Nuffnang

Thursday, March 23, 2023

Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai 1 Ramadan. Bagaimana ibadah puasa kalian hari ini? 

Ini saya hendak kongsi mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa melibatkan ubat. Terima kasih kepada adik bongsu yang kongsi.

Ubat Yang Membatalkan Puasa

  • Ubat Kunyah/Telan
  • Ubat Minum
  • Pesari
  • Supositori/ Enema

Ubat Yang Membatalkan Puasa


Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

  • Ubat Suntikan
  • Ubat Sapu
  • Ubat Kumur
  • Ubat Titis (Tidak Sampai Gegendang Telinga)
  • Ubat Sembur Hidung
Sebelum ini saya ingat tidak boleh guna ubat sembur hidung.

Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa



Bagaimana Pula Dengan Penggunaan Inhaler? Terdapat 2 Pendapat:

BATAL

  • Dianggap Membatalkan Kerana Bahan Inhaler Sampai Ke Perut.
  • Teknik Penggunaan Inhaler Yang Salah Menyebabkan Ubat Masuk Ke Perut

TIDAK BATAL
  • Dianggap Tidak Batal Sebagai Qiyas Hukum Berkumur, Mencuci Rongga Hidung Dan Gosok Gigi
  • Guna Teknik Betul, Ubat Sampai Ke Paru-Paru.

2 Pendapat Penggunaan Inhaler



Jadi berhati-hati lebih-lebih lagi ubat telinga dengan inhaler. Saya tidak tahu cara guna inhaler dengan betul tapi harap mereka yang bergantung dengan inhaler guna cara yang betul. Saya baru tahu ada cara rupanya. Selamat beramal

22 comments:

Warisan Petani said...

Selamat berpuasa ramadan

norhidana said...

inhaler tu dana pun dah lama tak guna tak ingat sangat dah... tapi memang kalau betul kita rasa lega tu sampai ke dada kita

Sunah Sakura said...

aha tu la baru nak tanya macam mana dengan inhaler tadi..

Puan Hazel said...

Tq info NA...

Abam Kie said...

semoga NA sihat2 saja n dpt meneruskan ibadah puasa tanpa halangan...

dear anies said...

... bahan inhaler smpi ke perut... maknanya sm laa kan mcm menelan sesuatu..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Terima kasih atas perkongsian .

Ujie Othman said...

Perkongsian yang baik 👍🏽

1 Ramadan saya sibuk ke sana sini, Alhamdulillah dapat dilalui dengan baik.

Unknown said...

Alhamdulillah hari ni dah puasa yang ketiga.
Selamat berpuasa NA. Moga Allah permudahkan segala ibadah.

fanny_dcatqueen said...

Saya baru tau ttg inhaler ini kak. Selama ini taunya boleh dipakai. Ternyata kalo dipakai dengan teknik yg salah, juga bisa membatalkan Yaa 🫢

mrhanafi said...

ssemoga informasi ini bermanfaat kepada mereka yang memmerlukan

Záty Rose said...

this is so beneficial! zaty baru tahu yang ubat sembur hidung tak batalkan puasa pun. thank u! <3

Nina Mads said...

ingatkan semua ubat boleh membatalkan puasa.. terima kasih kongsi NA

Nur said...

Terima kasih, share tentang benda ni. Anak saya ada guna nasal spray.
Dulu, saya ingat, inhaler batalkan puasa. Tapi 4-5 tahun lepas, ada ustaz cakap boleh, baru saya guna. Tu pun bukan selalu di bulan puasa. Contoh macam aritu ujan lewat petang, sejuk, baru guna. Yang biasa guna, tak ada masalah, sekali je pam, dah rasa lega, tanda ubat masuk ke paru-paru.

Carneyz said...

terima kasih share ye NA.

♥xaturen♥ said...

Terima kasih atas perkongsian baik, alhamdulillah sampai skrg belum ambik apa2 ubat lagi cara tetap..🥰 moga berterusan mcm ni....

Mbul Kecil said...

terima kasih kak sudah disarikan jadi mbul tahu mana yang tak boleh, dan yang tak bikin batal termasuk gosok gigi...^^

SalbiahM said...

terima kasih atas perkongsian. selalu juga tengok kawan-kawan yang menggunakan inhaler berpuasa sahaja macam biasa. mungkin ada mufti pernah keluarkan fatwa. kita kot terlepas pandang

Amie said...

Tq for sharing NA.
Selamat berpuasa.

nohas said...

syukran for sharing...

Fieza Sani said...

ooo good sharing..baru tahu terutama ubat yang tidak membatalkan puasa...

mamapp said...

tq na atas perkongsian