Nuffnang

Saturday, September 3, 2022

Cuti Sekolah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bermula cuti sekolah semalam. Masjid Al- Alami mula terima rombongan bas yang ramai ketika Subuh semalam. Mereka datang manakala yang tetap datang (pemaustatin) kurang (tengok pada jumlah kereta).

Kitorang pun mungkin tiada di Melaka nanti pada Rabu depan tapi saya tidak pasti 100% hendak ikut ke Jeli ke tidak sebab banyak benda kena timbangkan. Pastinya emak dan abah pergi sebab sepupu saya kahwin dengan orang sana. Balik itu emak cakap hendak lalu Cameron Highlands. Sebenarnya saya teruja hendak pergi Kelantan dan hendak makan makanan kenduri orang Kelantan.

Macam mana korang ada rancang pergi mana-mana?

Gambar Sekadar Hiasan


25 comments:

Khairul Krol said...

Bercuti dirumah je hihi

Amie said...

Ada rancangan cuti ni, tapi belum gerak-gerak lagi. Musim kahwin pula. Jadi penuhi undangan kahwin mana yang sempat, lepas tu barulah jalan-jalan.

Najwa said...

selamat bercuti!
saya dah lama sangat tak bercuti. masih takut2 lg pasal covid haha.

Carneyz said...

Comelnya baby tu, anak sapa la agaknya? :)

Musim cuti sekolah ke Cameron Highlands mesti sesak dengan umat manusia.

NA said...

Anak saudara. Anak adik lelaki bongsu.

Itulah rasa malas. Hehe.

SalbiahM said...

rasanya tak ke mana. adik-beradik yang ada anak sekolah balik ke kampung mertua. takkan nak ikut. haha. duduk rumah ajelah. mana-mana pun sesak

Syaz Rahim said...

Comelnya gambar itu 🤍

mama tisya said...

cuti tk ke mana pn....sebab slalunya byk tmpt penuh..tk brp suka bercuti time cuti sekolah sbb padat kan..selamat makan kenduri di klate

mama sara nur @ Cik Nor said...

School holiday. Seronoknya kan pegi kelantan.
ciknur nk blk kg Perak insyaAllah

Puan Hazel said...

Kalau PH dah ikut dah... Seronok tu pergi makan kenduri & jalan2.

nohas said...

jauh tu Jeli..seronok jg kalau ikut..kita cuti time hari Malaysia, inshaaAllah..

Semut Senyum said...

Comelnya baby....
Kalau tak dapat ke tempat yang kita nak tu,pasti ada hikmahnya utk kita. In Shaa Allah.

Mbul Kecil said...

manis babynya...
kak na mbul jadi penasaran ingin icip kenduri ala Kelantan...pastilah sedap sedap lauknya ^^

Ujie Othman said...

Pergilah NA, seronok tengok tempat orang.
Saya baru je singgah Jeli semalam, makan Laksa Sarang di Gunung Reng.

I am LZ said...

W'salam NA,
Selamat bercuti, semoga dipermudah perjalanan dan urusan nanti..

Nur said...

Pergilah NA, jalan-jalan, tengok tempat orang. Jauh juga tu, Jeli. Selamat bercuti, NA.
Comei anak sedara NA.

Záty Rose said...

Selamat bercutiii! MashaAllah cutenya baby tuuuu

Fieza Sani said...

kita bercuti kat rumah je..tak gi mana-mana sebab kena berehat kat rumah..tgh dalam rawatan..hehe...sebelum cuti sekolah & start rawatan haritu, ada lah shortvacay ke PD kejap...

Mrs. A said...

Tiada sebarang rancangan untuk bercuti NA hehehee...
Sekadar balik kampung sahaja.
Lagipun semenjak Aryssa dah belajar di Penang asyik ulang alik jenguk dia sahaja kira dah macam bercuti gittewww...

norhidana said...

kak dah berminggu dana tak boleh nk bukak blog akak ni guna pc opis tau, kene bukak dekat hp je... arini eh tiba2 eh boleh buka dengan pc gembiranya sungguh

Abam Kie said...

dtg je bekwoh (kenduri) di kelate ni. pasti lain dari yg lain. di kelate ni kenduri kahwin dibuat tiap2 hari semasa cuti sek. x mcm negeri lain. cuma buat pd hujung minggu je...

Sha Mohamed said...

Sebelum cuti memang ada plan nak berjalan tapi kebetulan diuji, jadinya tak kemana.. Hanya dirumah dan kerja..
Seronok juga mencuba makanan semasa kenduri di Kelantan.. Berbeza dan unik..

Azhafizah MN said...

Cuti sekolah mesti ada kenduri kahwin. Mesti tak sabar nak jalan jalan Kelantan kan kak. Saya tak kemana, duduk rumah je :)

mamapp said...

jauh tu.. jeli

dear anies said...

sy cuti ke tak cuti sama je NA hehehe