Nuffnang

Wednesday, November 20, 2019

Saya Jalan, Travel Dan Sushi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah Jumaat, Sabtu saya berjalan jalan-jalan di KLCC dan Pavilion. Cuci mata dan duit. Penat tu jangan cakaplah. Kaki kejang lepas tu. 2-3 hari juga kejang kaki lepas tu hilang. Haha dah tua. Dulu lagi ligat saya jalan masa tunggu keputusan SPM dan masa di universiti. Lagi rajin jalan. Cakap pasal ni tu yang teragak-agak nak travel.

Hari ni ketika dalam kereta, anak saudara saya Adiva yang banyak berceloteh tentang mimpi adik- adik ada anak berapa. Saja tanya saya ada anak berapa. Dia cakap maklong (saya) sibuk travel. "Maklong travel mana?" saya tanya. 
"Banyaklah. Semua tempat yang best-best."
Saya gelak jerlah sambil mengaminkan dalam hati. Doa budak takde dosa lagi. Memang ada niat nak berjalan seluruh dunia. Tunggu teman (companion) yang best. Amin. Ahaks. Waktu ni kitorang nak gi Mydin beli barang. Selesai tu adik saya nak pergi Sushi King sebab ada bonanza RM3. Alhamdulillah rezeki percuma. Dengan adik ni rajin betul saya makan sushi. Kali ke-3 rasanya. Anak-anak dia suka benar sushi. Saya suka tapi takdelah sampai rajin pergi mengadap makan sushi sampai kenyang. Beli seketul dua di kedai sushi. Kali ni saya banyak makan salmon. Ramai-ramai makan sampai 35 pinggan.

P.S: Nanti nak tanya maklong travel dengan siapa. Ehem. Surprise. We wait and see in the future. Insya Allah




10 comments:

Mrs. A said...

Mrs. A dengan gang lunch office kalau pergi sushi king suka makan salmon steak set. Dah namanya perut melayu nak jugak nasi walaupun makan sushi ngeh! ngeh! ngeh!

NA said...

Wah Ada salmon steak rh? Mesti sedap. Salmon steak set ada letak nasi ye.

Azhafizah MN said...

Seronok jalan jalan KL. Sedap makan sushi. Biasa beli sushi kat AEON atau Family mart je 😊

NA said...

Samalah selalu belivdi AEON atau Mydin.

Suhana Abidin said...

Saya baru-baru belajar makan sushi , tapi still tak boleh adapt yang mentah-mentah tu . Kena makan sushi yang masak or goreng tu je . Hahahah , malu kat budak-budak yang pandai makan sushi .

NA said...

Haha ok je camtu makan sushi yang masak.

Hayati Suki said...

sushi..pernah try sekali dua je...tak lalu sangat nak telan..hehe

NA said...

Tulah tak semua orang suka. Lama cik Hayati tak tulis pos kat blog?

ismimaizura said...

Hi salam kenal..jalan2 cuci mata :)

Nina Mads said...

lama tak mkn sushi.. sedap. skrg bila umur dh meningkat nk travel pun teragak2