Nuffnang

Tuesday, October 11, 2011

Si Kanan Si Kiri


 بسم الله الرحمن الرحيم

Ingatan untuk diri.

Selagi hidup tanggungjawab takkan pernah selesai dan setiap perbuatan tidak akan habis ditulis sama ada malaikat di kanan atau kiri.

Bertuahlah diri kalau banyak ditulis oleh malaikat di kanan. Lumrah manusia yang memang mudah khilaf, catitan di kiri juga akan ditulis. Cuma bertuahlah kalau diri itu sedar dan bertaubat. Maka catitan di kiri itu akan dipadam maka malaikat belah kanan pula menulis.

Sejauh mana kita sedar dan sentiasa membersihkan diri dengan pengampunan maka harap-harapnya banyaklah si kiri memadam catitan dan biarlah si kanan yang sibuk menulis. Proses yang berterusan tambah tolak amal. 

Jangan dilupa wahai diri jauhi perbuatan mengumpat. Orang yang mengumpat memberi pahala percuma pada orang diumpat maka rugilah kerana pahala yang dikumpul telah ditolak (-) maka lagi malang jika mendapat tambahan(+) dosa percuma si diumpat. 

Tambah tolak amalan takkan habis hingga ke hujung nyawa.


13 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga di akhirat nnti amalan di bahu kanan lebih berat berbanding diri...InsyaAllah

aimie amalina said...

=]
insyaAllah akak
baik2
moge yg kanan byk dari yg kiri nihh
isau je
emm...


akak..mimi x pi mane2...kat sabah je.. heheh.. ntah kak..ase cam nak ttp kedai jap.. hehe.. tapi x pe..insyaAllah mimi smp kat kedai akak sokmo..rindu akak selalu =]


oo..yeke..alhamdulillaha ri ni cerah je ye...=]

NA said...

@Soly: Amin.

@Mimito: Haah risau tu perlu untuk sentiasa baiki diri. Lega tau Mimito nak rehat. Jaga diri.

maszull said...

salam wina...byk2knlah amalan yg disebelah kanan yer jgn plak terlebih sebelah kiri tu...:)

yusuflaili said...

salam;
Umpama madu ditangan kanan dan racun ditangan kiri..tapi ramai yg pilih racun..

hira said...

harap-harap belah kanan lagi berat dari kiri. huuu.. insya Allah

Saiazuan said...

kiri kanan sntiada ada dengan kita.. :)

bobiedanbad said...

semoga diriku sentiasa melakukan kebaikan dari kemungkaran.

NA said...

@Mama Maszull: Semoga gitu hendaknya.

@Yusuf: Sebab nampak racun lagi bernilai dan baik.

@Hira: InsyaAllah.

@Saiazuan: Ada tanpa berehat.

@Bobiedanbad: Haah tapi kalau buat dosa cepat-cepat bertaubat.

PUTERI AISYAH said...

mulut juga lidah juga lagi berbisa..kata kata yang menyakitkan hati org lain juga satu dosa

NA said...

@Puteri Aisyah: Haah betul tu, mulut pun boleh menambah atau mengurang dosa kita.

iema... said...

bimbang tak dapat mengawal kata biLa marah..
slalu Istighfar biLa timbul rasa marah..
kengkadang terlepas juga...
menyakitkan hati Org juga berdosa..
risau biLa ssh dapatkan kemaafan dari Org tuh

NA said...

@Iema: Tulah mendapat kemaafan orang memang susah. Penting kita kesal dengan dosa kita dan minta maaf sungguh-sungguh. Moga dia terbuka hati nak maafkan kita apabila lihat kita sungguh-sungguh minta maaf dan jangan lupa ambil hati dia :)
Jaga diri tau.