Nuffnang

Friday, August 29, 2025

Hadiah Telekung Sudah Sampai- Pemenang No. 6 Giveaway Mencari Saham Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah sampai telekung Siti Khadijah yang dianjurkan Puan Notie. Pukul 4 petang Pos Laju hantar hari ini, lewat petang juga ya. Rezeki masuk pertandingan dan keputusannya di sini.

Parcel Keriangan 

 

Insya Allah akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Telekung Yang Dimenangi, Siapa Cepat Dia Dapat



Semoga segala hajat dan pahala berpanjangan untuk si pemberi. Jom singgah ke blogger Puan Notie.

P.S: Gembira dapat hadiah. 

Tunjuk Dahi Pakai Telekung Siti Khadijah. Patutlah Orang Kata Pakai Telekung Ini Selesa Di Bahagian Dagu



Kemaskini: 5 September 2025/13 Rabiul Awal 1447 mula pakai untuk solat Maghrib. Sangat selesa di muka. Telekung labuh. Alhamdulillah. Semoga segala kesusahan dihadapinya diganti dengan kebaikan. Amin.

 

Wednesday, August 27, 2025

Beli Sepah Penyet

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

17 Julai (Jumaat), Abah bawa balik satu kotak tertulis Sepah Penyet. Tengok-tengok dalam kotak rupanya ayam penyet.

Sepah Penyet



Haha tidak tahu kumpulan Sepah ada restoran.

Ayam Penyet Set A

Selain ayam ada keli, tilapia dan lagi satu lupa (rasa macam belut)

Bahagian Dalam : Nasi, Kobis, Ayam, Sup Dan Sambal 



Nasi diasingkan dalam satu plastik, ayam itu tidaklah dipenyetkan dan dipotong-potong. Rasa ok, potongan ayam besar jadi lebihan ayam buat makan esok. Nasi tidak banyak banyak sangat. Sambal kalau makan dengan nasi tidak pedas sangat tapi kalau rasa sambal sahaja pedas sedikit.

Bolehlah kalau nak ulang makan. Kedai ini di bahagian luar berdekatan dengan Mydin MITC. Senang orang boleh cari. 

Monday, August 25, 2025

Giveaway Mencari Saham Akhirat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tetiba tengok pada papan pemuka banyak pos pasal ini. Singgah tertarik pula.

Giveaway Mencari Saham Akhirat



Memang bermanfaat dapat telekung. Harap ada rezeki untuk dapat. Syarat-syarat memang senang.
 

Thursday, August 21, 2025

Kopi Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tengok tulisan orang pergi kafe minum kopi, sayapun ada keinginan juga.

Saya sebenarnya lama berhenti minum kopi sebab ada masalah angin. Jadi sayapun terfikir untuk cari kopi sihat.

Itu blogger Tot suruh saya ceritakan kopi sihat. Kopi sihat bagi saya ia beri vitamin, nutrien yang diperlukan tanpa kesan tidak baik.

Saya baru sahaja dapat parcel hari ini. Saya pesan hari Isnin dapatnya Khamis. Jadi belum cuba lagi.

Better Cafe Kopi Campuran Gam Arab Dan Barli Serta Ubi Bit Merah
Better Cafe Kopi Campuran Habatussauda 



Kopi pracampuran dengan gam Arab, barli dan ubi bit merah. Sihatkan kopi ada bijian dan sayur-sayuran?

Beli 4 kotak (4x15 sachet) dengan percuma 12 sachet kopi pracampuran habatussauda.

Ini beli di wowshop bersama parcel lain iaitu syampu bidara. Harga asal RM109 untuk kopi ini tapi guna baucer dan diskaun jadi murah.

Esok nak mula cuba minum. Cuba mana satu dahulu ya? Kopi gam Arab atau kopi habatussauda?


Wednesday, August 13, 2025

Borong Kurma Madu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

25 Julai dan 1 Ogos 2025. Setelah 2 bulan makan kurma biasa maka hati meronta-ronta kata mesti cari kurma madu.

Rutin makan ketika berbuka atau sebelum sarapan pagi.

Ketika ini susah jumpa kurma madu di pasaraya Mydin dan kedai lain mungkin sebab bukan bulan puasa. Ada madu biasa sahaja.

Jadi masa balik kampung pada 25 Julai (Jumaat), singgah bandar Tampin dan pergi kedai jual buku agama. Alhamdulillah ada. Rezeki harga sekotak RM12 tapi beli 3 kotak jadi RM30. Jatuh RM10/kotak.

Kurma Madu Darussalam RM10 Sekotak



 
Lepas itu 1 Ogos (Jumaat, ya suka beli waktu ini, jangan tanya mengapa 😅), lepas beli-belah di Mydin MITC, saya mengadu pada Abah kedai depan Mydin iaitu Ya Salam Belweel tiada stok kurma madu.

Jadi Abah bawa 1 kedai lain yang macam ala belweel di sekitar depan MITC. 

Kurma Green Diamond RM6 Sekotak



Alhamdulillah. Inipun dapat murah 2 kotak RM12. Jadi RM6 sekotak. Borong terus 4 kotak. 

Pandangan Tepi Kotak Kurma Green Diamond



Ikut hendak beli banyak-banyak tapi takut cepat rosak pula. Kena simpan yang belum buka dalam peti sejuk.

Ok pencarian berakhir untuk kali ini.

P.S: Dah kotak ke-2. Memang kerap makan. Kira waktu perut kosong makan ini dahulu.

Monday, August 4, 2025

10 Safar 1447

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tarikh bermakna juga. Tarikh lahir diri mengikut kalendar Islam.

Mula tahu itu apabila rakan sekolah menengah  tanya dan dia tukarkan tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah.

Lupa sekejap tapi ingat balik lepas satu keadaan.

Korang tahu tarikh lahir ikut tarikh Hijrah? Boleh klik sini. Kalau ikutkan apabila saya masukkan tarikh lahir Masihi, hasil yang keluar 9 Safar tapi teringat saya lahir sebelah malam. Jadi korang kena ambil kira faktor itu juga sebab tarikh berubah sewaktu masuk Maghrib.

Ok itu sahaja hendak kongsi. Jumpa lagi.
 

Friday, August 1, 2025

Review: FG Garlic Chili Oil Shirasu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada permintaan orang dalam komen pos ini minta semakan (review) minyak cili bawang putih.

Garlic Chili Oil Shirasu By Fouziah Ghous



Saya cuba minyak cili bawang putih shirasu
(ikan bilis) sebab masa itu saya makan nasi lemak, nak ada kesan ikan bilis dan seimbangkan rasa sambal. 

Ikan bilisnya kecil-kecil dan halus jadi tidak ada rasa kesat. Rasa rangup bersama bawang putih. Minyakpun tidak banyak, tidak meladung jadi sihat rasa. Haha. Tidak pedas sangat. Tiada biji cili cuma ada bijan.

Isi Dalam Botol. Penuh Bawang Putih, Ikan Bilis Comel-Comel Tidak Banyak. Minyak Sedikit



Rasa ok cuma bagi mereka yang tidak suka bawang putih. Rasa agak kuat lepas makan.

Bagi saya ok. Sebulan habiskan minyak cili bawang putih. Haha saya ini suka cuba benda baru lebih-lebih lagi yang kata makanan sihat.
Ulang itu rasanya tidak kut. Bukan tidak sedap cuma nak rasa.

Jumpa lagi.

P.S: Sekarang tengah makan minyak bawang putih pedas.