Nuffnang

Sunday, July 17, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa : Pada Satu Detik Dan Suasana Terkenang Tempat Yang Dirindui

Sedar tak sedar dah pukul 4:07 pagi. Saya seolah-olah ditelan masa mengenang nostalgia yang indah ketika membaca suratkhabar Utusan Malaysia tentang Irma Hasmie yang bertudung setelah menunaikan umrah. Iya, berita itu bukan berita terkini tapi mungkin kerana suasana awal pagi yang sungguh hening mengimbau kenangan saya kepada Kaabah. Tak cukup 'luka' rindu itu di belakang mukasurat cerita pasal Istanbul. Menambah kuat perasaan apabila membaca, penulis artikel itu seolah-olah membuka kenangan, memutar ingatan ketika saya di sana seolah-olah satu rakaman video apabila melihat gambar-gambar yang diselitkan. Ya Allah tak cukup, di bawah artikel tersebut ada tawaran penerbangan MAS ke Istanbul. Adui murahnya. Tapi nak pergi dengan sapa pula ini? Berdua untuk termasuk penginapan, tambang, surcaj bahan api, insurans dan cukai lapangan terbang. 5 hari 3 malam.

Memanglah penulis ini berjaya membuat hati terbuai sayu khusyuk dan leka dalam alam khayalan fikiran. 

Belayar Tasik Bosphorus


Jambatan Yang Menghubungkan Turki Eropah Dan  Turki Asia

3 comments:

Jajas said...

wow seronoknya dpt pergi sana...over sea yg sy pernah pergi langkawi island dan pangkor island.hehe

Anonymous said...

Alhamdulillah.. dapat juga akak diveri kesempatan menjejakkan kaki ke sana kan..

NA said...

@Jasman: InsyaAllah, Jasman dapat juga pergi sana. Cuma letakkan niat dan berusaha untuk ke sana :)

@Fatin: Haah syukur diberi kesempatan ketika kudrat masih kuat :)