بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya ada tinggalkan komen pada satu blog tulis buat kerana Allah. Lepas itu terdetik dalam diri, betulkah aku buat kerana Allah?
Hendak jadi cerita semua komen yang saya tinggalkan dalam blog itu TIADA diterbitkan. Untuk makluman, saya tinggalkan banyak komen pada satu masa. Mungkin masuk dalam kotak SPAM (SAMPAH)
Hehe saya mampu tergelak. Aha Allah uji betul ke saya buat kerana Allah? Ya, saya akan tinggalkan komen pada blog itu walaupun komen saya masuk kotak SPAM.
Teringat seorang Youtuber. Diapun cakap dia buat kerana Allah. Tengok-tengok video dia cakap buat kerana Allah kena REMOVED. Hanya yang tonton secara langsung ketika itu sahaja dapat lihat. Sayapun tidak dapat tengok video secara keseluruhan sebab panjang. Hehe dia secara positif cakap untuk kebaikan Allah simpan video itu untuk Dia sahaja selepas video kena buang itu.
Oklah sayapun kena fikir begitu. Komen saya akan tersimpan terus tersimpan dalam kotak SPAM seorang blogger 😅
P:S: Mereka yang baca pos ini boleh tengok kotak SPAM korang. Adakah saya maksudkan korang? Kalau orang terlibat tidak baca pos ini memang komen-komen itu akan ada dalam kotak SPAM. Jangan risau, saya tetap tinggalkan komen pada blog tersebut.

No comments:
Post a Comment