Nuffnang

Saturday, July 17, 2021

Habiskan Apa Yang Ada

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Cuaca sangat cerah dan panas sangat cantik untuk jemur baju. Kalian buat apa itu?

Isnin lepas adik perempuan saya suruh tengok stok minyak pati (eo) yang masih tinggal dalam bilik untuk diiklankan untuk dijual. Jadi saya senaraikan pati yang ada. Memandangkan hampir setahun lebih dia dan keluarga tidak dapat balik.

Alang-alang sebelum itu saya sudah tanya boleh ke habiskan stok makanan yang dia simpan dalam bilik dia juga. Maklum simpan lama-lama pun tidak elok. 

Jadi saya keluarkan dahulu sapuan Lotus Biscoff, biskut Lotus Biscoff yang popular dan teh hitam Ceylon  bersama bergamot jenama  English Tea Shop. Haha nampaknya rezeki untuk perut saya. Saya perasan waktu kena kurung penuh ini stok makanan yang lama-lama akan cuba dihabiskan segera. Bagus juga sebab nanti boleh cari stok-stok baru.

Biskut Dan Sapuan Lotus Biscoff Beserta Teh Hitam Ceylon Bersama Bergamot



Teruja juga hendak tahu rasa bergamot. Terus buat teh tapi kecewa sebab tidak dapat tangkap rasa bergamot itu.

Korang macam mana? Habiskan stok makanan lama ketika ini atau tidak habis?

P.S: Saya sudah habis baca buku Margaretta Gauthier.

40 comments:

Ako Retna said...

Kat rumah k ret mmg slalu je makanan abs.. Hehe susah nk simpan stok 😂

Atiqah Najihah said...

Alhamdulilllah rezeki akak habiskan stok makanan adik hahaha.
Kalau saya, saya habiskan jugak stok makanan sedia ada, barulah beli yang lain :D

AzianKhalil said...

tak pernag lagi rasa lotus biscoff tu

Azhafizah MN said...

Sedapnya sapuan lotus dan biskut lotus biscoff tu kak. Tak pernah rasa bergamot. Bagus juga belek belek stok habiskan apa yang ada, boleh makan sebelum expired. Saya tak ada stok makanan lama. yang baru beli je lah ada :)

fairus said...

Rumah saya ni pun, beli makanan kadang-kadang letak dalam kabinet sampai lupa nak makan.

Amie said...

Habiskan stok makanan yang ada dulu.
Tahniah sudah habis baca Margaretta Gauthier.

Warisan Petani said...

Habaiskan sebelum tamat tempuh

Ujie Othman said...

Saya pun lega harini cuaca panas, boleh keringkan baju. Dah beberapa hari mendung/hujan.

Wah..Na dah habis baca Margaretta. Pantas!
Saya punya masih menunggu Q untuk dibaca…hehe

NA said...

Hehe tidak banyak muka surat. Oh banyak buku Puan Ujie tunggu giliran untuk dibaca.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ada 2 botol lg sapuan biscoff ni kat rumah. Mungkin anak ai terlupa cek stok (stock take) sebelum beli.

NA said...

Bagusnya cepat habiskan stok.

NA said...

Itulah akak punya memang akak akan cepat-cepat habiskan tapi adik punya sebab lambat lagi dia boleh balik sini baru makan dia punya. Hehe apapun kena minta kebenaran.

NA said...

Harap dapat satu hari nanti. Insya Allah.

NA said...

Entah tidak rasa ada bergamot dalam teh ini. Mungkin rasanya tidak kuat.

NA said...

Haah sebab tersembunyi.

NA said...

Hehe sebab susah keluar, barulah korek stok yang ada.
Alhamdulillah terima kasih.

NA said...

Ada juga terlebih tempoh ini. Hehe.

NA said...

Sama juga abah beli lagi sos ikan.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Manis tak lotus biscoff tu

NA said...

Manis juga. Makan sedikit-sedikit.

Ain Athirah said...

Fist time jejak sini. Salam perkenalan! #Staysafe

Semut Senyum said...

SAma dengan saya. seboleh-bolehnya saya akan habiskan stok2 makanan di rumah, baru puas hati nk renew stok baru. tak lah rasa membazir sgt selama ni tak terusik stok2 tu.

Postinks said...

Simpan lama-lama pun kadang bisa kadaluarsa dan tak bagus

Nur said...

Memang kena habiskan stok makanan, sebab nanti expired pulak.
Sapuan lotus biscoff? Wow... boleh buat minum petang, kan, dengan earl grey tea tu.

NA said...

Sudah balas jejak. Terima kasih.

NA said...

Hehe tapi ini stok adik. Tolong habiskan.

NA said...

Betul itu.

NA said...

Haah ada terfikir buat Nur sarankan. Buat masa ini saya makan sapuan Lotus Biscoff masa sarapan. Minum teh petang.

Tqa London said...

Betul tu, mana yang lama kami cuba habiskan. Kalau tak nanti dah expired, sendiri yang rugi. Tapi lately ni, kami cuba beli bahan makanan yang boleh tahan lama. Yang mana tak tahan lama tu, kami masak dan froze kan. Nak makan nanti panaskan je macam Lasagna, buat 2-3 pan, potong kecik2 then bekukan, senang nanti nak makan hehe

NA said...

Suka lasagna. Oh saya pernah masak kuah banyak-banyak sos bolognese. Hendak makan panas semula dan celur spaghetti.

Atie Zieya said...

atie tak sempat lagi nak baca buku Margaretta Gauthier.

Shida Radzuan said...

NA, shida kan plg takut kalau beli brg pastu terperap last2 tarikh luput dah ^_^ nk beli kena berpada2..lepas ni hehee

NA said...

Samalah beli takut terperap/lupa sampai luput.

NA said...

Atie pun dapat buku Margaretta juga ya? Selamat membaca nanti.

babYpose said...

Salam Aidil Adha, ampun dan maaf, jika ada silap dan salah NA, mesti sedap sapuan biscoff tu, tak pernah nampk pun. Betul tu kadang barang dibeli tak perasan tersimpn j. Bagus minat membaca.

NA said...

Itulah membazir kalau tidak guna.
Selamat Hari Raya Aidil Adha babypose.
Hehe lama tidak baca buku baru.

mamapp said...

Sama la na.. kdg2 tu boleh plak terjumpa sampai yg dh expjred tau. Adehh

NA said...

Itulah banyak sangat stok.

dear anies said...

dulu rajin simpan stok. tp sy cuba ubah perangai tu. beli benda yg cpt abis. sy x kisah keluar byk kali utk beli belah janji x semak dgn stok mknn kt umah hehehe...


amboiii kemain gituuu ala2 omputeh NA ni hehehehe

mamapp said...

Mama kalau nak habiskan senang aje.. bawak ke opis haha gerenti habis