بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hadiah ke-4 untuk tahun ini. Alhamdulillah. Kali ini menjadi antara kamu yang mesra 2025 untuk blog Titian Perjalanan-- ujieothman.blogspot.com. Maknanya saya antara paling banyak komen.
Maaf buka lambat kotak. Hujung minggu yang sibuk dengan kenduri dan program. Terkejut dapat emel Puan Ujie pada hari Ahad. Tengok pada status barang eh dalam proses penghantaran. Cepat betul J&T ada buat penghantaran hari Ahad.
Hehe waktu tunggu barang, barang ditangguh hantar, hantar hari biasa tapi waktu tidak tunggu cepat betul sampai.
Mari kita tengok isi di dalam.
Saya dapat stokin kaki Naelofar, beg tangan Gugu dan beg untuk beli barang runcit.
Alhamdulillah terima kasih Puan Ujie sebab bersusah payah sediakan hadiah untuk mereka yang mesra. Saya terima dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk rasmikan.
Sebelum ini saya pernah menjadi kamu yang mesra. Boleh klik SINI- 2021, SINI- 2023 dan SINI- 2025. Kiranya saya dah dapat kali ke-4 untuk tahun 2026. Masya Allah.





3 comments:
Alhamdulillah rezeki...tahniah NA
Alhamdulillah…dah selamat diterima oleh NA.
Terima kasih kembali sebab sudi memeriahkan blog saya 💙
Saya pun terkejut sebab baru je pos tengah hari Sabtu, tak sangka esoknya terus sampai jauh ke Melaka 😀
Alhamdulillah..tahniah..seronok tengok rakan blogger dapat hadiah :)
Post a Comment