بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Penghujung 2024 dikejutkan dengan 2 bapa saudara iaitu abang-abang kepada Abah. Pak Long dan Pak Ngah. Ia memberi kesan mendalam pada satu. Semalam (30 Disember) Pak Ngah meninggal mengejut semasa mahu pergi dialisis. Abah terkejut sangat sebab kelmarin 29 Disember (Ahad) Abah berborak lama dengan arwah semasa majlis pengebumian kakak ipar Pak Ngah.
Memang tahun ini banyak kematian belah Abah. Mula-mula Pak Long (24 Jun), Mak Besah, Auntie Jamilah (adik ipar Abah). Ia memberi kesan pada perasaan saya. Saya macam sedar bila-bila masa nyawa kami akan ditarik. Nyata depan mata.
Semalam sepupu saya yang sebaya dengan saya (anak arwah Pak Long), peluk erat sambil menangis pada Abah. Ingatkan kami untuk kukuhkan silaturrahmi. Dialah membaca talkin dan solat sunat ghaib jadi imam untuk kami yang tidak sempat solat jenazah di Masjid Jamek Sg Kantan, Kajang (termasuk Abah dan saya). Terima kasih ingatkan. Mati itu pasti. Janji Allah itu benar. Insya Allah kami akan menyusul Pak Ngah pula suatu hari nanti.