Nuffnang

Sunday, June 21, 2020

Review: Nasi Lemak 7 Benua Di Dhuha Cafe, Bukit Beruang Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi mak mesej beritahu nak sarapan di luar pagi esok. Bertolak awal pukul 7 pagi sebab tidak mahu makan ketika ramai orang. Dhuha Cafe buka pukul 8 jadi kami singgah stesen minyak untuk cari suratkhabar. Suratkhabar belum sampai jadi kami ke 7E pula. Hampa. Tiada juga. Jadi kami ke kawasan Bukit Beruang.

Abah tak jumpa kedai yang dicari maka abah telefon tuan punya kedai. Kedai ni baru buka di kawasan ini. Cara mudah waze Krimpaf Buntat yang dah popular. Dhuha Cafe ni terletak sebelah kedai Krimpaf Buntat.

Setelah sampai, tuan punya kedai masih belum buka kedai sepenuhnya. Belum pukul 8 pagi. Hujan turun renyai-renyai. Sementara itu kami duduk di kerusi. Masa yang ada saya ambil gambar kain rentang. Maklumat seperti alamat ada di sini.

Kain Rentang Dhuha Cafe


Mula-mula pesan air. Air saya kopi o panas sama macam abah. Emak pula teh tarik. Kami sepakat mahu mencuba nasi lemak 7 benua. Secara asasnya terdapat 7 jenis nasi yang dibentuk bebola seperti saiz skop aiskrim. Ada sambal, telur rebus separuh dan timun. Tuan punya kedai lupa letak ikan bilis dan kacang goreng. Boleh minta tambahan. Saya minta daging masak hitam, emak sambal udang dan abah ayam berempah.


Nasi Lemak 7 Benua Dhuha Cafe
Nasi Lemak 7 Benua Dengan Daging Masak Hitam(Tengah)


Ikut jam.
Hijau- nasi lemak pandan
Merah jambu- nasi lemak buah naga
Kuning- nasi lemak beriani
Coklat- nasi lemak kacang hitam
Putih kuning- nasi lemak jagung
Merah jambu cair- nasi  lemak herba
Putih coklat- nasi lemak beserta kekacang 

Harga nasi lemak 7 Benua biasa- RM4. Berpatutan memandangkan kita dapat 7 jenis nasi lemak.

Penilaian saya. Saya suka nasi herba, nasi jagung dan kekacang serta kacang hitam. Lain-lain saya rasa biasa. Daging masak hitam memang berasa cuma daging ada yang liat sedikit. Keseluruhan sedap. Saya bagi 8/10.

Ada tapau 2 lagi nasi lemak beserta daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Jadi 5 nasi lemak dan 3 cawan air. Jumlah RM38. Sesiapa nak singgah rasa nasi lemak 7 Benua bolehlah waze alamat ini:

No 2 Arked MARA,
Taman Rumah Awam,
Bukit Beruang,
Melaka.
No tel: 019 666 4993

Lepas itu bergambar dengan tuan punya kedai.  Lepas kami keluar, ada orang lain sudah memasuki kedai ini. Memang suka jadi orang pertama datang. Kemudian singgah kedai sebelah beli Krimpaf Buntat sebab belum pernah rasa. Nanti buat penilaian krimpaf pula.

Selamat berhujung minggu. 


49 comments:

Kamsiah yusoff said...

Kt penang pun ada...7 benua tu..

NA said...

Tuan punya kedai pun cakap camtu gak.

Syazni Rahim said...

Menyelerakan :)

Warisan Petani said...

Perlu ada kelainan untuk menarik pelanggan.

Hans Hanis said...

ingat dekat KL
rupanya melaka
tak dapat nak try
hehehe

Khairul Krol said...

Wah menarik ni..macam2 nasi ada dalam satu pinggan.

nohas said...

pernah mkn yg di Penang..

nasi buah naga tu yg unik..

Azian Elias said...

NA, sikit sangat gambarnya. tak puas nak perati nasi tu. nanti pegi makan sana ambik gambar banyak2 ye.

mama sara nur @ Cik Nor said...

wah 7 benua 7 jenis nasi lemak ye
unikk

Norlaili A Wahab said...

cawangan yang dekat penang tu ke NA ?

NA said...

Tuan kedai kata bukan.

Aisya Ismail said...

Unik menu nasi lemaknya.

MZ said...

Sedapnye... Dah lama tak gi melaka...
tuliskini.blogspot.com

Ti M said...

I follow you number 279 , would you like to follow back?

https://fashionisbiglove.blogspot.com/

Luiz Gomes said...

Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

Luiz Gomes said...

Selamat pagi saya mulai mengikuti blog Anda. Saya pengikut nomor 280. Saya ingin Anda juga mengikuti pengikut saya.

NA said...

Saya kena belajar guna Google translator. Terima kasih. Saya dah ikuti balik blog kamu. Muchos gracias.

nayfatimahrasyid said...

Nasi nyer di buat bebola kan 👆

Love Fashion said...

I love this post, I follow you on gfc # 281 , follow back?

https://lovefashionyes.blogspot.com/

NA said...

Ya buat bebola kecil saiz skip aiskrim.

Nur Asyiqin said...

kreatif ny...ummi 1st time dgr nasi lemak 7 benua .. area shah alam agak2 ade ke x..hehe

NA said...

Belum sda di Shah Alam tapi di sana ada makanan dan kedai yang saya hendak pergi.

Djangkaru Bumi said...

Nama kedainya unik sekali
Dan bentuk nasi yang dihidangkan juga menarik
Saya jadi ingin mencoba nya seberapa lezat dan nikmatnya

HUCZENS said...

Pagi ni sarapan Nasi Lemak 7Benua..klu nak makan kena pi Bayan Lepas Pulau Pinang yg ada jual...jauh tu. Tapi sekarang dah ade di Arked MARA Bukit Beruang Melaka. 10 meter Belakang EON JJ Bukit Baru.

Ape itu Nasi Lemak 7Benua? terdiri dari:

1. Nasi Lemak Jagung
2. Nasi Lemak Bunga Talang
3.Nasi Lemak Kekacang
4. Nasi Lemak Pultam
5. Nasi Lemak Halba/Nasi Dagang Ganu
6. Nasi Lemak Arabic
7. Nasi Lemak Tomato
Nasi Lemak Pandan
Nasi Lemak Red Dragon
Lauk ayam goreng berempah...

Klu nak masak sendiri pun, puas keliling 7 Benua, gurau je.. periuk pun dah 7 buah kena sediakan... allahu akbar letih tau, baik beli je baru rm 4.00 terasa kenyang sampai ke malam...klu nak lauk tambahlah sikit bajet lagi..janji makan puas..

Dhuhacafe menggunakan rempah ratus, buah2an, bunga, jika tidak terdapat buah2 atau bunga, diluar musim akan di ganti yg sewaktu denganya.

#NasiLemak7Benua
#DhuhaCafe

NA said...

Terima kasih terperincikan.

AzianKhalil said...

Wowww...nampak sedap...teringin nak mencuba nanti

Semut Senyum said...

Assalamualaikum,

Waah, special menu. Saya pernah tengok org viral pasal menu ni, cuma sendiri tak pernah rasa lagi. Apa pun, tq share jenis2 7 benua tu... boleh agak je rasanya mcm mana. heheh

Semut Senyum said...

Teringat pulak Cinta Antara Benua. hehehe

dear anies said...

ni yg rs nk try skrg juga hahaha

hasliynda umairah beauty said...

wah menarik sgt nie
nanti kena cuba

Nana Liena said...

Oh..7 jenis nasi ya...makan kena satu2 ke awak gaul semua sekali hadap? tak pernah lagi rasa nasi 7 benua campur2 ni..

Curheart.Bedelia said...

comel betul nasi lemaknya, warna warni pulak tu. pernah nampak versi bulat2 mcm ni, tapi yang tu perisa biasa je

mama tisya said...

tk pernh mkn lg nasi 7 benua..slalu juga tgk kwn2 share

OKje said...

Seronoknya ye NA dapat ikut mak ayah makan makan.
Ohhh gitu rupanya nasi 7 benua..... comel comel benuanya ek hihi...
Lama tak makan nasi lemak... kalau hakak suka nasi lemak ngan paru NA

Hanna Illy said...

Baru sembang pasal nak datang Melaka lagi. Tuptup jumpa entry ni. Mesti cuba ni!

AisNy said...

Unik... Tapi cukup ke... Macam ciput je nasi lemak 7 benua tu...

NA said...

Banyak juga apabila 7 skup aiskrim tu jadi 1 mangkuk setengah.

Rubiah Kadir said...

Pernah dengar orang cerita pasal nasi 7 benua ni. Tapi belum ada rezeki nk merasa. Kat puchong ni tak pernah jumpa lagi NA.

Ouh 1 scoop 1 warna tu mewakili satu perisa/rasa ya. Unik

NA said...

Haah 1 skup 1 perasa.

Siti Yang Menaip said...

kalau pergi Penang jangan lupa cuba yang diPenang punya pula. comel2 kan nasi2 tu geram. n choices lauk2 kena ngam baru paduu..

Azhafizah MN said...

wah melaka pun ada nasi 7 benua ni ye. dulu nak makak kat penang tapi tak ada rezeki nak singgah. boleh cuba yg kat melaka ni. harga pun macam murah juga tu.

Nina Mads said...

Kt melaka pun dh ada nasi 7 benua.. di penang hidangan lauk pelbagai

mrhanafi said...

betul-betul unik la makanan begini kerana boleh mengabungkan banyak tempat..

mesti sedap kan

Galaksi Viral said...

Wow, 1st time dengar nasi lemak 7 benua. sangat unik kak. siap ada warna warni lagi nasi lemak tu. nice info kak. huhu

anakdenesor said...

saya pernah makan yg di penang saja..sama branch ke ni?wahh melaka lagi dekat..nak pi laaa

anakdenesor said...

pernah makan di penang je..tak tahu pula melaka ada..lagi dekat di melaka..wahhh nak pegi laaa

NA said...

Bukan cawangan yang sama.

NA said...

Rajin jalan ya jauh pergi Pulau Pinang.

Nur said...

Wow, 7 jenis nasi lemak. Lengkap sarapan. Harga pun berpatutan, ye.