Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Kemaruk


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kita melalui Ramadhan ke-18. Alhamdulillah. 

Tadi masa sahur, Uncle Duan tanya sama ada saya guna internet malam tadi. Saya cakap saya pakai sampai pukul 12 malam (12 malam sahaja). Haha kalau tidak kerana saya makan ubat batuk malam tadi memang lagi lama saya online. Memang mengantuk-ngantuk tengok 2 episod akhir Top Chef Just Desserts. 

Maka hari ini uncle beritahu bagaimana nak 'on' kan internet sebab uncle dan Mok kerja serta aku tinggal sorang di rumah. Sebenarnya aku ingat taknak online masa dorang tiada dan aku tak tahu 'on' modem (modem kat bilik tidur uncle) pun takpe sebab aku nak tumpukan menggulung mini popia. Tapi bagai orang mengantuk disorongkan bantal, uncle letak modem tu di luar jadi aku boleh on off suka hati. Maka niat untuk 'berpuasa' online di waktu siang hari tidak kesampaian. Jadi inilah saya sekarang. 

Apapun saya produktif hari ini. Lepas Subuh terus gulung popia. Cepat sangat sebab saya sorang di rumah tiada orang kacau. Isk syurga betul buat kerja tadi di dapur sambil dengar radio. Apapun uncle saya memang selalu memastikan saya selesa. Tengok saya gulung popia sunyi sepi, dia kata boleh dengar radio kalau tak tengok tv. Internet pun ya Allah laju gila, banyak siri tv saya dapat tengok tanpa tersekat-sekat. Kalau internet di rumah, kalau saya tengok siri tv memang kadang 'frust' sebab dah buffered siri tu terhenti tengah jalan kena buat semula. Sini alhamdulillah terus sampai habis. Cuma sebab saya tak sihat dan makan ubat maka mengantuk tak dapat maraton tengok.

Isk saya memang kemaruk internet. Bahaya betul.

Jumpa lagi.


Walkman Pun Kemaruk Juga Tapi Earphone Sebelah Dapat Dengar


6 comments:

Jue said...

Wina..indunyer..selamat berpuasa...:-)

zareliqa afiqa said...

Wahh, kak wina dah start buat kuih raya ker? iqa tak mula pun lagi kak.. hihi

NA said...

@Jue: Selamat berpuasa.

@Iqa: Popia mini buat ni untuk dijual

maszull said...

assalamualaikum wina....kemaruk internet tu biasa la wina semua org pun kemaruk ngan internet ni mcm mama juga line internet x ada mcm rasa lain plak hehehee...:)

yusuflaili(Goku) said...

wah seronoklah layan internetnya yang lagu gila..disini kadang2 ada kadang2 tiada kalau adapun semput gila babi.

NA said...

@Mama Maszull: Waalaikumussalam. Tulah mama bila takde rasa rindu.

@Goku: Ikut rezeki.