Nuffnang

Saturday, December 31, 2022

Menjelang Tahun Baharu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah pada penghujung tahun 2022. Sekarang ini tinggal seorang. Adik perempuan (nombor 2) ada hari keluarga. Adik nombor 3 sudah balik ke sarangnya di Auckland dan adik bongsu pula hari ini berpindah dari Rawang ke Kota Damansara. Hehe saya cakap ini tempat orang kaya di Kota Damansara. Dekat pula dengan IKEA. Apapun rumah adik bongsu dekat dengan Sungai Penchala rumah arwah datuk belah abah. Jadi raya tiada masalah untuk selalu singgah sini.

Emak dan abahpun turut serta tengok rumah adik. Saya pula asal hendak ikut tapi apabila hendak kemas baju, badan rasa lesu. Penangan ubat. Jadi malas ikut. Insya Allah esok pergi kenduri kahwin di Tampin. 

Kesihatan pula rasanya 90%. Tidak berani kata sembuh 100% sebab takut datang balik seperti sebelumnya. Jadi rehat dan perhatikan keadaan diri dari masa ke masa.

Alhamdulillah rezeki daripada blog, dapat duit RM30 daripada Abam Kie kerana terpilih ( nombor 3) sebagai tukang komen terbanyak. Ini kena konsisten komen sepanjang tahun 2022. Cabaran juga sebab ada halangan tidak dapat komen.

Harap tahun 2023 lebih baik daripada 2022.

 

29 comments:

Salina@IbuAqil said...

In shaa Allah NA semoga tahun baru kita lebih baik hendaknya.. Jaga kesihatan ye yunk.. Happy New Year! Xoxo!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Moga terus sihat.
Tahniah dpt rezeki dari blog.

adianiez AIDA said...

moga kesihatan beralih ke 100% ye.
and yes. moga 2023 kita lebih baik in shaa Allah.

fanny_dcatqueen said...

Kak Na, happy new yeaar yaaaa 🎉🎉🎉. Semoga 2023, jadi hari yg baik buat kita semua ❤️. Sehat sehat ya kak 😘

nohas said...

Happy new year 2023, NA...take care!

Syaz Rahim said...

Selamat tahun baru 2023, semoga tahun ini lebih baik dan ceria 😊

Carneyz said...

Alhamdulillah NA dah beransur sembuh. Semoga tahun ni dikurniakan kesihatan yang baik.

Puan Hazel said...

Selamat Tahun Baru NA!
Besar harapan agar tahun ni lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya

SalbiahM said...

Alhamdulillah rezeki dapat hadiah duit. Ya, kesihatan sendiri kena diutamakan. kalau terpaksa, baik rehat sahaja

Nur said...

Tahniah NA, dapat hadiah lagi. :)

Shikin Razali said...

Semoga akak sembuh seperti sediakala.. Selamat tahun baru diucapkan pada akak sekeluarga.. Semoga di tahun ini kita akan beroleh kecemerlangan dalam kehidupan dan seimbang untuk dunia dan akhirat..

nona sani said...

Semoga sihat sihat ye... Moga Tahun 2023 ni lebih better..Tahniah..Rezeki menang...

Nona takda menang jadi pengomen tegar memana rasanya.. Happy New Year Yaaa!

mrhanafi said...

semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya..moga sihat selalu ye

anamizu said...

wahhhhh tahniahhh rezeki tu NA.. moga cepat sihat sepenuhnya ya.. musim batuk demam skrg ni..

Ujie Othman said...

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat NA.
Alhamdulillah…Tahniah, rezeki dari berblog 👏🏽
Pasang iklan pun belum tentu dapat hasil 😆

Atie Zieya said...

salam tahun baru..moga diberikan 100% kesembuhan..amin amin

Mbul Kecil said...

sehat selalu kakak Na...dan congrats untuk hadiah dari Abam Kie...^^

Martin Ruma said...

Selamat tahun baru ibu, kiranya di tahun yang baru, 2023 segala doa, harapan yang terbaik dikabulkan oleh sang pencipta.

dear anies said...

bkn shopping IKEA je NA dgn One Utama pun sangkut sekali😁

dear anies said...

selamat thn baru... syafakillah😀

Fieza Sani said...

Bila badan tak sihat, nak keluar pun malas..Tak pe, rehat-rehat dulu kat rumah. Betul dah sihat baru keluar jalan-jalan...

Suria Amanda said...

Happy New Year Kak NA, semoga yang baik- baik untuk permulaan tahun ni ye

NA said...

Amin. Samalah.
Maaf atas kekeliruan dan kesalahan. Saya muda daripada SA. Lahir Januari 1979. Baya Adda si mamapipie.

nayfatimahrasyid said...

Salam tahun 2023...syafakallah

mamapp said...

syafakillah na, dan selamat tahun baru

dear anies said...

hari ni mcm mana? sihat ke?

NA said...

Tidak sihat. Pergi klinik lagi hari ini.

AiniHalim said...

Selamat Tahun Baru dan semoga NA cepat sembuh ya..

mamapp said...

semoga berterusan murah rezeki na