Nuffnang

Tuesday, April 21, 2026

Terima Kotak Misteri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Balik dari Tampin sudah ke hujung petang dalam pukul 6 lebih. Masuk dalam laman rumah, Abah kata ada kotak tepi dalam laman. Saya cakap siapa punyalah sebab saya tiada menunggu parcel. Abah cakap mungkin adik ke- 2. Saya pula kata adik no-3. Saya pergi ke kotak. Terkejut tengok nama saya. Abah tanya saya ada pesan apa-apa ke? Saya kata mana ada. Lepas itu teringat...

Kotak Shopee Yang Ditanda Mudah Pecah



Saya ada jawab soalan Sis Notie. Tertanya-tanya saya berjaya jawab betul ke?

Lepas Isyak baru buka. Dalam kotak ada kotak kecil. Apabila buka:

Mangkuk 3 Tingkat



Ada mangkuk tingkat yang berwarna-warni. Cantik warnanya. Warna pastel.

Tq Sis Notie, senyap-senyap hantar. 

P.S: Baru baca pos Sis Notie. Maaf hari ini hari yang sibuk.


18 comments:

Cuya said...

Alhamdulilah... Ni macam Cuya haritu kak Notie hantar parcel mengejut takde nama penghantar. Terkejut kita, ingatkan ada orang minat kat kita hantar HAHAHA

Ujie Othman said...

Kejutan yang membahagiakan ni…dapat hadiah.
Tahniah Na 👏🏽

norhidana said...

waaa cantik nya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Bestnya selalu dapat hadiah, Na

Puan Hazel said...

Tahniah NA! Mewah betul rezeki, selalu menang :)

adnil linda said...

comel mangkuk tingkat nya..
alhamdulilah, sampai dah hadiahnya

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah baguuuus rantangnya, warna pastel nih lembuuut saja 😍😍👍. Memang berguna dan pasti terpakai

Etuza said...

Wah..rezeki yang tak salah alamat..ingat ingat lupa rupanya dari Cik Note kan..tahniah

Tot said...

Tahniah, NA! Lawa mangkuk tingkatnya.

mrhanafi said...

Alhamdulillah....rezeki tu

banyak dapat hadiah jadi blogger nie

Carneyz said...

Tahniah NA! Rezeki berblogging, banyak terima hadiah dari rakan2 bloggers 😄

uncle gedek said...

Lain tingkat lain kaler! I like!

SN Faaezahh said...

Comelnyaaa mangkuk tingkat kaler pastel ni !

Syafiqa Jenn said...

Nice nya hadiah boleh bawak bekal

Abam Kie said...

Tahniah kerana selalu dapat hadiah drp kwn2 blogger yg baik hati....

I am LZ said...

Tahniah NA.. Alhamdulillah rezeki sebab NA rajin bersilaturrahim dengan kami..

aizamia3 said...

Tahniah dapat hadiah dari rakan blogger.
Cantik bekas tu, seperti memberi semangat untuk bawa bekal hari-hari.

Time Traveller said...

Alhamdulillah cantik mangkuk tingkat nya.. rezeki tu dari alam maya...