Nuffnang

Monday, November 29, 2021

Rezeki: Menang Duit Dan Makan Percuma Di Hotel Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama tidak menulis. Ada sahaja di sini masih bernafas. Masih rajin jengah blog-blog orang. Alhamdulillah.

Ada rezeki dapat kejar nombor 3 400 000 pada hari Sabtu tapi kurang 2 iaitu 3 399 998 di blog mamapipie.com. Jadi dapat saguhati RM30. Alhamdulillah baru sahaja dapat duitnya hari ini.

Tangkap Layar 3 399 998



Ahad pula ke Hotel La Crista sambut harijadi abah bersama adik-beradik mak. Mereka bawa pasangan dan anak-anak. 3 adik emak tidak dapat datang kerana hal tertentu. Gambar di bawah, di lobi selepas hi-tea sebelum pulang ke rumah.

Gambar Keluarga Besar (Silap Klik Gambar Untuk Tumbesaran)

Hehe mana satu saya dalam gambar atas?

Ok itu sahaja. Insya Allah minggu depan ikut emak untuk perempuan sahaja bermalam di Batang Kali. Insya Allah. Cerita lanjut kemudian.


22 comments:

norhidana said...

tahniah kak... wah bestnya dapat hadiah makan di hotel tu...

AzianKhalil said...

tahniah... bukan senang nak jadi pemenang capture number ni...langkah kanan

Ammi said...

Tahniah berjaya capture to the nearest..

Ala nak kena teka ke?

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Seronok dapat berkumpul, seronok menang hadiah, tahniah! 😍

Nurin Irsalina said...

wah tahniah akak, jemputlah baca entry terbaru kita

nohas said...

Alhamdulillah, rezeki...enjoy trip to Batang Kali..

ازمير شهار ~ azmer said...

Alhamdulillah rezeki.. hepi belated bday to bday boy hehe

Ujie Othman said...

Tahniah NA berjaya kejar nombor lagi 👏🏽

Syok betul NA asik makan kat hotel je ya. Rezeki.
Nak teka mana satu NA, sekali belek..ramai sangat susah nak teka 😀

Shikin Razali said...

Alhamdulillah kak NA.. Murah rezeki akak, dan akak memang penangkap nombor yang super duper pantas... hihihi adakah akak yang bertudung hitam bersila di bawah tue..?

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki tahniah, seronoknya berkumpul dengan sedara, wah ada jalan-jalan dengan emak, perempuan-perempuan saja best tu..

Farrah MF said...

Tahniah, NA! Puas teliti gambar, dah nampak dah NA yang mana... yang itu kan? Kan? :D

Bola Katok said...

Tahniah. Rezeki tak salah alamat.

mrhanafi.com said...

sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimana rupa saudari hehehe

Puan Hazel said...

Tahniah!
Macam best je ladies trip tu, cepat share hehe...

SalbiahM said...

Alhamdulillah. Rezeki tu. Wah..ke batang kali untuk mandi sungai ke?

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..tahniah kak menang hadiah saguhati. Rezeki juga dapat sambut birthday mak akak ramai ramai.

Alamak, mana satu ye akak? Tak dapat nak teka. huhu...

mamapp said...

Alhamdulillah dah selamat terima. Happy birthday buat mak Na semoga panjang umur murah rezeki.. nampak cantik la Hotel La Crista tu.

Psst.. ramai sgt x dpt teka mana na hihu

Shida Radzuan said...

Tahniah Kak NA! :)

Nina Mads said...

Alhamdulillah murah rezeki. Bila tak ada pkp ni lah masa utk berkumpul.

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Rezeki

Sidratul Muntaha said...

tahniah
rezeki sungguh tu
bukan senang nak menang contest

mamapp said...

Stembai na, nombor baru nak muncul dah ni