Nuffnang

Thursday, September 15, 2022

Kiriman Misteri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Belum lagi karang tentang perjalanan menghantar sepupu di Jeli minggu lepas tapi tulis pasal kiriman yang saya terima petang semalam. Memang tulisan tidak ikut kronologi.
Bukan saya ambil daripada kurier malah tidak dengar bunyi loceng sebab khusyuk tengok telenovela di bilik. 

Bungkusan Misteri



Tiada menunggu, tiada pengharapan malah tertanya-tanya siapa beri.

Apabila dibuka ternyata ada sampul kad tertulis nama samaran saya di blog. Jadi boleh agak siapa beri.

2 Kotak Teh Uncang Cameron Vallry Perisa Asli Dan Strawberi



Apabila membaca kad diberi betullah telahan saya iaitu daripada blogger Ako Retna. Terpilih secara rawak untuk pengomen bulan Jun. Terima kasih kepada pemilik blog anakomak.

Ucapan Daripada Cik Ako Retna




P.S: Insya Allah minggu ini pergi kenduri ke Kulim, Kedah pula.

22 comments:

AzianKhalil said...

Tahniah dapat hadiah

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Boleh bancuh tiap petang sambil makan scone, hehe.

Amie said...

Tahniah dapat kiriman hadiah dari Anakomak.

Ako Retna said...

Terima kasih NA, slalu jadi pengunjung tetap blog anakomak😁

nohas said...

tahniah!! selamat minum teh..wahh, jauh2 gi kenduri..seronok gi kenduri di lain2 negeri..

norhidana said...

seronok nya kak... hati gembira tak terkata tu

Mbul Kecil said...

ga sabar pengen menunggu unboxing kenduri kulimnya kak na...

wah alhamdulilah dapat paket dari kawan ya...indahnya blogging jadi bisa saling silaturahmi dengan kirim kirim gift...

Ujie Othman said...

Tahniah NA 👏🏽

Ehh…sama la kita. InsyaAllah esok saya pun nak ke Kulim. Nak ke Sungai Sedim. Hehee

nona sani said...

Alhamdulillah, tahniahhh ❤️❤️❤️
Saya menanti sy punya pulak.. hehe

Mrs. A said...

ermmm... yummy terbayang teh o ice limau.
Tahniah NA rezeki

Abam Kie said...

tahniah kerana NA sering mendapat hadiah. Kalau dah rezeki x ke mana, kan?

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
rezeki NA

Nur said...

Tahniah, NA, dapat hadiah lagi. :)
Selamat pergi, selamat balik ye. Enjoy your trip, NA.

Carneyz said...

Ni la dinamakan rezeki tak terduga ;)

Hanafi Abdullah said...

alhamdulillah....awak memng layak sebab masih aktif blog walking dan bagi komen ke blog kawan-kawan

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..dapat hadiah lagi kak. Tahniah!

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..dapat hadiah lagi kak. Tahniah!

mamapp said...

tahniah na

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Rezeki.. Tahniah sis..

Fieza Sani said...

tahniah..rezeki..

anamizu said...

wahh seronoknya dpt hadiah drpd sahabat blog :)

dear anies said...

masih senyum lebar lg ke tu dpt hadiah? ;-)