Nuffnang

Tuesday, September 23, 2025

Tukar-Tukar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama tidak bersiaran. Kurang ada mood sebab ada 3 kematian berlaku dalam keluarga belah Emak. Terkesan juga lebih-lebih lagi dengan Wan Busu Zizah. Uwan saudara untuk saya, bagi Emak saya ialah emak saudara yang banyak tolong Emak semasa belajar di universiti. 

Terkesan pada Uwan terus Uwan buat tahlil arwah hari Sabtu 13 September. Jemput tidak ramai tapi semoga Allah memberkati usaha Uwan.

Oklah cerita lain. Pasal usaha untuk pastikan sentiasa sihat. Alhamdulillah keputusan pemeriksaan kesihatan semua baik kecuali berat badan sahaja tidak cukup. Haha saya terima itu.

Jadi saya suka cuba produk kesihatan. Tukar-tukar. Saya beli Anlene Movemex. Tinggi protein, vitamin D, kalsium, kolagen, vitamin B1, B2 dan B3. Untuk membaiki tisu otot, penyerapan kalsium, rawan sendi dan menyokong pergerakan serta kekuatan badan. Selain itu ada 1.2 gram sterol tumbuhan untuk merendahkan kolesterol.

Hehe seksa nak habiskan minum susu ini mungkin pertama susu putih jadi saya letak serbuk coklat. Ikutkan kena minum 2 kali sehari tapi saya mampu minum sekali sehari atau selang sehari. Patut 3 minggu dah patut habis tapi saya minum permulaan Ogos, pertengahan September baru habis. Jadi lepas ini kalau beli lagi sebab kalau rasa tidak bertenaga ketika buat aktiviti jalan laju (briskwalking). Saya ada nampak sedikit kesan sebab saya cergas apabila jalan laju dan boleh jalan jauh tidak penat. Insya Allah.

Anlene Movemax



Saya amalkan OCOC juga. Emping barli. Macam makan nestum tapi ada beras perang, gula kelapa, serbuk santan dan biji chia. Rasa boleh tahan cuba harga yang tidak tahan. Hehe inipun patut sepeket sehari tapi saya makan biasanya waktu malam ketika lapar untuk elak makan nasi atau kudapan.

Ococ Emping Barli



Ketika ini saya juga amalkan Olivie Power Up (lepas habiskan Anlene Movemax). Sesudu teh bebiji kecil ( bentuk biji mutiara) bersamaan khasiat hydroxytyrosol 10 liter minyak zaitun biasa. Rasa masin dan pahit. Nasib baik sesudu teh dan sekali sehari. Harap-harap  dapat istiqamah makan minyak zaitun ini ikut aturan.

Olivie Power Up Dapat Percuma Verona Plus Cherry Blossom Hand Wash



Kalau orang lain minat cuba makanan viral kalau saya kelemahan jika makanan itu ada khasiat yang saya rasa perlukan ketika itu. Contoh kalau rasa tidak bertenaga, untuk tetap  jaga kesihatan, angin/gastrik.

Harga produk memang tidak murah mungkin sebab itu saya tukar-tukar juga tapi kesihatan lagi mahal.

P.S: Korang ada ke produk yang selalu istiqamah makan/guna?


No comments: