Nuffnang

Thursday, August 5, 2021

Kotak Kecil Barang Comel Pula Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Permulaan Ogos bermula dengan baik apabila dipilih sebagai tukang komen nombor 1 di blog baby-pose pada bulan Julai. Sebenarnya tidak sangka dia ada buat senarai orang komen kerana dia baru kembali semula ke alam blogging. Betul tak Puan Baby-pose? Tapi sebenarnya saya sudah lama kenal dia. Dia menyepikan diri dan kemudian saya menyepikan diri 3 tahun lamanya.

Ok panjang pula cerita. Dipendekkan cerita kira kembali berziarah semula antara satu sama lain.

Petang tadi dalam pukul 2 saya terima kotak comel. Lewat buka sebab tengok Olimpik.

Kotak Kecil Daripada Gdex 



Dalam pukul 4 buka kotak. Ada kesukaran hendak buka pada mulanya. Saya cuak juga ada bunyi barang bergerak di dalam. Takut juga barang kaca. Lega tengok mini mangkuk tingkat yang comel yang diperbuat daripada besi. Hehe kecil rasanya tidak boleh letak lauk. Fikir sesuai letak apalah dalam ini. Ada tulisan nama pemilik blog yang beri.

Mangkuk 2 Tingkat Dengan Tulisan https://baby-pose.blogspot.com
 -food unites-



Terima kasih Puan Baby-pose kerana beri saya hadiah. Tulisannya berkaitan masakan, makanan dicuba, gaya hidup, tumbuh-tumbuhan pasu. Dia banyak selitkan video di setiap pos tulisan dan menggunakan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris.

Oklah jumpa lagi.

Wednesday, August 4, 2021

Lega: Senarai Bacaan Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah senarai bacaan blog (reading list) sudah kembali pulih. Hehe rasa patah kaki pula sebab tiada senarai blog tulisan terkini terpapar. Sudahlah sebelum ini Puan Mama Yan (Azian Khalil) pernah cerita dia hilang senarai blog blogger di blog. Saya dengan bangganya kata saya punya senarai blog ada pada papan pemuka (dashboard) blogger.  Pap, beberapa hari kemudian, senarai tulisan terkini blogger yang saya ikuti hilang. Serve me right!

Macam orang buta. Kenalah jalan (blog walking) berdasarkan ingatan sahaja bukan berdasarkan tulisan terbaru.

Korang ingat tidak, tidak silap 2013 atau 2014 blogger tidak boleh diakses?  (Sudah semak tahun 2011) Menggelupur masa itu tidak dapat menulis. Boleh klik di sini untuk baca.

Alhamdulillah atas nikmat dapat menulis dan membaca. Oklah jumpa lagi.