Nuffnang

Saturday, December 26, 2020

Bungkusan Sudah Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah bungkusan yang ditunggu sudah selamat sampai.  Kotak empat segi tepat yang dibungkus dengan sangat cermat dan kemas. Terima kasih pemberi hadiah ini iaitu Azhafizah MN pemilik blog sihatimerahjambu. Saya memenangi tempat ke-3 senarai pemberi komen tegar. Fizah seorang yang rajin melawat blog orang. Bolehlah sesiapa hendak melawat blog, taip www.azhafizah.com

Kotak  Berwarna Coklat 




Proses membuka kertas minyak dengan teliti. Buka kotak pula, terdapat penanda buku menyapa mata. Rekabentuk kedesaan (rustic) dan unsur kayu (wood). Berbaloi disimpan untuk menanda buku.


Penanda  Buku  Menyapa Mata



Ianya lampu bola raga yang menggunakan USB. Mari kita gunakan sama ada ia berfungsi atau tidak. Letak bola raga itu berhati-hati atas binaan kayu.

Lampu Bola Raga Merah Jambu Setelah Dihidupkan



Berjaya! Ia berfungsi dengan baik. Puas hati. Terima kasih Fizah. I am honored to get your present.


26 comments:

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..sampai dengan selamat.
Cantik bila buka lampu tu kan kak. suka tengok corak yang terhasil.
Tahniah kak wina. Terima kasih sekali lagi selalu singgah :)

Atie Zieya said...

cantik!! love it.. i tak sabar my room siap with all the furniture, pastu boleh beli lampu bola mcm ni

NA said...

Haah rasa romantik sahaja dan khayal tengok sinaran daripada bola raga itu. Hehe.

nohas said...

Alhamdulillah..tahniah!!..cantik hadiahnya..

AzianKhalil said...

bestnya dapat hadiah

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
rezeki

Shikin Razali said...

Tahniah.. bestnya dapat lampu..

Himawan Sant said...

Selamat ya buat kemenangannya.
Hadiah lampunya keren!.

Siti Yang Menaip said...

wahhh cantik !! buat pasang time tidoo best juga tu.
tahniah tahniah.. rezeki =)

Nur said...

Wow, tahniah, NA. Lawanya lampu.
Tiba-tiba saya rasa malu pula nak bagi hadiah kat NA, sebab hadiah saya tak seberapa.

Eza boom boom said...

Alhamdulillah rezeki lagi.. Cantik lampu tu, pasang malam-malam :)

NA said...

Takpe. Hadiah ikhlas daripada pemberi :)

Syaz Rahim said...

cantiknya, alhamdulillah rezeki

NARDtheNERD said...

wahhh cantiknya lampu tidur dia .. :)

Nor Azimah Ali said...

Cantuk lampu tu NA, bertuah badan

The Redza Channelz said...

Alhamdulillah, rezeki.
Cantik lampu tu.

Farrah MF said...

Alhamdulillah. Tahniah, NA. Boleh layan jiwang sambil tengok lampu 😊

Nour Adieb said...

Cantikkk! 😍😍😍

dear anies said...

cantiknya hadiahhhh...boleh laa beromantika de amor dlm blk hehehe

SalbiahM said...

Tahniah. Cantik hadiahnya. Saya dah lama tak beri hadiah kepada rakan blogger

Nina Mads said...

alhamdulillah rezeki lg.. tahniah NA. Fiza dr dulu memang rajin blogwalking.

cantik lampu tu. tak lah gelap bilik bila tidur

Litah L said...

Wahhhh cantikk 😍😍

adianiez AIDA said...

wow, unik nya hadiah dari fiza :)
tahniah wina.

Nina Mads said...

tengah godek2 brg dlm shopee ternampak lampu yg sama macam dlm gambar.
harap tahan lama. macam2 jenis dan bentuk dijual

nona sani said...

Tahniahhhhh.. cantiknyaaaa..haritu pulun kejor PV sana gak.. hahaaa.. nak try lg..

babYpose said...

Best hadiah-hadiahnya, alhamdulillah rezeki, suka lampu tu.