بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
(TULISAN INI BANYAK GAMBAR. IA SEBAGAI KENANGAN UNTUK SAYA SEMENTARA UWAN MASIH ADA)
Majlis tahlil dan doa selamat diadakan di rumah Uwan seperti biasa sebelum Ramadhan. Istimewa dibuat sempena peristiwa Israk Mikraj. Satu khemah diletakkan bersebelahan kawasan tempat letak kereta bertutup. Ada juga tempat makan berbumbung di hadapan rumah Mok.
Sarapan pagi disediakan untuk mereka yang datang awal sebelum majlis tahlil dijangka bermula pukul 11:30 pagi.
![]() |
| Meja Makan Sebelah Kanan (Depan Rumah Mok) |
Sarapan Pagi ini ketika awal pagi. Ketika hampir waktu tahlil beranak-pinak makanan dengan cheesekut, seri muka, spageti bolognese dan lain-lain. Makanan disediakan secara potluck oleh anak-beranak Uwan.
![]() |
| Pulut Kuning, Sambal Ikan Bilis, Lempeng, Serawa Durian (Bekas Bertutup Pinggan), Kuih Lapis, |
![]() |
| Koci, Karipap, Donut |
Tengahari pula nasi dengan lauk-pauk. Kebanyakan lauk Makchek sediakan macam sambal daun kayu, sambal udang, ayam kampung masak cili api. Lauk-lauk lain anak-anak Uwan yang lain sediakan sekurang-kurangnya 1 lauk. Permulaan lauk-pauk yang ada. Macam biasa beranak lagi lauk-pauk menjelang majlis tahlil macam rendang betik muda, kari daging. Lauk memang banyak.
![]() |
| Pucuk Ubi Dengan Sambal Gila |
![]() |
| Dari Dekat Ke Jauh: Sambal Udang, Beefstick, Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak |
![]() |
| Ayam Goreng Tepung |
Air: teh tarik, kopi o, sirap ais dan lemon soda biru.
Majlis tahlil dan doa selamat bermula dengan dipimpin Imam Masjid Repah. Majlis bermula sedikit awal pada pukul 11 pagi kerana orang sudah ramai dan Imam datang awal. Alhamdulillah selalu merungut majlis bermula lewat tapi kali ini awal
Kali ini ramai orang yang menghadiri majlis tahlil sampai nasi tidak cukup mungkin sebab kami buat bukan cuti sekolah tapi cuti hujung minggu yang buat orang boleh melapangkan masa untuk datang. Beberapa kali masak nasi sampai pukul 1 lebih baru orang beransur kurang.
Sebenarnya buat doa selamat mohon kesembuhan untuk Uwan yang didignosis kanser tekak. Sedih juga.
![]() |
| Makcik Cupik Menangis Peluk Uwan |
Makanan saya anbil apabila orang ramai sudah reda. Tidak mampu ambil semua lauk.
![]() |
| Nasi, Sambal Udang, Bifstik, Labu Masak Lemak, Pucuk Ubi Celur Dengan Sambal Gila, Ikan Masin, Sambal Belacan Dan Teh Tarik |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lauk ada yang habis. Lauk tinggal boleh bagi bungkus untuk saudara-mara dan kami di rumah Uwan. Saya bawa termos air ingat nak ambil teh tarik tapi habis. Beza macam tahun lepas air teh tarik banyak. Kali ini air semua habis kecuali kopi o panas ada banyak baki.
















17 comments:
Syafahallah buat Uwan...semoga diberi kesembuhan...syukur majlis berjalan dengan lancar..nampak sedap semua menu kenduri...8hb nanti turn family sebelah PZ pulak....
Allahuakbar.. Semoga Uwan NA sihat dan kuat. Habiskanlah masa dengan orang tua, jika berkesempatan, sementara mereka masih ada, NA.
Banyak lauk-lauk, nasi pula tak cukup, ya. Ramai yang datang, Alhamdulillah..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Menu pun ramai.
Orang pun banyak yang hadir.
Meriahnya semua menu. Seronok berkumpul semua. Cie dah takde nenek dah kedua belah dah takde.
Ramai juga yang hadir ya, moga diberkati tuan rumah serta para tetamu.
Untuk uwa, saya doakan agar cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan seperti sediakala. 🌸
meriah majlisnya dgn mcm2 menu..tetamu pn ramai...smoga uwan diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan
Meriah dengan makanannya, seronok bila semua berjalan lancar ye kak. Kalau kt kampung memang ada lagi diamalkan buat macamni,. buat kenduri sebelum sampai Ramadhan.
senoga diberi kemudahan buat uwan untuk rawatannya...alhamdulillah, meriah majlisnya
Alhamdulillah ramai yg hadir tu... Semoga uwan diberi kesembuhan hendaknya 🤲🏻
Tak pernah dengar pucuk tangkis, nanti nak Google :)
sedap-sedap semua makanan kampung....mengingatkan saya dengan kampung halaman
Kenduri di Negeri Sembilan memang biasanya meriah dengan pelbagai juadah. Saya pernah menetap di kawasan kampung di Kuala Pilah dan Gemencheh, jadi sempatlah merasa suasana kenduri cara kampung.
Pucuk tangkis tu saya belum pernah makan, nampak sedap macam masakan pucuk ubi.
Semoga Allah permudahkan urusan rawatan Uwan NA ya.
Semoga Uwan diberikan kesembuhan dari penyakitnya. Banyak betul lauk majlis doa selamat ni, rezeki siapa yang hadir.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. semoga diberi kesembuhan dan kesihatan utk sama2 menikmati ramadhan yg akan dtg.. amin
semoga diberi kesembuhan..menu majlisnya sedap2 ya..lagi2 sayur masak lemak tu
Uwaaaaah makanannya memang banyak macam dan buat saya lapar kak 😍😍😍🤤. Gulai pakis tuh memang favorit laaah 😍😍.
Ikut sedih mendengar kabar ttg uwan. Semoga diangkat penyakitnya , diberi kesembuhan ya ...🙏
Juadah sedap belaka banyak juadah pilihan..alhamdulillah pilih mana suka kan NA
Post a Comment