Nuffnang

Saturday, November 2, 2019

Rezeki Hari Ini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sahaja pergi ke Hari Petani, Peternak Dan Nelayan di MITC, Melaka. Abah dan emak berminat mencari pokok dan buah. Saya pula suka tengok-tengok. Cuma di tapak MARDI. Nampak produk Nutrima Black G, hati saya dah melonjak gembira. Saya pernah baca dan dengar khasiat kunyit hitam. Ada niat nak beli. Jadi saya terus ke produk dan tanya harga memang RM120 ke? Ada diskaun tak? Ingatkan jual rupanya pihak MARDI hanya sampaikan maklumat produk tapi tak jual. Syarikat lain jual usahasama dengan MARDI. Macam pelik saya kena beli dari tempat lain padahal produk tu ada depan mata. Tanya kalau ada ejen atau stokis dari Melaka tapi hampa. Malasnya nak beli secara talian atau kena pergi ibu pejabat MARDI di Serdang. Tiada rezeki saya untuk beli produk Black G di sini.

Apapun saya beli susu Farm Fresh perisa coffee latte 200 ml 4 botol RM10. Ada juga beli sabun buku dengan minyak citronella -RM8 dan minyak  pati lemon myrtle (backhousia citriodora) 10ml RM10 dari MARDI Kuala Linggi. Ada juga produk yang dijual MARDI.
Tulisan ini rujukan untuk saya pada masa akan datang.

4 comments:

Azhafizah MN said...

Moga ada rezeki dapat apa yang dihajati nanti. Dapat beli barangan lain pun rezeki juga tu :)

Mrs. A said...

Tak tahu pulak pasal kunyit hitam takde rezeki hari tu maybe next time. InSyaAllah.

Nur said...

Saya suka juga pergi tempat macam tu, sebab dapat beli produk hasil orang kita. Kat sini, kat pasar tani ada banyak. Tapi dah kurang pergi sekarang, sebab kena elak tempat sesak.

Nina Mads said...

bapa mertua ada tanam pokok kunyit hitam dh naik tinggi. memang tak sama mcm kunyit utk makan