بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah selamat berlangsung kenduri tahlil dan rumah baru Mok (walaupun tidak siap 100%) pada 1 Mac 2025 (29 Syaaban). Ingatkan Mok hendak buat pada 22 Februari tapi rupanya hendak buat sehari sebelum puasa. Kira sambut Ramadan juga.
Terfikir dibuatnya puasa jatuh pada 1 Mac rupanya ada perancangan ke-2 kalau puasa jatuh hari tersebut maka tahlil akan dibuat pukul 6:30 petang dan berbuka selepas itu.
Konsep kenduri kitorang buat potluck untuk adik- beradik Mak dan sesiapa sudi menyumbang. Macam-macam makanan ada seperti rendang ayam, rendang itik, lemang, pulut, ayam kampung masak lemak cili api bersama nanas, pecal, sayur pucuk ubi celur bersama sambal gila, laksa, spagheti bolognese, laksa asam, sambal udang, sup ayam (untuk budak-budak yang tidak makan pedas), kuih apam, koci, brownies, teh tarik, kopi o, laicikang, air oren, buah oren dan tembikai.
Majlis bermula pukul 11:30 pagi dengan tahlil, bacaan yasin, doa masuk rumah baru. Ramai yang datang sebab mungkin tiada kenduri lain. Alhamdulillah ada lauk-pauk yang habis. Saya puas hati dengan kenduri kali ini sebab tahlil lama.
Semoga dapat buat lagi tahlil tahun depan. Memang tradisi Uwan untuk buat tahlil sebelum Ramadan. Insya Allah. Cuma rasa kelam-kabut sebab buat saat akhir. Lagilah sehari sebelum puasa. Hehe bagusnya lebihan makanan yang ada kami buat sahur. Tidak perlu masak!
1 comment:
selamat berpuasa...meriah menu potluck tu...ada plak rendang itik sedapnya
Post a Comment