Nuffnang

Wednesday, July 14, 2021

Hadiah Daripada Pemilik Blog Titian Perjalanan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah bungkusan ini cepat dan selamat sampai. Puan Ujie ada beritahu bungkusan sudah dipos dan diberi nombor rujukan. Memang tidak payah kesan di mana barang ini, ia sudah sampai depan pagar pada waktu tengahari ketika menonton #Qurantime. Jadi keterujaan untuk membuka kena tunggu habis siaran tv.

Saya buka berhati-hati. Apabila dibuka ada bungkusan lutsinar. Ternampak tulisan 'Living Traveling Share From Yours Nice To Meet You'. Wah sejak-menjak ini bloggers suka beri barang dengan kata-kata indah dah puitis.

Bungkusan Lutsinar Dengan Tulisan Living Traveling Share



Apabila dibuka ternampak beg sandang kecil warna biru denim bahkan gunakan kain denim. Siap ada tali panjang beserta rantai kunci nama saya dan buku terjemahan daripada Hamka bertajuk 'Margaretta Gauthier'. Siapakah Margaretta Gauthier? Tidak sabar hendak baca.

Buku Margaretta Gauthier, Rantai Kunci.
Belakang: Beg Sandang



Terima kasih Puan Ujie atau nama penuh ialah Fauziah Othman yang sekarang berkelana di Simpang Empat, Pulau Pinang. Pemilik blog Titian Perjalanan. Seronok baca pengembaraan hidup meneroka tempat baru di Pulau Pinang atau tempat-tempat dilalui/singgah. Tidak lupa ulasan buku, masakan dan pelbagai isu. Seronok baca, ada aura positif apabila baca. Kalau berminat boleh layari ujieothman.blogspot.com

Terima kasih beri hadiah. Ia akan menjadi kenangan manis ketika berblogging. Terima kasih juga menulis sesuatu yang kadang-kadang menyentuh hati saya. Insya Allah. Sempena ulang tahun ke-10 blog, saya ucapkan tahniah dan semoga Puan Ujie akan terus menulis dalam blog nanti walaupun blog tidak popular seperti media lain. Amin. Selamat maju jaya.


30 comments:

I am LZ said...

W'salam NA..
Alhamdulillah rezeki NA, you deserve it.
Tumpang happy tengok NA dapat hadiah :)

Ako Retna said...

Wah tahniah. Mmg murah rezeki na.. Rajin singgah blog org.. Semoga akan terus menulis ya..

Nur said...

Nice.. hadiah bag dan buku. Tahniah, NA.
Bertuah NA ni, selalu dapat hadiah. :)

Kamsiah yusoff said...

Comel beg biru denim tu...tahniah

Mrs. A said...

Alahmdulillah rezeki NA.
Setuju tu kenangan manis berblog bila dapat hadiah dari rakan blogger walaupun sekadar kenal di alam maya.

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah cepat sampai tu. Tahniah kak. Menarik hadiah kiriman kak Ujie tu. Selamat membaca :)

Atiqah Najihah said...

Alhamdulillah, murah rezeki akak :)
Semoga akak terus semangat dan konsisten dalam dunia blogging ya ;)

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
cantik beg tu

nohas said...

Alhamdulillah, tahniah..selamat sampai hadiahnya..
selamat membaca bukunya..

fairus said...

Alhamdulillah.. Semoga ukhwah berkekalan hingga ke akhirnya.

Khairul Krol said...

Alhamdulillah rezeki NA dapat hadiah

Ujie Othman said...

Terima kasih jugak untuk Na yang rajin singgah di blog saya ❤️
Selamat menikmati kisah Margaretta Gauthier.

Btw Na, nama blog tu ada silap sikit. Bukan Titian Kehidupan, tapi Titian Perjalanan :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah. Congrats!.
Menarik semua hadiah.

mamapp said...

Waa tahniah na, u deserve it

NA said...

Ya tengah baca.
Terima kasih tegur, saya sudah betulkan.

Amie said...

Tahniah NA!
Selamat membaca. Nanti boleh buat ulasan.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tahniah . Cantiknya beg tu

nona sani said...

Tahniahhhh.. baru lepas singgah dari sana.. huhu..

AisNy said...

Alhamdulillah, rezeki tidak salah alamat...

nayfatimahrasyid said...

Tahniah NA.... Rezeki😘🏡👆

Abam Kie said...

Tahniah! Rezeki memang x salah alamat...

norhidana said...

tahniah kak, comel lah beg jeans tuh

SalbiahM said...

Tahniah... Hadiah semua comel2. Selamat membaca. Lama tak bw blog kak Ujie

Ilma said...

Alhamdulillah tahniah

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
rezeki

Atie Zieya said...

atie dpt jugaaa !! hehehe Tahniah NA :)

Shida Radzuan said...

Tahniah! rezeki NA..cantik bag tu kaler biru lg heheee

babYpose said...

Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah NA, cantik begnya..

mamapp said...

Suka warna beg tu

dear anies said...

alhamdulillah rezeki NA lagi... dpt beg baru nk g jln2 mn tu nnt? ;-)