Nuffnang

Sunday, February 9, 2025

Beli Munif Hijjaz Cocoa Drink With Arabic Gum Set di Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Penantian satu penyeksaan. Buat pesanan pada hari Isnin (3 Februari) tapi dapat hari Jumaat (7 Februari). Rabu baru masuk sistem. Khamis patut sampai tapi dijadualkan kemudian. Agaknya pihak penghantar (DHL) tidak sempat hantar.

Hari Jumaat saya whatsapps penghantar tanya bila dan minta hantar sebelum pukul 11 pagi sebab saya hendak balik kampung. Nasib baiklah dia dalam perjalanan ke rumah saya. Alhamdulillah. Barang ini saya beli secara tunai ketika penghantaran (COD). Harga RM109.

Kotak Besar Kotak Kegembiraan



Rasa berbaloi sebab satu set ada 5 bungkusan. Satu bungkusan ada 25 peket. 5 peket percuma. Patutnya percuma dapat 5 peket biskut coklat. Agaknya habis stok.

Pandangan Depan



Saya sempat buka kotaknya sebelum pulang ke kampung dan bawa 2 peket ke sana untuk dicuba. 

Isi Dalam Kotak: Munif Hijjaz Cocoa Drink With Arabic Gum



Akhirnya sarapan pagi Ahad saya dapat mencuba. Airnya memang betul-betul rasa coklat yang pekat. Kaw. Tidak perlu tambah susu atau gula untuk 175 ml. Saya tidak dapat kesan pula rasa gam Arab itu. Gam Arab dikatakan bagus untuk penghadaman. Itu yang saya tertarik untuk cuba. 

Pengalaman ke-2 membeli di Wowshop. Puas hati cara pembungkusan cuma tempoh masa itu yang saya rasa lama. Banyak pesanan masuk agaknya.

Stok selama 25 peket × 5 bungkusan + 5 = 130 hari 😅. Rasanya tidak minum hari-hari. Selang-seli dengan koko serbuk yang buat kek itu.

Ini dapat sebelum terima hadiah beg tangan.

Ada pesan Curatap pada hari Isnin hari yang sama pesan minuman ini dan Curatap lagi cepat sampai. Belum sempat kesan, barang sudah sampai. Sama harga.


No comments: