Nuffnang

Friday, September 23, 2022

Rezeki Jumaat: Susu Berperisa Kismis & Kurma Dengan Badam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu hari. 
Hari ini tiba masanya saya ke Mydin. Pilih hari ini kerana ikut abah solat Jumaat dan saya akan beli barang peribadi. Pilih hari saya uzur.

Sebelum pergi Mydin teringat hendak ke Belweel untuk beli gajus tiada kulit. Tidak sangka pula dapat percuma susu Nilofa. Perisa kismis dan kurma dengan badam.

Susu Perisa Kismis & Kurma Dengan Badam Jenama Nilofa



Saya minum lepas beli barang di Mydin. Duduk di kerusi depan medan selera sambil makan sushi Mydin dan susu. Boleh tahan sedap tapi itulah tidak dapat beza bahan-bahan dalamnya iaitu kismis, kurma dan badam.

Apapun tiada rungutan. Minum sampai habis. Alhamdulillah. Jimat duit tidak payah beli air.

Ada sesiapa pernah rasa susu ini?

26 comments:

Suria Amanda said...

Tak pernah rasa...sedap erk?

Khairul Krol said...

Rezeki jumaat. Belum pernah rasa lagi.

mrhanafi said...

Saya cuma dapat rasa jenis perisa pisang jer..

boleh tahan juga juga sedapnya

nohas said...

Belum pernah rasa...rezeki hari Jumaat, dpt percuma..

Sunah Sakura said...

tak ingat pernah rasa yang ni atau tak..tapi yang pisang dengan durian pernah rasa..sedap juga

Puan Hazel said...

Sy belum pernah rasa ..dan tak minat sebenarnya minuman bersusu begini... Tapi teh tarik tu sukalah :D

Encik Mus said...

Saya tak pernah merasa produk Nilofa ni..

Nur said...

Susu kismis, kurma dan badam tak pernah rasa. Yang perasa pisang pernah beli dulu. Ok.

Carneyz said...

alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Saya tak berapa gemar susu berperisa kecuali perisa coklat je ;)

SalbiahM said...

Tak pernah minum susu brand ni. Ok lah tu kot kak NA minum dengan sushi tak muak

norhidana said...

dana tak berapa minat susu badam, tekak tak boleh telan kak... rasanya mcm pekat sangat bagi dana yg kurang minat minum susu

Ujie Othman said...

Baru tau ada susu gini. Belum pernah merasa.

Wak Lat said...

sedap dan lazat minum susu cik nilofa nih., ;p

Amie said...

Belum pernah rasa. Orang kata sedap.

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
tak pernah rasa lagi

Ammi said...

tak pernah rasa mana-mana flavor pun sbb mahal harganya

mamapp said...

mesti sedap rasanya tu

mamapp said...

tak suka susu badam tapi dah campur kismis kura ni mesti sedap

Azhafizah MN said...

Rezeki dapat merasa susu nilofa. Mungkin banyak sangat bahan jadi tak tahu nak rasa yang mana satu. Saya tak pernah lagi rasa mana-mana susu nilofa lagi.

Sha Mohamed said...

Tak pernah rasa..
Alhamdulillah.. Rezeki..

Nina Mads said...

tak berapa kena dgn tekak bila minum susu ni. hehe
apa pun rezeki jgn ditolak

fanny_dcatqueen said...

Saya sukaaaa susu dengan rasa kurma tapi blm pernah coba kalo ditambah kismis. Pasti sedap Yaa. Krn kismis pun Snack favorit saya.

Baca tempat Mydin, rasa rindu pula. Dulu sering kesana nak beli2 macam2 😄

mama tisya said...

tak pernh rasa....kalo yg versi nilofa ni pernah dpt free perisa mangga

nayfatimahrasyid said...

Lum try lagiii

anamizu said...

belum pernah merasa lagi susu nilofa ni. tapi Ana mmg tak boleh minum kebanyakkan susu akan jadi muntah T__T

dear anies said...

pernah rs yg kurma je tu pun sbb teringin hehhee