بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Lama tidak bersiaran. Kurang ada mood sebab ada 3 kematian berlaku dalam keluarga belah Emak. Terkesan juga lebih-lebih lagi dengan Wan Busu Zizah. Uwan saudara untuk saya, bagi Emak saya ialah emak saudara yang banyak tolong Emak semasa belajar di universiti.
Terkesan pada Uwan terus Uwan buat tahlil arwah hari Sabtu 13 September. Jemput tidak ramai tapi semoga Allah memberkati usaha Uwan.
Oklah cerita lain. Pasal usaha untuk pastikan sentiasa sihat. Alhamdulillah keputusan pemeriksaan kesihatan semua baik kecuali berat badan sahaja tidak cukup. Haha saya terima itu.
Jadi saya suka cuba produk kesihatan. Tukar-tukar. Saya beli Anlene Movemex. Tinggi protein, vitamin D, kalsium, kolagen, vitamin B1, B2 dan B3. Untuk membaiki tisu otot, penyerapan kalsium, rawan sendi dan menyokong pergerakan serta kekuatan badan. Selain itu ada 1.2 gram sterol tumbuhan untuk merendahkan kolesterol.
Hehe seksa nak habiskan minum susu ini mungkin pertama susu putih jadi saya letak serbuk coklat. Ikutkan kena minum 2 kali sehari tapi saya mampu minum sekali sehari atau selang sehari. Patut 3 minggu dah patut habis tapi saya minum permulaan Ogos, pertengahan September baru habis. Jadi lepas ini kalau beli lagi sebab kalau rasa tidak bertenaga ketika buat aktiviti jalan laju (briskwalking). Saya ada nampak sedikit kesan sebab saya cergas apabila jalan laju dan boleh jalan jauh tidak penat. Insya Allah.
Saya amalkan OCOC juga. Emping barli. Macam makan nestum tapi ada beras perang, gula kelapa, serbuk santan dan biji chia. Rasa boleh tahan cuba harga yang tidak tahan. Hehe inipun patut sepeket sehari tapi saya makan biasanya waktu malam ketika lapar untuk elak makan nasi atau kudapan.
Ketika ini saya juga amalkan Olivie Power Up (lepas habiskan Anlene Movemax). Sesudu teh bebiji kecil ( bentuk biji mutiara) bersamaan khasiat hydroxytyrosol 10 liter minyak zaitun biasa. Rasa masin dan pahit. Nasib baik sesudu teh dan sekali sehari. Harap-harap dapat istiqamah makan minyak zaitun ini ikut aturan.
Kalau orang lain minat cuba makanan viral kalau saya kelemahan jika makanan itu ada khasiat yang saya rasa perlukan ketika itu. Contoh kalau rasa tidak bertenaga, untuk tetap jaga kesihatan, angin/gastrik.
Harga produk memang tidak murah mungkin sebab itu saya tukar-tukar juga tapi kesihatan lagi mahal.
P.S: Korang ada ke produk yang selalu istiqamah makan/guna?
19 comments:
Na kekurangan berat badan ke? Semoga yg baik² dan makanan tambahan yg diambil sesuai dan serasi ya.
Bab kurang berat tu kita jeles..Hihihi..Linda cuma makan supplement je kak NA..lain² tu tak
Haah.
Tq. Amin.
Nak mencari yg serasi dan berkesan dgn badan tu kena try & error jugalah kan...
Takziah utk NA sekeluarga atas pemergian orang² tersayang
produk kesihatan ni ada yg sesuai ngan bdn..ada yg tk ok..kita tkde makan apa2 produk kesihatan
Mungkin kena seimbang jaga pemakanan dan juga exercise. Makan makanan nutrisi yang diperlukan. Atau sesekali cuba makan makanan yang mampu menambah berat badan.
Kalau produk mahal tapi bagus, nak tak nak terpaksalah kita konsisten. Dalam pada yang sama, cuba cari produk lain juga. Nampaknya macam kena try and error gitu kan.
Apa-apa pun semoga Kak Wina sihat selalu. Take care kak.
NA tolonglah ambil sikit berat badan saya ni 😂. Jenuh nak kurangkan, tak mau dia kurang.
OCOC saya pernah try dan habis beberapa kotak. Tapi lepas tu dah tak lalu pulak.
Saya konsisten ambil Blackmores vitamin C dan fish oil sekali sehari, sejak beberapa tahun lalu. Kalau travel pun saya bawa jugak.
moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. saya pun amalkan juga susu anlene gold tu..satu sachet satu hari ..
ooo ada vit D juga ye? vit D saya sangat teruk. kena makan dua biji sehari.
tapi, susu ni memang rasa dia tak ngam tekak. selalu sangat beli tak habis. memang petunjuk ia susu kesihatan sebab tu tak sesedap susu dutch lady semua tu.haha
Makan secara seimbang la, NA. 3 meals a day. Sebab berat kurang, kan. Alhamdulillah, tumpang gembira, result darah NA baik. Saya sekarang ambil omega-3, vitamin K2danD3 dan garlic oil. Saya tak boleh minum susu.
Semoga produk yang NA amalkan tu, beri kebaikan pada NA.
Takde pulak. Saya cuma amalkan ambik multivitamin, vitamin D3, dan calcium+magnesium.
Pada zaman orang naik berat badan...ada juga orang yang tak cukup berat...semoga NA tabah dan kembali sihat hendaknya
Ada.
Puan Ujie penah makan OCOC juga. Itulah rasa makan santan sebab gula kelapa kut.
Minyak ikan pernah juga makan.
Takziah atas pemergian ahli keluarga, semoga semuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
bagusnya makan makanan tambahan. Kiranya sekarang NA tgh cut nasi ke?
Asalkan memang bagus untuk tubuh, tak apa kak.
Saya rutin minum kolagen. Apalagi di usia sekarang, dah macam wajib demi kulit tetap kencang hahahahah.
Trus saya rutin minum kombucha tiap pagi saat perut kosong.
Lalu cuka apel di malam hari sebelum makan malam. 3 ini saja yg saya rutin konsumsi dah bertahun2
Kolagen untuk kulit,
Kombucha untuk pencernaan dan probiotik.
Cuka apel bisa menurunkan kadar kolesterol , batu empedu, dan menjaga paras gula
Salam Takziah ya kak..Salam perkenalan sahabat blogger done follow
Amalkan mkn probiotik+prebiotik saja, usus sihat InshaAllah tp kan dh tukar susu Anlene ke DHL & Farm Fresh sbb bahan ada Maltodextrin (1 bhn utk gula yg melonjak naik gula dlm badan)
Salam takziah juga untuk Uwan.. semoga Allah ampunkan dosa2 arwah
Post a Comment