Nuffnang

Thursday, June 11, 2026

Pemenang Jom Teka Gunung

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Alhamdulillah saya berjaya meneka gunung yang ditawan oleh Mazni pada cuti Aidil Adha bersama 5 pemenang lain.

Tangkap Layar Nama Saya




Hadiah selamat tiba hari ini. Sebenarnya dengar bunyi hon tapi daripada posmen tapi saya nampak parcel saya diselitkan di pagar. Nampak parcel Ninjavan.

Parcel Ninjavan



Buka plastik parcel ada plastik gelembung. Buka lagi ada plastik putih jadi nampaklah fizikal hadiah.

Hadiah Dalam Plastik



Bentangkan hadiah yang dapat. Banyaknya hadiah: Beg jut berzip, minyak angin aromaterapi, gula-gula (agaknya dalam plastik kuning tertulis Coowy), Carica (tulisan: makanan khas Daerah Dieng), magnet peti sejuk Tugu Jogya dan rantai kunci Kraton. Ini mesti cenderamata masa Mazni pergi menawan Gunung Merbabu.

Hadiah Yang Dapat




Terima kasih atas hadiahnya. Pertama kali menang daripada blogger Mazni. Jangan lupa buat lagi.😊


16 comments:

Puan Hazel said...

Tahniah NA 👏🏻👏🏻👏🏻
Banyak betul hadiahnya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Blogger yg paling murah rezeki setiap kali ada giveaway. Tahniah, Na.

Ako Retna said...

Alhamdulilah tahniah NA.... semoga lepas ni byk lagi cubaan kuiz atau teka meneka yg bole turut serta

Tot said...

Tahniah, NA. Menarik hadiahnya. 👍👏👏

Roziah @ Cie said...

Cie punya pun baru sampai tadi.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Congrats kaaaak 🎉🎉🎉. Mazni nih memang hebat lah. Saya saja tak sanggub kalau hrs naik gunung di Indonesia. Bukan utk beginner 🤣🤣🤣. Tp dia dah beberapa gunung di Indonesia ditaklukkan. Hebaaat . Bukan yg level pemula pun 👍👍

Etuza said...

Amazing, hebat nya meneka dalam kesamaran..Tahniah ya

SN Faaezahh said...

Comelnyaaa hadiah. Semoga Mazni selalu murah rezeki. Hadiah Faa mungkin dah sampai juga. Takde orang kat rumah pula.

Abam Kie said...

Tahniah diatas kemenangan ini. Rezeki memang x salah alamat.

mama tisya said...

kita pn dh smp parcelnya smlm..entry br update arini

adnil linda said...

Tahniah kak NA.. dah lama tak jenguk blog Mazni ni. Sampai tak perasan ada contest..hihihi

Shikin Razali said...

Tahniah kak NA kerana menang contest... Semoga si pemberi diberi rezeki yang melimpah ruah...

Ujie Othman said...

Tahniah NA 👏🏽 Lumayan hadiahnya.

Elzora Beauty said...

Menarik sekali perkongsiannya. Kadang-kadang pengalaman dan momen yang tampak sederhana sebenarnya yang paling memberi kesan dan menjadi kenangan manis. Semoga segala urusan dipermudahkan dan hari-hari berikutnya dipenuhi dengan hal-hal yang menggembirakan

Mznimnwr said...

sama2 kak! harap suka dgn pemberian kecil saya <3
nanti next gunung kita buat lagi! :p

Pizzah said...

Alhamdulillah..Tahniah Kak Wina. Rezeki Kak Wina selalu menang bab teka meneka ni. Macam-macam hadiah dapat tu.