Nuffnang

Sunday, November 7, 2021

Rabu: Berjalan Ke AEON Bandaraya Dan Rumah Kueh

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat cuti hujung minggu. Buat apa itu? Harap sihat dan gembira hendaknya.

Hari Rabu hari ke-2 sijil vaksin bertukar kuning, emak dan abah ke Nilai manakala saya ke AEON Bandaraya. Sahaja hendak berjalan-jalan ke sana di samping saya ingin perbaharui lesen memandu walaupun mati Januari tahun depan. Kita tidak tahu apa berlaku nanti, ada peluang baik perbaharui lesen selama 5 tahun. Sebelum ini perbaharui di JPJ Bukit Katil tapi ubah angin. Cuma ingat ada komisyen. Kalau buat di pejabat pos kena RM2.50+ RM150 (lesen). Takpelah nanti buat di JPJ tahun 2027. Haha. Kemudian singgah di Watsons. Terlebih belanja. Lepas itu teringat Fiza ada cerita tentang bagel keju jalapeño. Pertama kali masuk Coffee Bean & Tea Leaf. Jadi agk termangu-mangu cari menu. Cuma jumpa menu piza salmon dan cendawan. Menu variasi pasta tidak jumpa pula. Bagel pula memang dihidangkan depan mata. Takpelah beli bagel dahulu. RM9.50. Juruwang tanya hendak dipanaskan atau tidak. Saya cakap tidak perlu sebab bawa balik. Cuma potong 2 secara melintang. Hehe tengok 2 mata jalapeño sudah hilang apabila bawa balik.

Saya cuba panaskan  separul bagel yang telah disapu krim keju dalam ketuhar mikro tapi jadi keras. Separuh lagi saya letak krim keju dan tidak panaskan, sedap sahaja rasa masin dan pedas sedikit.


Jalapeño Cheese Bagel With Cream Cheese


Ada peristiwa kurang seronok berlaku. Apabila keluar daripada bangunan AEON menuju ke kenderaan baru perasan bungkusan plastik Watsons saya tertinggal di luar tempat menunggu Coffee Bean & Tea Leaf. Nasib baik sedar awal. Alhamdulillah bungkusan itu masih ada di situ. Kalau tidak menangis tidak berlagu. Sudahlah terlebih belanja di Watsons.

Sebelum pulang ke rumah singgah ke Rumah Kueh di kawasan tempat tinggal lama saya. Rumah Kueh terletak di deretan rumah. Jenuh juga cari tapi rupanya tidak jauh daripada rumah lama. Boleh datang lagi. Insya Allah.

Ingat hendak beli lasagna. Rupanya jual pada hari tertentu. Jadi beli krep durian. Besar juga sebiji. 

Krep Durian Daripada Rumah Kueh 5 Biji= RM13


Saiz sebiji krep durian yang berbentuk segiempat tepat ialah 7 sm × 4 sm. 

Banding Saiz Sebiji Krep Dan Sebiji Dipotong Dua


Boleh potong dua.

Ada pencuci mulut lain seperti kek keju leleh, kek tornado, kek biscoff, krim puf, kek red velvet dan lain-lain. Nanti saya buat ulasan apabila sudah beli dan rasa 2-3-4 (bukan semua, jenuh cuba semua nanti)

Balik rumah terus makan bagel dan krep durian 2 ketul. Boleh tahan rasa krep durian tapi bukan kegemaran. Asal dapat makan.

Jumpa lagi.

26 comments:

AzianKhalil said...

alhamdulillah... masih tertulis rezeki di plastik watson tu

SalbiahM said...

Seronok juga berjalan-jalan sendiri hari Rabu. Orang tak ramai. Rezeki barangan Watson masih selamat

babYpose said...

Perbaharui lesen siap-siap senang. 5 tahun lagi nak perbaharu lagi pun dah fikir sebab pentingkan hal lesen ni. Jalapeno belum pernah rasa. Durian krepe nampak besar. Alhamdulillah dapat balik beg watson tu.

mrhanafi.com said...

seronok juga baca tulisan awak...santai dan bersahaja.

oh ya...saya juga baharu tahu apa itu bagel

Syaz Rahim said...

kalau saya pun mesti dah berpeluh risau plastik watson tu hilang..nasib baik masih ada rezeki :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah ada rezeki lg, akak. pun penah lalui setuasi tertinggal brg he hee gelabah jga la
durian crepe suatu. masa femess. sempat la. akak. try tp. xleh. masuk mkn durian. dan. cream mc. tu

nona sani said...

Wahhh, dah beli bagel eh..hihi..niceee..

Sedapnya nampak..tak pernah try gak..huhu

ازمير شهار ~ azmer said...

Pkp punya pasal last time, saya renew lesen guna Myeg. Amboi makkk sebulan lebih baru dapat haha

Warisan Petani said...

Owhh baru dengar bagel

norhidana said...

seronok bila sesekali berjalan, sampai terlebih belanja di watson ye kak, mujurlah memang rezeki akak lagi masih selamat barang nya...

anakdenesor said...

nasib baik ada lagi plastik tu..klo hilang nages kite

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Rumah Kueh?. Teringat mcm Rita Rudaini ada bisnes tu.

NA said...

Haah tapi kedai Rita Rudaini sudah tutup.
Ini lain di Melaka.

Calrase Patrick said...

Saya juga baru tahu bagel tu

Ako Retna said...

Rumah kueh ni klu pegi mmg rambang mata...
tgk mcm2 kueh...
tp slalu klu smp melaka mesti x kena masa pembukaan kedai...
mesti kedai ttp je...

Kakmim said...

sy lg suka milo crepe dpd durian crepe.. hihihi

AiniHalim said...

Bagel di coffee bean mmg sedap tp Aini ambik yg plain and cream cheese.

Rezeki awak dapat balik bag watson. Klau Aini pun mau nangis klau hilang bila patah balik. Mmg rambang mata klau duk dalam watson ni kan..hehe

Puan Hazel said...

Seronok dapat jalan-jalan, shopping-shopping :)

Ujie Othman said...

Belum pernah makan bagel, nampak macam sejenis roti tu ya?

Masuk Rumah Kueh tu mesti rambang mata kan nak pilih 😀

Farrah MF said...

Bagel jalapeno tu kegemaran saya. Jika singgah Coffee Bean memang akan beli extra hehehe
Mujur barang yang tertinggal tu masih ada di situ.

Azhafizah MN said...

Cakap pasal lesen, nak membelek juga lesen kot dah expired. Nak renew 5 tahun jugaklah senang nanti kan.

Ala sedihnya jalapeno hilang. pada saya sedap lagi kalau dapat makan sekali dengan jalapeno tu baru rasa pedas sikit. Mesti akak dok fikir benda lain sampai tertinggal plastik watsons. Dahlah lebih belanja tu kan. Kalau tak ada, memang buat menangis tak berlagu. Mujur masih ada kat situ.

Rumah kueh tu kalau masuk mesti rambang mata nak pilih makanan yang ada.

Abam Kie said...

sedapnya berjalan2 sambil shopping n makan2....

dorsett pink said...

bestnya jalan-jalan pergi AEON

nohas said...

besar jg saiz durian crepe tu...puas makan..tak pernah lg pergi Rumah Kueh..

mama tisya said...

lama tk mkn durian crepe

mamapp said...

Tu dia mcm2 dot setel.. makan pun sedap2