Nuffnang

Wednesday, December 29, 2021

We Never Know: Tidak Tahu Masa Hadapan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2 hari lagi akan masuk tahun 2022. Memang tidak akan tahu masa hadapan bagaimana? Adakah dapat berblog lagi? Adakah dapat mengembara dengan rancaknya? Adakah masih hidup lagi?

Begitulah tiada yang kekal. Apapun hari ini alhamdulillah saya dapat tangkap nombor dengan tepat. Nombor bertuah tersebut ialah 3,500,000. Entah berapa kali saya tangkap nombor di blog www.mamapie.com. Kadang-kadang tepat, kadang-kadang sipi, kadang-kadang terlepas jauh. Begitulah lumrah. Semua izin Allah. Ada kesempatan. Masa hadapan mungkin sudah tidak dapat buat.

Tangkap Layar 3500000


Sebelum mengakhiri tulisan, saya mohon ampun maaf sekiranya ada tulisan/komen mengguris jiwa.

Insya Allah jumpa lagi tahun hadapan...

17 comments:

A m m i said...

Wowww tahniah.
Insyaallah semoga 2022 memberi sinar buat kita semua

Ako Retna said...

Wah betul2 rezeki NA setiap kali capture nombor2 bertuah ni...
Cepat sangat buat penutup entry tahun ni.. pape pun Semoga tahun hadapan yang baik-baik saja...

Syazni Rahim said...

Tahniah

nohas said...

Alhamdulillah..tahniah!

InshaaAllah, jumpa tahun depan..keep on blogging!

mama sara nur @ Cik Nor said...

congrats Na
slmt thn 2022

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Tahniah, dia memang terror la bab tangkap nombor ni.

Warisan Petani said...

Semoga 2022 lebih baik daripada tahun ini

SalbiahM said...

Tidak ada yang pasti dalam kehidupan ini kan. Doa sahaj agar pengakhiran kita pun baik nanti

Azhafizah MN said...

Sekejap betul masa berlalu. Tahu tahu nak masuk tahun baru dah.
Sehari je lagi.

Tahniah kak. Hebat menangkap nombor macam biasa :)

Ujie Othman said...

Wah...hebat menangkap la NA ni. Tahniah 👏

Puan Hazel said...

Lima ringgit, banyak tu...
Tahniah NA!

Hanafi Abdullah said...

tahniah awak memang hebat.

rahsia kejayaan awak ialah istiqamah

Abam Kie said...

tahniah kerana dpt rm50. selamat tahun baharu 2022.

Mrs. A said...

Tahniah! NA serta selamat tahun baharu 2022.

Cici said...

Tahniah. Bertuah betul dapat RM 50. Alhamdulillah

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki, tahniah sis NA, sama-sama minta maaf jika terkasar bahasa, inshaAllah tercapai apa yang dihajat. Salam tahun baru 2022.

mamapp said...

Yeyy tahniah na..tq selalu support blog mamapipie