بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Mari sambung cerita Cameron Highlands dan habiskan terus tentang percutian ini. Jenuh pula buat banyak bahagian.
Petang itu hujan lebat jadi kami tunggu hujan berhenti. Dalam pukul 6:30 petang hujan berhenti. Maka kami ke arah laluan MARDI sekali lagi untuk makan di Restoran TAC. TAC ialah singkatan Taman Apple Cameron. Kami bercadang untuk makan stim dan panggang. Ambil secara buffet.
No. Tel: 016- 225 0315
Tiada ambil gambar makanan yang ada. Kebiasaan ada pilihan protein seperti daging ayam, lembu, kambing, makanan laut, bebola dan sayur-sayuran. Ambil gambar anak saudara Nuha makan. Itupun bergegar.
Pilihan makanan memang banyak cuma tiada nasi goreng. Air pula tidak banyak pilihan. Kopi O (black coffee with sugar) tidak pekat, rasa manis kuat. Apapun baguslah air tidak banyak nanti kenyang air sahaja. Aiskrim ada sebagai pencuci mulut. Makanan laut seperti ketam kurang segar macam adik ipar beritahu. Saya tidak makan ketam ketika itu sebab leceh. Lebih banyak makan daging yang dipanggang berbanding makan stim bot.
Secara keseluruhan selesa makan di sini. Kiranya sederhana. Sesuai makan seisi keluarga.
Balik ke apartment. Esoknya pagi-pagi kami sudah berkemas dan daftar keluar untuk ke S Corner sebab anak-anak saudara hendak petik strawberi. Adik hendak beri pengalaman memetik dan menggunting buah. Kami hendak cari sayur pada saat akhir. Jadi kami ucap selamat tinggal kepada adik kerana kami berpecah. Kami akan balik ke Melaka manakala adik ke Rawang.
Ketika dalam perjalanan, kami singgah beberapa gerai. Emak turun mencari sayur-sayuran dan pesanan daripada makcik yang hendak bunga daisi. Alhamdulillah dapat semua, kami turun dalam 12 tengahari. Singgah R&R untuk solat.
Dugaan balik sebab hujan lebat dan lambat di beberapa tempat sebab ada kemalangan. Paling lama ketika hampir di kawasan Seremban.
Kami singgah rumah Uwan hampir Maghrib. Emak beri buah tangan dan makan malam sebelum balik rumah. Penat. Penat dalam kesesakan jalan.
P.S: Berita gempar hari ini- Donald Trumps kena Covid-19.
73 comments:
Ooo TAC saya pernah mkn kat situ..tahun lepas
betul dia serve secara buffet..mudah ambil je nk mkn ape kan :)
seronok sangat perjalanan nih yee😊
saya pun kalau ke sana, selalu ke S corner tu
beberapa kali pergi CH, makan tempat berbeza....tapi syok klau dapat makan benda panas-panas tempat sejuk begini.
Dah lama tak pergi S corner...teringin nya nak pergi CH lagi..
sedapnya - stim2, panggang2..selalunya ada nasi goreng cina..
dah lama tk gi cameron..
Sedap tu..lama dah tak ke sana
Kali terakhir kami ke CH masa Angah dalam perut, sekarang dah 9 tahun umurnya hihi... Lama sungguh tak jejak sana :)
Musim hujan kan... Masa cikbunga pergi pon.. Hujan jew sepanjang highway...
bestnya bila dapat jln2 ke CH, entah bila lah nak kesana lagi...
Mesti excited budak-budak dapat petik strawberi 😊
Samalah bila cuaca sedap, perut lapar memang tak de gambar makanan yang sempat nak diambil dan teringat nak ambil hehehe...
dah lama ni tah ke CH..last tahun 2015 rasanya..
akak bab jem yg tak boleh hadap kalau ke CH...so biasa kesana bln posa,clean and clear hehe
memori paling best adalah petik strawberri untuk kanak-kanak.
mesti mereka happy kan
best ny pergi cameron..ummi lame dah xxpergi...
Tak pernah makan kat sini. Turun CH wajib beli bunga dan sayur kan :)
Haah beli sayur yang akan laku di makan macam cili benggala, cendawan.
Bunga kiriman makcik.
bestnya petik strawberry..
btw stay safe ya
Boa noite Na. Sou apaixonado por morangos.
Eu gostaria que morango fosse azedo e doce em vez de apenas azedo e às vezes sem gosto.
sy agak je ni. kalau mknn laut x segar brg kali sbb jarak yg jauh. ye lah dr laut nk naik kw gunung. mkn ms jg... sy agak je ni😊😊
ada lebihan strawberi utk.sy? 😊
Saya pun agak begitu.
Hehe sudah habis. Anak saudara saya suka makan. Sekejap sahaja sudah hilang dari pandangan.
Na, nnt bagi akk address ye.
azie.shukor@gmail.com..
Tidak sangka akak ambil serius. Terima kasih.
Teringin nak ke CH. Dulu pergi masa 2012. Lama sangat dah..
CH ni ramai orang. Pergi hari biasa pun rasa azab.
Haah berhati-hati.
Tapi mak saya tidak minat bunga. Makcik yang suka.
Seronok CH kalau suka sayur-sayuran, strawberi atau bunga. Kalau tidak minat tidak kisah kalau tidak pergi.
Pengalaman baru. Orang tua cuma hendak beli strawberi.
Oh bulan puasa tidak ramai orang ya? Bolehlah guna tips Kak Kamsiah. Terima kasih beritahu.
Tidak payah pergi kalau tidak sanggup hadap orang ramai dan jalan sesak.
Haah memang terus pergi ambil makanan.
Ya belajar menggunting.
Kalau suka cuaca nyaman boleh pergi.
Haah sudahlah jalan berliku. Memang tidak senang duduk CikTim.
Ramai yang tidak jejak balik CH.
Kalau tidak suka orang ramai, tidak pergi takpe. Asal pernah pergi.
Sebenarnya bukan teringin nasi goreng cuma pelik tiada.
Hehe ramainya yang lama tidak pergi.
Insya Allah harap ada kesempatan untuk saudara.
Memang pun. Sejuk campur panas.
Rasa macam pertama kali singgah S Corner.
Alhamdulillah.
Yup. Suka ambil daging.
Lepas tu dapat pula makan strawberi segar. Yummms!
TAC ni terletak berhampiran hotel yang akak duduk masa pergi CH baru2 ni, kira sama tempat parking.
Tapi akak cuma mencuba scone, ok sedap siap ada cream.
Sama mcm NA, akak tak gemar makan ketam kat luar sebab leceh kan..haha
Ada baca review, memang ramai yang komplen makanan laut situ tak segar.
Ok boleh cuba scone.
Tidak nampak hotel Puan waktu malam.
wahh sedapnya makan2...
Cuya tak boleh makan ketam sangat..alergik..sedih..
Banyaknya tempat yang Tqa baru tau wujud dekat Cameron. Hopefully dapat merasa one day.
Insya Allah.
Alahai sedihnya.
Saya tidaklah minat ketam.
'Apapun baguslah air tidak banyak nanti kenyang air sahaja'. ..., Hahaha betuul .. betuul itu, kak.
Kalau kebanyakan air malah ngga bisa masuk ke perut tuh makanan 🤣
Ya rugi bayar kalau banyak minum air sahaja.
Terima kasih kerana rajin singgah.
Saya tak habis lagi ronda-ronda CH. Lain kali nak bermalam di situ, biar puas hati pusing keliling semua tempat! Kalau datang time cuti sekolah... aduuuiiii... banyaknya orang!
Kami pun tidak habis ronda-ronda di CH.
Hari biasa pun rasa sesak juga.
alaaa br nk rasa😆😆😆
Seronoknyalaaa tengok orang lain semua jalan2 ;_;
Harap awak pun dapat jalan-jalan apabila tesis sudah siap buat. Masa itu rasa merdeka dan seronok sangat.
Bestnya petik stawbery..iena pernah g cameron tp tak pernah petik strawbery kat sini lagi..dekat genting highland pernah :)
seronok pergi CH ni macam2 tarikan sngt da skrng.. TAC ni saya penah singgah sekali dan time tu hujan lebat juga. tapi sebab too hungry redah jugala. parking seksa sikit.. kena sabar banyak2.. hehe..
Teman pun baru pegi bercuti kat Cameron selepas PKP hari tu...
Saya dah bertahun-tahun tak ke Cameron. Best juga ye, tengok strawberry, dan bunga-bunga.
Oh pengalaman petik itu yang penting.
Memang azab jalan kecil. Memang tiada parking khas.
Oh singgah mana di CH?
Haah lepas itu cuaca nyaman. Seronok jalan-jalan.
Lama x gi Cameron highland. Rindu udara dia nyaman
Mamapipie tak boleh pergi sekarang kan.
rindunya nk makan kt tac.. nasi lemak sedap!
TAC ni paling Nina suka dessertnya.. kesemua kek2 hasil idea owner sendiri
Lamanya tak pi CH...bila la covid ni nak berakhir..
Bestnya pergi CH, khusyuk anak buah nuha menikmati makanan. Bawa balik sayur segar. Alhamdulillah dapat juga bunga daisi.
Post a Comment