging seperti dibayangkan.

Pandangan Atas Mamee Ghost Pepper.

Kuah Sedikit


Sekarang sudah habis satu bungkusan. Adakah saya akan beli lagi? Tidak. Saya mahu cuba yang lain. Ada cadangan mee segera pedas yang lain?

Jumpa lagi.

47 comments:

nohas said...

pedas giler tu yg tak tahan...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Pedas sangat ke

NA said...

Pedas sangat menyengat.

nona sani said...

Tak pernah beli yg ni.. sy beli yg bungkusan semua hitam.. siap ada air pedas tu... Itu pedas gilaaaaaaa sgt sgt.. tapi x seda. mpaa la.. rasa pedas lebihhhh...

NA said...

Oh yang ni nasib baik sedap juga. Haha takmo cuba bungkusan semua hitam kalau begitu. Terima kasih bagitahu.

Nur said...

Saya ada nampak, tapi tak berani beli. Ghost pepper adalah sangat pedas, ye. Yang saya pernah cuba adalah maggi pedas giler. Ada lagi satu, mee pedas giler 2X. Yang ada tulis 2X tu, jangan la beli. Kalau beli, tak yah la campur semua minyak cili tu. Bibir pun bole merah makan tu. Hahaha..

AzianKhalil said...

tak pernah cuba satu pun megi pedas ni

Amie said...

Belum pernah cuba.

NA said...

Haah sangat pedas.
Ok nanti cuba maggi pedas giler.

Atie Zieya said...

kuah dia tak la nmpk merah sngt ,tapi hmmm pedas juga ok tanak try

Miss Mirror a.k.a Sam said...

NA - Blom sampai Perth lagi megi yg ni..kalau yg lain2 banyak, tapi nak beli kena rajin cek halal ke tak.

NA said...

Megi sana boleh tahan sedap juga. Haah kena tengok halal ke tidak.

NA said...

Rupanya Atie kuat makan pedas juga.

Puan Hazel said...

Tak jumpa lagi Maggi hantu ni :D

Ako Retna said...

tak pernah try lagi.
lagi pedas dari Mi magi PEDAS GILER tu ke?

Khairul Krol said...

Nak kena cuba mamee ghost pepper ni hehe. Haritu cuba magi pedas 2x tu boleh tahan pedas dia.

NA said...

Belum rasa magi pedas gila itu. Nanti hendak bandingkan. Tq.

NA said...

Boleh tahan? Hehe maksud macam pedas yang boleh ditoleransi. Ahaks gurau. Ok saya pun akan cuba.

NA said...

Ya berhantu.

mama tisya said...

kalau pedas tkde la nk cuba sbb mmg tk mkn pedas

SalbiahM said...

Takut nak try. Samyang pun saya tak tahan. Haha

Aisya Ismail said...

Taknak cuba benda pedas2 ni. nanti bazir tak habis.

Diyanieee said...

pedas ni kan. saya tak boleh kalau makan benda2 pedas, mesti sakit perut..

Azhafizah MN said...

Fuhh kalau pedas dari samyang tu saya pun tak boleh tahan. pedas samyang pun ambil masa nak menghabiskan semangkuk. Betul betul ghost pepper ni. Kalau jumpa, nak juga beli sepeket nak rasa.

norhidana said...

Harganya boleh tahan betul ye kak... lepas ni cuba mie sedap, korea spicy chicken... boleh tahan jugak pdsnya tp boleh layan lg bg dana

Ant DeSweet said...

huhuhu.. pedas

NA said...

Terima kasih bagi cadangan.

NA said...

Sayang sebab buat kering agaknya. Ini berkuah lagi pedas.

dear anies said...

pernah nampak bungkusan je. tak pernah beli lagi. kalau nak cadangkan mi paling pedas marilah dtg umah sy hehehe ;-)

NA said...

Hehe bubuh cili apa yang pedas sangat itu.

NARDtheNERD said...

kite dah beli.. api belum try lagi.. hehe

Shida Radzuan said...

kalau pedas giler jgn dibuat main NA..saya tak tahan NA pedas sgt boleh kream perut saya ^_^

NA said...

Aik pasal tidak makan lagi?

NA said...

Ada juga sakit perut. Hehe.

Farrah MF said...

Belum cuba lagi. Saya kurang gemar kalau yang pedas menyengat

mamapp said...

Lagi pedas dari samyang.. ok no.. pass

nayfatimahrasyid said...

Dah cuba jugak 🌹🌹

Nina Mads said...

kalau pedas sgt memang perut tak tahan.. dh cuba 2 perisa maggi baru?

NA said...

Perisa apa ya? Takpe nanti tengok di pasaraya jenama Maggi.

Diyanieee said...

perut saya tak tahan pedas. segala maggi pedas2 tak boleh makan huhu

NA said...

Takpe boleh faham sebab saya pun sakit perut makan terlalu pedas.

Litah L said...

i love spicy! tiba2 macam mau makan maggie jgk..yummy

Sha Mohamed said...

Harganya tidak setanding dengan isinya.. Kalau ada kepeingan daging dan cedawan yang besar, puas hatilah kan..

dear anies said...

alang2 nk pedas kan...sy buh cili mexico terus hahahaahahahha

NA said...

Cili Mexico? Habanero? Oh boleh juga.

Nina Mads said...

perisa mi goreng cili ala kampung & sambal tumis bilis

sophea ◇ said...

Pedas Dari samyang ? Omg tak boleh imagine tapi packaging comel